CAPETOWN: England mempersembahkan prestasi terburuknya dalam kejohanan Piala Dunia FIFA awal pagi tadi selepas terikat tanpa jaringan menentang Algeria, seterus menyebabkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya bergantung kepada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, sekiranya England masih meneruskan permainan sumbangnya, tidak teratur dan dipenuhi dengan pelbagai kesilapan seperti yang disaksikan di Stadium Green Point, tidak mungkin pasukan itu mampu melepasi Slovenia pada perlawanan terakhir mereka.
Sekiranya ia berlaku, ia mungkin menyebabkan England bakal tersingkir pada pusingan pertama, di mana kemungkinan yang memalukan memandangkan mereka memperoleh kumpulan yang dianggap mudah.
Bagi kumpulan C, Slovenia mengungguli kelompok itu dengan mengumpul empat mata selepas terikat 2-2 dengan Amerika Syarikat (dua mata) yang bermain beberapa jam lebih dahulu. England yang turut mengumpul dua mata diejek penyokongnya selepas gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan. Lawannya, Algeria hanya mengumpul satu mata selepas tewas kepada Slovenia pada perlawaan pertama dan seri dengan barisan bintang bola sepak dunia.
Sementara itu, jurulatih England, Fabio Capello, berkata:” Saya boleh menukar taktik, saya akan cuba membuat sesuatu yang berlainan. "Ia bukan sesuatu yang sukar untuk menaikkan semangat pemain sebelum perlawanan menentang Slovenia. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.”
PENJAGA gol England, David James (jersi kuning) menangkap kemas bola dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia antara England menentang Algeria yang berkeputusan seri 0-0 di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto AFP
“Kami masih mempunyai satu perlawanan dan berharap ia adalah lebih mengembirakan. Saya tidak tahu sekiranya tekanan atau kami berada tahap yang tidak bagus ketika ini. Kami kehilangan banyak bola, di mana ia saya tahu ia bukan pasukan sama yang saya kenali. Saya tidak nampak semangat dalam pasukan ini.” – www.reuters.com
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
0 comments:
Catat Ulasan