PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 27 Mei 2013

Nasi Ayam Umi Izz

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sungguh tak menulis, semuanya kerana kebizian umiIzz disebabkan jadual kerja yang padat disamping jadual bersama anak-anak dan Allah SWT =) alhamdulillah.. Hari ini berkesempatan nak menulis sedikit kisah hari ini, dimana umi Izz bercuti dihari pertama cuti sekolah.. UmiIzz dengan danial namun danial pun jiran lama nak pinjam untuk ajak main, so sempatla umiIzz masak petang ini untuk suami tersayang...

Seronakkan duduk rumah, bilalah agaknya Allah nak buka rezeki melimpah ruah untuk keluarga umiIzz agar umi duduk dirumah menguruskan segalanya macam hari ini. Umi layan teman (pelanggan) baru, share tips, share pengalaman dan share perkara menarik.. Sambil bermain dengan anak-anak dan masak sedap2 untuk keluarga... Packing2 barang dan lain-lain lagi dengan gembira =).

Namun apa yang ada ni pun umiIzz tetap bersyukur pada Allah atas nikmat nya.. Ok, jom.. umi nak Share Nasi Ayam UmiIzz Special... Yang ini resepi Ibu umi..







Nasi Ayam UmiIzz Special BT


Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk
Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair
Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.
Bahan sos
> 5biji cili merah
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air
Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup
@garam
@daun sup yg dihiris.

Cara-cara
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Oklah kawan2.. umiIzz nak berundur dulu.. Selamat mencuba

** ada nak bedak arab? Jom ke Aisyizzlynn.com

Salam sayang dari,
 
gif creator
gif creator

1 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

tetiba plak rasa lapar... walaupun dah makan..... huhuhuh

biasa le nafsu... alahaiii