PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Jumaat, 18 Oktober 2013
Resepi sotong goreng tepung gebuz ala umiIzz
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..
Hari ini dah jumaat.. Waktu pun dah petang, umiIzz MC sebab tak sihat.. Kalau ikut hati memang tanak mc sebab kerja banyak tapi disebabkan ketidaksihatan diri yang memerlukan rehat yang cukup maka umiIiz ambil juga mc yang doktor beri.
Ok ada masa sikit kat rumah rasanya nak update la kisah umiIzz masak cuti sebelum raya haji hari tu. Oleh kerana ramai yang nakkan resepi simple umiIzz maka gagah jugala menaip bait-bait resepi.
Sebenarnya.. lama dulu bila buat sotong goreng tepung mesti tak menjadi.. tapi kali ini, alhamdulillah.. umiIiz pun guna resepi sendiri simple dan mudah. Jom kita tengok..
Resepi Sotong Goreng Tepung Gebuz ala UmiIzz
Bahan-bahannya:
5 ekor Sotong saiz besar
3 sudu tepung gandum
1 biji Telur
Serbuk Roti (boleh buat sendiri atau beli yang siap)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
*Bersihkan sotong sebersih-bersihnya dan potong jangan terlalu nipis dan jangan pula terlalu tebal
* Toskan sotong tersebut agar air sotong tiada dan gaulkan dengan garam secukup rasa
* Sambil menunggu sotong itu, pukul telur dengan tepung hingga sebati dan masukkan sedikit garam sebagai
rasa untuk tepung itu nanti. (umiIzz letak sedikit bagi ada rasa)
* Sotong yang telah ditoskan di masukkan kedalam tepung yang telah dipukul bersama telur hingga sebati
dan gaulkan sotong didalam adunan tepung tadi.
* Panaskan minyak dikuali
* Ambil satu persatu sotong dan gaulkan dengan serbuk roti lalu masukkan kedalam minyak yang telah
dipanaskan untuk menggoreng sotong tersebut.
* Goreng sehingga naik bau dan kekuningan
* Sedia untuk di hidang..
Senang je kan?? Jom cuba, masak untuk anak dan suami tersayang moga air tangan kita sebagai ibu membawa berkat kebahagiaan dalam keluarga.. amin, insyaAllah..
Nampak gebuz dan crunchy kan sotong ni? Alhamdulillah memang best suami pun puji... apa tunggu lagi.. esok time cuti boleh la mencuba ya..
Salam sayang dari,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan