Bismillahirrohmanirrohim.
Kebanyakkan dari peniaga disini adalah kaum isteri dimana mereka memilih untuk berniaga demi membantu suami mencari nafkah, tak kurang juga yang pada mula-mulanya mencuba nasib dengan bersuka-suka berniaga namun menjadi habit. Namun kebanyakkannya adalah meminati bisness dari rumah yang tidak memerlukan diri berenggang dari anak-anak. Tetapi berapa ramai yang berjaya dan mendapat sokongan penuh dari suami??
Untuk berjaya memang pelbagai rintangan perlu ditempuh dengan bijak. Tidak ada orang yang berjaya tanpa perlukan cabaran dan dugaan. Bagi kaum isteri tidak semua yang berniaga mendapat sokongan penuh suami. Lebih-lebih lagi anda berniaga melalui cara MLM. Majoriti kaum suami tidak berminat dengan MLM kerana pada mereka MLM ini adalah sistem piramid yang memakan mangsa bawah. Namun Shaklee tidak sama sekali kerana Shaklee menggunakan sistem yang adil kepada ahlinya dimana siapa yang bersungguh-sungguh dia yang akan dipuncak.
Sebagai seorang isteri, tanggungjawab kita adalah menguruskan rumahtangga anak-anak dan suami. Jika anda ibu berkerjaya, jadual anda mingkin padat,jika sudah berkerjaya dan ingin berniaga sambilan, maka jadual anda akan lebih pada. Ini memerlukan pelbagai pengorbanan terutamanya waktu tidur. Namun sebagai isteri yang sepatutnya patuh akan perintah Allah dan suami, dahulukan mana yang perlu. Suami dan anak-anak perlu didahulukan berbanding bisness anda. Bagaimana nak berjaya jika begitu??
Bijak bahagi masa
Suami yang tidak menyokong anda untuk berjaya dalam bisness bukan bererti beliau tidak mahu menyokong tetapi suami sebenarnya inginkan anda bijak membahagi masa. Sama seperti ibu berkerjaya, waktu mereka bekerja adalah dari jam 8pagi hingga 5petang dan selapas itu adalah waktu keluarga. Maka sebagai suri rumah anda perlu ada masa yang betul dan bijak.
Dahulukan Suami
Sebagai isteri, kewajipan pertama selepas ibadah kepada Allah adalah dahulukan suami. Selesaikan semua urusan rumah tangga dan menyediakan keperluan suami adalah paling utama. Contohnya jika anda ingin membuka komputer, siapkan dahulu sarapan suami dan anak-anak. Melayan mereka serta membersihkan rumah. Dalam zaman serba moden ini, kita boleh berhubung melalui internet ditalian telefon dan tidak salah jika anda membersihkan rumah dan memasak sambil menjawab pertanyaan customer namun berpada-pada. Sekalipun jika anda ingin bangun tahajut malam, mengaji atau berpuasa, mintalah izin suami dahulu samaada suami memerlukan anda pada waktu itu atau tidak. Jika mereka berkata ya, barulah anda memunajat kepada Allah sepanjang malam. Sama juga jika malam itu anda ingin tidur lewat untuk menyiapkan tulisan di blog agar customer anda membaca keesokkan hari, maka sebelum suami masuk tidur, mintalah izin suami dahulu untuk tidur lewat. Jika ini amalan anda, nesacaya suami anda akan memenuhi permintaan anda untuk berjaya dalam bisness.
Kenyangkan suami
Untuk mendapat sokongan lebih, anda perlu tahu bagaimana mengatasi perasaan suami. Ada suami yang tidak senang melihat isteri hanya mengadap komputer sepanjang hari tanpa mempedulikan hal keluarga. Ini salah sama sekali. Ada pula isteri yang tidak hairan makan minum suami dan mengambil remeh selera makan suami. Menyediakan makanan ala kadar mengikut selera isteri sendiri. SEPATUTNYA anda menyiapkan dan menyediakan makanan paling sedap buat suami. Biar mereka makan dengan selera hingga kekenyangan barulah anda meminta izin untuk melakukan bisness anda. Suami yang perut kenyang dengan seleranya penuh akan senang hati untuk melihat anda dirumah. Jika anda abaikan selera makan suami dan sambil lewa dalam menyediakan makan minumnya dan suami kerap lapar, maka suami tidak akan membuka pintu hatinya untuk memahami jalan bisness anda dan suami yang lapar kerap marah dan kuat cemburu.
Anda tidak memahami isi hati suami agar suami memahami anda..
Melayan kehendak suami
Sebagai isteri, wajib dalam islam untuk taat pada Allah dan perintah suami. Jika anda ingin mendapat pahala dan bisness anda maju, kehendak batin suami amatlah penting anda dahulukan walaupun anda penat. Almaklumlah, melayan customer melalui layaran internet memerlukan anda mengadap komputer dan menyebabkan anda sakit pinggang, mata dan bahu. Tetapi semua itu bukan sebagai alasan anda untuk menolak permintaan suami. Janganlah bila suami anda memanggil.. "yunk..... sinilah kejap tengokkan badan abang ni, macam gatal-gatal pulak" Anda dengan senang hati menjawab "Alah abang ni, tak paham ke, ayunk penat ni bahu semua sakit duk kat kerusi keras ni melayan customer tak berhenti-henti, garulah sendiri" Itu SALAH. Kompem suami anda akan bantah dan tidak langsung memberi sokongan terhadap bisness yang anda sedang jalankan. Jika anda hendak berjaya, layanlah suami anda seperti seorang bayi, nescaya anda akan mendapat keredhaan suami dan sokongan padu suami dalam apa jua bidang bisness yang anda ceburi malah akan dilimpahkan rezeki dan anda akan sentiasa mudah dalam melakukan urusan bersama pelanggan anda kerana redha Allah bersama anda bila suami meredhai anda sentiasa.
Sediakan bahagian/habuan untuk suami
Jika anda mendapat kepercayaan dari suami, sediakan sedikit habuan untuknya agar suami rasa dihargai. Contohnya, jika ada suami yang sanggub membantu anda membuat penghantaran, maka sediakan duit kopi untuknya. Jika bisness anda benar-benar mendapat sambutan, berikan hadiah saguhati berupa imbuhan untuk suami agar dia terusik dengan hasil usaha anda. Jangan berkira atau kedekut. Jika anda berkira atau kedekut, maka Allah akan menarik nikmat suami untuk membuka hatinya memahami perjalanan bisness anda.
Berikan rehat dan tidur secukupnya buat suami
Suami yang kurang tidur akan sentiasa panas baran dan kuat cemburu. Untuk mengatasi masalah ini, jika suami anda baru pulang dari tempat kerja, sediakan air mandian dan minuman panas atau sejuk, biarkan dia ambil masa berehat dan tidur sebentar. Selesai dari itu barulah anda buka cerita tentang perniagaan anda.
Sebagai seorang islam apabila kita ingin berjaya, kita perlu mendapat keredhaan Allah. Mohon pada Allah adalah jalan terbaik tetepi sebagai seorang isteri, redha Allah terletak pada redha suami. Jika anda inginkan semuanya berjalan lancar, ubahlah sikap dan diri anda dahulu agar anda mudah dalam segala urusan. Semak balik hubungan anda dengan Allah juga hubungan anda dengan suami. Jika kekurangannya banyak, maka perbaiki diri. Rezeki yang mudah sampai apabila urusan yang dahulu didahulukan.
Tips ini saya kongsikan kerana ada beberapa orang yang bertanya "bagaimana hendak berjaya dalam bisness shaklee sedangkan suami saya langsung tidak memberi sokongan malah menolak jika saya inginkan bantuan". So, semoga membantu..
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan