PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 17 Jun 2010

Alahai.....

Alahai sayangnYA....kepochi jap... lalalala

Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu. Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut:

“Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”

Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008.

Menurut agensi berita AP, Istana Brunei turut menarik balik semua gelaran Dirajanya.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan. Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak. Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan 'untuk menjalankan perniagaan sendiri.'



cumil2 anak dia kan???


Sumber: Berita harian...

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

8 comments:

dotblogspotdotkom berkata...

bila pinangan dari raja di tolak.... maka murka lah raja...

bila diterima.....dan berkawen... lps tu x suka.. dibuang macam sampah...

ntah le... moga ALLAH mmbuka pintu hati mereka ...agar sedar akan perbuatan mereka tu...

UmiDAnisH berkata...

Pokcikk:
kalau banyak duit.. camtula pakcikdot..pokcik kalau kayo jgn buat lagu tu tau..

[-suziey-] berkata...

haih...apela problem mereka ni..apepn jodoh pertemuan ajal maut sume rahsia Allah..redha ..

mama_umar_maryam berkata...

hmm tibe2 terpikir,mesti kene kasik nafkah kt anak2 jugakkan..bapak yg sgt2 kaye nih..tp duit bykk,kurg kaseh syg pon xbes jugak..huhu..sian kt anak2la..kecik2 lg plak tu

UmiDAnisH berkata...

suziey:
tu la.. moga jodoh kita dipanjangkan allah, hingga akhir hayat..amin

UmiDAnisH berkata...

mama_umar:
huhhu, kasih sayang lebih bernilai dari ribuan harta... pilih anak dari harta lagi bermakna hidup ni

mamalieyna berkata...

sian kt anak2 mereka ituw.. :d

mekchu berkata...

kaya harta, tp kurang kasih sayang.. kesian kan