PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Memaparkan catatan dengan label cenderahati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cenderahati. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Disember 2011

Senarai penerima saguhati dan jom join,masih dibuka lagi... =)



ENTRY NI LAMA SIKITLA SAMPAI 50 SAGUHATI TU HABIS.. NAK JOIN UNTUK SAGUHATI BANTU UMI KLIK SINI


Assalamualaikum...

Terima kasih kepada semua yang sudi membantu umid@nish mendoakan abid@ni$h yang berada di tanah suci.. Alhamdulillah, abid@ni$h berada didalam keadaan sejahtera dan dapat menjalanan tugas dengan mudah berkat dari doa kawan2.. terima kasih kepada yang sudi.. Moga kebahagiaan bersama kami dan kawan2 semua hingga ke syurga.

Ok, umid@nish belum lagi nak tutup untuk sesi 50 saguhati untuk kawan2.. sesiapa yang masih berminat bolehla meninggalkan k0men di entry di sini.. Namun ada juga peserta yang umi akan berikan saguhati kerana beliau meninggalkan doa di entry lain.. (kepada yang nak join nnt tinggalkan komen di entry di sini yer, takut umi terlepas pandang..) umi ikhlas nak bg korang..

So dibawah ni senarai nama kawan2 yang sudi bantu umi.. harap korang dapat emailkan alamat korang di alynn_41181mr (at) yahoo (dot) com.. Jom tengok sape yang pemurah doanya:

13. Fieda
15. Ayusipermata biru - TQ akak tahu kamu siapa

Ok setakat ni je senarai yang ada.. Alhamdulillah.... Syukran jazilan.. takpela.. mungkin umidanish jarang singgah2 blog korang almaklumla kesihatan tidak mengizinkan.. tapi kalau kawan2 yg list di atas nak ajak kawan2 yg lain join bantu umi.. alhamdulillah.. entry ni akan kekal lama sikitla yer.. selagi tak habis saguhati tu, umidanish akan kekalkan entry ni.. Terima kasih kepada yang sudi, jangan lupa emailkan alamat yer.. alamat malaysia tau.. =)


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..


gif creator

Rabu, 2 November 2011

Saguhati Cameron dan Salam Aidiladha


Umi tiada di Kuala Lumpur.. masih tidak sihat tapi bukan bekerja.. Umi harap ada yang sudi menjoinkan diri dengan saguhati cameron tu.. kalau taknak berdoa, just komen simple disini dan umi akan masukkan nama anda di list saguhati juga.. Tak perlu doa berjela2 tapi kalau dapat buat camtu lagi terharu umi kan.. K La selamat menyambut aidiladha.. Moga pengorbanan kita semua sebagai Isteri.. Suami.. anak2.. Ibubapa dibalas setimpal kebahagiaan yang hakiki oleh Allah SWT..

Tahun ini memang merupakan pengorbanan yang tak dapat umidanish lupakan bila berjauhan dengan suami dan duduk wad sorang.. Tapi umi percaya, ada hikmah disetiap apa yang Allah berikan untuk kami sekeluarga.. Salam Aidil Adha buat semua pembaca Islam.. dan selamat bercuti

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..

gif creator

Isnin, 31 Oktober 2011

Kenapa 50 saguhati tu kene wat camtu plak???


Assalamualaikum.. WBT..

Terima kasih kepada semua yang sudi join walaupun masih tak berapa ramai tapi syukur ada yang sudi.. Lama umid@nish menyepi kerana tidak sihat, alahan teruk dan sibuk di tempat kerja baru. Nak suaikan diri ditempat baru dengan keje baru, bos baru, kawan2 baru, suasana baru... aduhai memang letihla korang, rasa nyesal tukar pun ada tapi demi mencari ilmu baru kene la berhijrahkan??? MInta maafla umid@nish tak jalan2 umah korang dan tak tinggal jejak macam selalu.. Ada yang tanya untuk apa sebenarnya doa ni, apa jadi dan kenapa.. Untuk makluman korang, sebagai hambanya kita perlu selalu doa yang baik2kan.. tak kiralah untuk siapa... Nak panggil korang datang jauh2 untuk kenduri kendara, umi d@nish tak sihat nak masak dan masanya tidak ada, jadinya disini sahajalah kita mengeratkan silaturrahim dan berdoa untuk abid@nis# yang jauh.. Kepada yang terpaham, umi harap biarlah simpan dihati sahaja.. =) Dan kepada yang tertanya2 takde apa2 yang perlu umid@nish jelaskan melainkan niat memberi amal jariah disamping mengeratkan tali persaudaraan sesama islam.

Ok, apa tunggu lai?? Banyak tu 50pcs.. meh la tolong umid@nish habiskan saguhati hanya tinggalkan komen berunsur doa untuk abid@nis# di entry ini. Nanti da tibe masa umidanish kumpul nama yang sudi dan umi minta korang email setiap alamat rumah. Tiap2 tahun umidanish memang ada sediakan contestkan? tapi kali ni tanak contest da, ianya ikhlas sekadar ingatan untuk kawan2 yang sudi.. Jadi semua dapat dan semua akan senyum girang walaupun hadiahnya hanya tak seberapa tapi nnt kalau korang terpandang ke, ble la ingat umidanish selalu =) cewah... sapela umidanish ni kan????perasan nak suh igt selalu plak..

