PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 2 November 2015

Pulangnya Imam Kami.. Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Alhamdulillah, Telah masuk bulan November bersamaan 20 Muharram 1437. AbiIzz selamat sampai ke Bumi Malaysia menemui kami sekeluarga, Alhamdulillah Allah beri keizinan kami untuk menatap wajah Imam kami.


Perjalanan bermula waktu Malaysia tengah pagi, dan sampai ke Malaysia waktu petang dilindungi Allah, semua para jemaah dan penyambut tetamu Allah diberi lindungan olehNya. Alhamdulillah, alhamdulillah mereka selamat sampai..



Time menunggu..

Dalam Flight bersama sahabat-sahabat seperjuangan..

Betapa gembiranya anak-anak menyambut kepulangan ayahanda mereka. Sampaikan abang Izz dan adik tak cukup mulut nak bercakap, bercerita dan bertanya macam-macam  pada abi mereka. Bukan main la soalan bertubi-tubi abi mereka menjawab dengan penuh kesabaran. Alhamdulillah ya Allah.

Bila bab test hadiah yang abi mereka belikan, senyum bukan main simpul masing-masing tak terkata keseronokkan terbayang kat wajah mereka.





Aduhai lawak.... Anak-anak dengan espresi wajah muka yang kepelbagaian, memang kelako.. masa ni sebenarnya mereka baru lepas mandi pagi dan sangat teruja nak mencuba jubah yang abi mereka belikan.. ada dua pasang setiap seorang tapi yang ini umi berkenan sangat sebab ada vest jubah tu sama. Abaikan keadaaan keliling gambar.

Ok, umiIzz teruja yang ini..


Kurma muda, rangup, manis yang sedang-sedang.. dan kelat sikit sebab muda tapi tak rasa kelat pahit tu.. just macam rasa bergetah je.. tapi serius sedap.. rasa memang nak tanam pokok kurma lah kat rumah umiIzz nanti.. kesedapan dia melebihi buah-buahan yang lain..

Erm.. lepas ni, misi mencari pokok kurma untuk umiIzz tanam di kawasan rumah.. insyaAllah.. rezekinya boleh dikongsi-kongsikan..



Semoga Allah berkati imam kami dan kami sekeluarga dan semoga imannya bertambah kuat sepulangnya ke bumi Malaysia.. amin.. InsyaAllah

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

1 comments: