PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 7 Februari 2014

Shaklee Kuala Lumpur : Ostemetrik, calcium untuk tulang dan gigi kuat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Dalam tubuh badan kita, yang memberi kekuatan untuk kita berdiri adalah tulang temulang kita, serupa juga dengan nikmat makan yang memerlukan gigi kuat dan sihat untuk mengunyah. Jika semua itu tiada, maka hambarlah nikmat tersebut dan pincanglah kita untuk melakukan apa-apa.


Kesakitan tulang akibat penat berkerja atau melakukan sesuatu yang melebihi daya kekuatan amat menjejaskan kehidupan harian kita. Samalah juga apabila kita mengalami bisa badan akibat dari demamyang melanda juga kerana mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh kita. Tulang dalam tubuh kita amatpenting bagi menyokong pergerakkan tubuh badan. Sekiranya tidak dijaga maka ia menyusahkan kita untuk melakukan pergerakkan. Pengambilan kalsium yang penting amat diperlukan agar tulang kita kekal sihat dan kuat.



Serupa juga dengan gigi kita. Gigi amat penting untuk kita menggunakannya. Gigi yang tidak sihat akan mengganggu proses kita untuk mengunyah makanan dengan sempurna. Malah, jika mengalami sakit gigi dan gusi bengkak serta berdenyut-denyut, mood kita juga tidak berapa elok pada hari tersebut. Oleh itu penjagaan gigi dan gusi juga sama  penting dalam tubuh kita. Bukan sahaja memerlukan pembersihan yang betul malah pengambilan kalsium yang mencukupi juga penting untuk menjaga gigi.



Dalam Shaklee, Calcium dikenali sebagai Ostemetrik. Ostemetrik amat baik sebagai penyumbang kalsium kepada tubuh badan. Ianya bukan sahaja sebagai pelindung kepada tulang dan gigi tetapi sebagai penghadam baik terhadap usus kita. Setiap pengambilan ostemetrik  juga membantu proses penghadaman menjadi lebih lancar dan masalah sembelit tidak mungkin terjadi. Tetapi, wajib mengambil minuman seharian lebih setiap hari. Ostemetrik sangat mudah larut dalam air, ianya mudah larut kurang dari 30min apabila dimakan. Oleh yang demikian, tiada masalah untuk kita menghadapi sangkutan pada buah pinggang.

Jika anda mengalami bengkak gusi, lebih-lebih lagi ibu mengandung.. Pengambilan 4biji Ostemetrik (calcium) membantu ibu atau sesiapa yang mengalami gusi bengkak, berdarah, berdenyut dan sakit gigi rasa lebih selesa dan tidak ada lagi masalah tersebut. Sebagai testimoni sendiri, sewaktu kehamilan anak kedua umiIzz.. gusi umiIzz kerap bengkak dan adakalanya berdarah, setelah pengambilan secara konsistan tiada lagi masalah gusi bengkak dan berdarah. Begitu juga suami umi yang mengalami sakit gigi kerana gigi beliau adalah gigi bertindih/berlapis dan agak sukar untuk menjaga namun yang mengujakan beliau, apabila mengambil 4biji Ostemetrik pada malam kejadian, esok hari beliau tidak mengalami sakit gigi dan rasa lebih selesa. Sejak dari itu beliau mengamalkan Ostemtrik.

Bagi ibu mengandung, pengalaman ketika mengandung dengan menghadapi masalah seperti lenguh kaki, sakit pinggang dan kejang otot selalu mengganggu ibu. Malah bagi wanita yang menginjak usia dan telah banyak melahirkan juga akan mengalami masalah serupa. Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan kalsium yang mencukupi. Pada umiIzz, Ostemetrik mengandungi calcium yang mencukupi. Ini adalah kerana pengalaman umiIzz sendiri ketika mengandung dan setelah melahirkan, mengalami kekejangan otot kerana mengandungkan bayi yang memerlukan ibu menyalurkan calcium yang mencukupi terhadap bayi dan pengalaman setelah melahirkan pula kepenatan diri selepas seharian berkerja dan menguruskan rumah menyebabkan kaki kadang-kadang lenguh dan kejang. Mengamalkan Ostemetrik ketika mengandung mengurangkan rasa tidak selesa pada tubuh namun meneruskan Ostemetrik selepas bersalin juga membantu umiIzz lebih bertenaga.

So sebagai wanita, umiIzz amat galakkan anda mengambil Ostemetrik bagi melindungi tulang dan gigi anda. Tulang yang sihat membantu anda lebih bertenaga. Dapatkan Ostemtrik anda hari ini. PM saya untuk selanjutnya.









Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

0 comments: