PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 19 Oktober 2011

Bantulah umidanish berdoa,hanya berdoa sahaja..

Assalamualaikum..

Wahai kawan-kawan.. saya masih merayu agar kalian dapat membantu umid@nish dalam mensedekahkan alfatihah buat abid@nish yang berada ditanah suci dan mendoakan beliau diberi petunjuk dan hidayah rahmat dari Allah SWT. Sape umid@nish untuk meminta2? Umid@nish hanya rakan maya yang hanya dapat mendoakan kalian juga akan berbahagia didunia dan akhirat. Umid@nish da buat entry sebelum ni di sini. Namun umi tak tahu berapa ramai yang sudi baca. Ini bukan entry rayuan untuk meminta simpati duit tapi hanya beberapa minit untuk korang luangkan masa membaca doa tersebut dengan ikhlas. Tolonglah umid@nish yang sedang kesedihan ini..

Umid@nish tuliskan sekali lagi doa tersebut disini..

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Allah, dengan pertolongan mu kami semua bermohon moga abid@nish diberi petunjuk dan rahmat hidayah agar setiap harinya yang akan datang mendapat petunjuk hidayah kebenaran oleh mu. Kuatkanlah imannya dan bukakanlah seluas-luasnya pintu hatinya agar nur hidayahmu menyaluti hatinya. Moga sekembalinya beliau di Malaysia beliau menjadi hambaMu yang lebih bertaQwa,pengasih dan penyayang terhadap keluarganya.. alfatihah..

amin..

Doa umi pada kalian semoga Allah melimpahkan rezeki yang luas buat kalian dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Aamiiin...
Mudah2an abidanish sentiasa dalam perlindunganNya

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

insya ALLAH... setiap perbuatan yang baik... akan mendapat kebaikan dan moga ALLAH memberkati ...

jangan risau... jangan stress sgt.... sesungguh ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita..

bykan berselawat... utk ketenangan hati dan perasaan.....

byk bersabar.....

UmiIzz berkata...

RIn..
Terima kasih.. moga Allah memberi kebahagiaan buat mu disana

UmiIzz berkata...

pakcik:
Ada sesuatu yang tependam itu yg tk dapat diluahkan makanya hanya meminta jasa baik kawan2 untuk sudi mendoakan

Terima kasih atas ingatan

liana berkata...

nape ni lin?risau plak..sumenya ok ke?...