Tadi cek sekali lagi susulan wad aritu.. subhanallah masa doktor scan baby, baby sedang pandang scan dan bila tgk kat screen seolah2 dia memandang kami semua.. Yang paling mengejutkan bila doktor memberi salam pada baby, baby seolah2 menjawab dengan menggerakkan mulut wa'alaikumussalam.. maha suci Allah.. dktor pun terkejut.. pastu baby terus hisap jari.. baby alhamdulillah sihat tp uminya yang tidak berapa sihat lagi dan dapat mc sampai jumaat ni..


k la korang selamat menyambung tugas.. sape ada geng blogger jom ajak depa join saguhati cameron tu erk..


Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..
gif creator

Ahad, 30 Oktober 2011

50 saguhati dari cameron.. takde yang nak ke?


Assalamualaikum...

Umid@nish masih tak sihat lagi.. Jadi duduk2 dirumah sahajala.. Saguhati dari Cameron tu umidanish kirim dengan kawan ofis, depa p sana sebab ada kursus.. So umi d@nish kirim jela saguhati sempena nak bg kat kengkawan yang sudi.. tapi nampaknya masih belum ada sambutan yang menggalakkan.. Korang tak sudi ke nak terima saguhati dari Umid@nish? ada 50pcs semua sekali tau.. so sape2 nak bole tinggalkan komen berunsur doa untuk abid@nish kat sini.. Tak perlu tulis berjela2 pun takpe doa2 tu.. asalkan berbentuk doa untuk umi dan abid@nish udahlah..


Keadaan umidanish masih tak stabil lagi tapi berkuranganlah berbanding sakit yang lepas.. sakit apa??? Ala bese le.. muntah2 lebih sangat.. tak silap umi lebih 10 botol air masuk dalam badan.. hehe... takpela.. untuk sikecil, asalkan sikecil umi sihat..

Sekarang ni musim hujan kan petang2? risau pulak umi nnt kalau da start kerja.. Ya Allah permudahkanlah setiap hari hamba Mu yang lemah ini...

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..

gif creator

Sabtu, 29 Oktober 2011

Saguhati dari Cameron


Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..


Seperti yang umidanis# janjikan, umid@nis# nak beri sedikit saguhati comel kepada sesiapa yang sudi. Kiranya saguhati ini adalah amal jariah buat pembaca yang sudi. Terbuka kepada semua dan beragama ISLAM.. Bukan untuk mengaut keuntungan BE yang akan sedikit bertambah atau menarik peminat pembaca untuk singgah dan tinggalkan komen.. Umid@nish nak minta bantuan semua kawan-kawan ikhlas melakukannya sebab umid@nis# akan beri kepada semua yang sudi.. Caranya mudah sahaja..

a) Tidak perlu buat entry tapi kalau rajin untuk bantu umid@nis# menwar-warkan entry ni alhamdulillah.. =)
b) korang cuma perlu meninggalkan beberapa baris doa untuk abid@nis# didalam komen entry ini. Doa korang hendaklah mengandungi ayat :
1. Abid@nis# diberi petunjuk dan hidayah ketika ditanah suci
2. Mendapat rahmat dariNya dan kembali kepangkal jalan dan kepangkuan keluarga.
3. abid@nis# mendapat kebahagiaan hakiki hingga keakhir hayat bersama umid@nis#
4. Jadikanlah doa korang tu benar2 ikhlas dari hati korang untuk benar2 membantu umi berdoa padaNya. Jangan kopi doa umidanish yang dah sedia ada diblog ini yerr,heheheh ikhlas tau menulis sambil berdoa.. =)
c) Tarikh akhir untuk saguhati ini akan diberitahu kemudian.

Insyaallah doa korang tidak umi sia-siakan kerana setiap komen yang ditinggalkan akan diberi cenderamata dari cameron sebagai tanda terima kasih dan umi juga akan doa untuk korang supaya korang diberi kebahagiaan yang hakiki.


Usaha tanda kejayaankan? Moga usaha kita ini dimabulkan Allah SWT dan sama-sama menemui kebahagian dunia dan akhirat. Insyaallah..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..
gif creator

Jumaat, 3 Jun 2011

Cenderahati dari kawan..



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apekhabar korang? Harapnya semua sihat2.. umidanish petang ni nampaknya sakit kepala sebab panas sangat.. td masa ambil air sembahyang punyalah panas, macamana lah agaknya kepanasan di "sana" nanti..

Namun petang ni sekali lagi umidanish ucap syukur dan tersenyum lebar kerana ada seseorang yang sudi menghadiahkan cenderahati kepada umi.. sungguh umi tak sangka, bersungguh2 kawan umi ni nak bagi cenderahati.. Memula tu rasa malu pun ada, tp katanya ikhlas, kita pun ikhlas hati nak menerimanya dengan penuh gembira..

Terima kasih wahai puan suziey.. Sungguh umi tak sangka baik sungguh mu sebab sudi nak memberi saguhati comel2, jom layan gambar..




Nampaknya bertambah2 la koleksi keychain, FM dan yang cute2 ni.. terima kasih wahai puan suziey yang baik hati.. moga rezeki mu bertambah-tambah dan ikatan ukhuwah kita berkekalan.. amin

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator