PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 7 Februari 2014

Shaklee Kuala Lumpur : Set Mengandung Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Anak adalah anugerah terindah dari Allah SWT, apabila kehadirannya dimaklumkan.. Kegembiraan ayah dan ibu terpancar jelas kerana akan bergelar ayah dan ibu bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ingin menimang cucu. Bagi mereka yang ingin menambah bilangan keluarga, tentunya keterujaan melihat si comel lahir tidak dapat digambarkan. Malah keterujaan untuk menyambut kelahiran bayi amatlah dirasai lebih-lebih lagi dalam penyediaan kelengkapan si comel. Namun jangan lupa ibu yang mengandung juga memerlukan pelbagai kelengkapan kesihatan agar melahirkan anak yang sihat cergas dan pintar.


Bagi ibu mengandung, makanan yang berkhasiat amatlah diperlukan dan penjagaan semasa mengandung amatlah dititik beratkan. Jadi, untuk memenuhi khasiat makanan.. ibu mengandung perlulah mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Jika khasiat yang diperlukan berkurangan, masalah lain akan timbul seperti lenguh dan bisa badan serta bengkak gusi kerana kekurangan calcium dan rasa cepat letih dan tak bermaya kerana kekurangan vitamin lain malah HB darah juga akan rendah dan boleh membahayakan diri anak dan juga ibu itu sendiri. Jangan fikir yang makan untuk dua orang atau dua kali ganda itu mencukupi buat ibu dan bayi dalam kandungan.. Kerana kita tidak tahu khasiat makanan tersebut mencukupi dan zat didalam kandungan makanan yang di ambil oleh ibu mengandung itu benar-benar bersih danmengandungi nutrisi yang mencukupi.

Jangan bimbang, jika anda inginkan khasiat yang memenuhi keperluan ibu mengandung, Shaklee ada jawapan. Dapatkan SET MENGANDUNG SHAKLEE dari saya. Ianya mengandungi 4 jenis Vitamin yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu dan anak.


Set kehamilan di atas membantu ibu mengandung mendapatkan khasiat makanan yang mencukupi dan membantu ibu menerima nutrisi dan zat yang baik bagi membantu ibu dan kandungan sihat. Set Ibu Mengandung Shaklee ini mengandungi Vitalea, B Complex, Ostematrix dan Vita C serta disarankan untuk menambah Omega Guard semasa Trimester 2 dan 3. Fungsi setiap vitamin yang diambil oleh ibu mengandung adalah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu tanpa perlu ditambah dengan asid folik dan obimin dari doktor.

Ibu yang hamil perlukan khasiat pemakananyang mencukupi agar ibu dan anak sihat berterussan. Ambillah pemakanan  tambahan yang diwartakan bersih selamat dan sihat untuk anda agar tiada kesan sampingan yang memudharatkan.

Jika ingin dapatkan set mengandung shaklee, hubungi saya.. Saya juga ada menyediakan set inidalam bentuk pembayaran sistem kutu. Sila maklumkan saya jika berminat.

Jika anda ingin membuat belian tanpa melalui saya, sila klik lin dibawah:

Sila Klik : Set Mengandung, anda akan selesa berurusan sendiri dengan Shaklee online..









Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

0 comments: