PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 19 Disember 2012

Hari Lahir Danish dengan Ulang tahun UMI+ABI

Assalamualaikum WBT
Bismillahirohmanirrohim..

Curi masa nak post entry tarikh2 penting dalam hidup umi.. Alhamdulillah Allah masih beri nafas untuk umi melihat keindahan pembesaran anak2 dengan pelbagai ragam.



Tanggal 12.12.12 genapla usia danish 4 tahun... dan kematangan nya terserlah dengan kepetahan percakapannya yang cuba menyusun atur ayat untuk berkata2.. lucu kadang2 rasanya bila mendengar dia cuba mengunakan perkataan yang baru didengar dan dipelajari. =)













Alhamdulillah juga Allah beri kesempatan untuk kami meraikan majlis hari lahir beliau, majlis nya berlansung cukup sederhana dengan dihadiri ATOK (ayah umi) adik bongsu umi dan juga sedara terdekat sebelah abidanish. Majlis dijalankan di rumah mertua umi.. Terima kasih mama..


Terima kasih kepada yang sudi hadir dan mengaminkan bacaan doa ayah umi untuk kami sekeluarga.. Selesai upacara pemotongan kek, kami memotong kek kedua iaitu kek ulang tahun perkahwinan kami.. pejam celik pejam celik.. da 5tahun usia perkahwinan kami... Dengan pelbagai dugaan yang Allah berikan sebagai pemanis asam garam kehidupan berumah tangga, syukur masih diberi keberkatan olehNya untuk bersama..


Hidup takkan indah kalau tiada cabaran dan kita tak kan tahu untuk bersyukur dan bersabar kalau Allah tak beri dugaan.. Semua itu mematangkan perjalanan hidup kita sebagai hambanya.. =)

Namun jangan lupa.. amalan zikir2 dan solat sunat sebagai dinding untuk rumah tangga itu berdiri kukuh.. Mohon padanya, moga Allah melindungi kita semua.. =)


Ok kengkawan.. umidanish ada kerja nnt sambung lagi ye



Salam sayang dari,


gif creator

1 comments:

Azwa Azee berkata...

assalam sis. lama x menjenguk ke sini. busy teramat. cantik betul tarikh 12-12-12. semoga dipanjangkan umur yang diredhai Allah. Semoga ikatan sis berkekalan sampai ke jannah