PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 23 Februari 2017

Terobek Percutian Ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Cerita percutian ni dah lepas tapi UmiIzz nak update juga sebagai kenangan bersama anak-anak..

Percutian selama tiga hari ni, banyak juga yang kami belajar dan mengajar anak-anak dengan aktiviti dan pengalaman baru..

Betapa terujanya abang danish dan danial waktu itu..

Sampai disana kami menaiki feri.. Agak teruja la si dua org tu sebab melalui lagi pengalaman naik feri, sebelum ni naik feri ke Pulau Pinang je.. so seronokla diorg dapat menghidu udara segar..

Aktiviti hari pertama mereka bermain layang-layang.  UmiIzz tak join sebab xberapa sihat.. almaklumla waktu tu berbadan dua, memangla tenaga kurang. Rugi juga rasanya tapi berehat-rehat dengan tenang lagi syok hehehe..

Hari kedua kami menaiki bot round pulau-pulau disitu.. Sewa satu bot masa tu rm120, ok ni tahun 2016 ye.. tahun 2017 tak pasti dah berapa..

Round naik speed boat memang menterujakan.. yelah laju masa tu kan.. dengan ombak yang agak kuat juga.. melompat-lompatlah boat kat atas laut tu.. ngeri juga umiIzz yang tengah berbadan dua pun redah je join.. hehe..

Sebenarnya masa tu tengah risau juga sebab masa tu tengah musim air pasang.. Tapi sebab dah booking bilik dengan bayaran so kami berdoa jelah yang baik-baik.. Mak buyung naik bot memang terasa sungguh.. tapi sebab nak melalui pengalaman bersama anak-anak tersayang, redah je lah.. Alhamdulillah.. tiada yang tidak diingini berlaku..

Jom layan beberapa gambar kenangan kami..

























Alhamdulillah.. percutian kami menyeronokkan dan tiada yang pelik berlaku. Syukurlah Allah bantu kami.. Terima kasih Allah atas nikmat itu.. Allah sebaik-baik perancang.. Maka syukurilah dan redha melaluinya..

Sekian dulu untuk kali ini.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,
  


gif creator
gif creator

0 comments: