Bismillahirrohmannirrohim..
Tajuk sahaja sudah membuatkan pembaca tahu isi dalam kandungan bicara umiIzz. Alhamdulillah, sedikit kajian dijalankan sebelum umiIzz menulis disini. umiIzz taknak nanti ada yang kata umiIzz mengadakan cerita atau pandai-pandai buat cerita.
UmiIzz tertarik untuk mengkaji tentang Hyperaktif, Autisme atau ADHD kerana ingin membantu ibubapa yang memiliki anak seperti berikut mendapat maklumat dan tahu cara mengatasi dengan mudah. Lebih kurang bulan November tahun 2012, sahabat dalam biz Shaklee umiIzz berkongsi tentang hasil positif yang diperolehi oleh pelanggannya yang mempunyai anak ADHD. Apabila mengamalkan suplemen Shaklee untuk anaknya yang berusia 7 tahun, dia mulaboleh fokus dalam kelas dan mengurangkan hiperaktiviti sehingga anaknya berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Dia sangat gembira, apatah lagi kerana sebelum ini dia telah bertahun2 mengamalkan suplemen jenama lain yang tidak kurang terkenal, tetapi tidak membuahkan hasil. UmiIzz sendiri membaca buku panduan nutrisi yang menjadi teman setia sejak saya sign-up sebagai distributor Shaklee, dan mengikut buku tersebut, memang ada suplemen yang sesuai untuk individu autisme dan ADHD. Mengapa umiIzz sebut individu dan bukannya anak? Kerana autisme ini bukannya masalah di zaman kanak2 sahaja, tetapi ia akan kekal sehingga dewasa.
Sebab itu, ibubapa tidak boleh mengharapkan pihak lain semata2 untuk membantu anak mereka, tetapi keluarga itu sendiri yang harus bertindak melakukan perubahan, mencari rawatan dan memberikan maklumat kepada masyarakat agar permasalahan ini akan mendapat liputan meluas dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Saya tahu ia bulan perkara mudah, tetapi tidak mustahil. Jika hendak tahu sejauh mana media percetakan dan elektronik memberi laporan tentang masalah pembelajaran, search sahaja tentang topik tersebut di laman web online newspapers. Saya dapati, banyak sebenarnya laporan berkaitan disleksia, autisme dan pendidikan khas. Tidak kurang juga bantuan2 yang diberikan serta program kesedaran, tetapi jelas ia masih belum mencukupi. Cubalah search tentang autisme di Google, adakah anda dapat satu one-stop-center di Malaysia yang menceritakan tentang gejala ini, ciri2 autisme/Asperger's Syndrome, ADHD, prosedur diagnosa, prosedur persekolahan, jabatan bertanggungjawab, jenis2 rawatan dan senarai penting seperti nama pusat rawatan (swasta dan kerajaan), nombor telefon/emel, hotline dsb yang berpaksikan situasi di Malaysia? Pada pandangan saya, kita perlu ada satu sumber/portal seperti di negara maju. Contoh yang saya suka ialah laman web the National Autistic Society UK, Treating Autism UK, dan banyak lagi contoh di US dan Australia. Laman web mereka lengkap dengan maklumat dan sokongan kepada individu autisme (kanak2, remaja, dewasa), keluarga mereka, maklumat kepada guru2 dan juga maklumat rawatan. Ada juga disediakan talian hotline yang memudahkan sesiapa sahaja untuk mengadu masalah.
InsyaAllah, umiIzz akan kongsikan lagi pengalaman UmiIzz berkenaan pembacaan terhadap masalah hyperaktif ataupun autisme. Moga perkongsian ini memberikan manfaat terhadap ibubapa lain dalam menangani masalah anak-anak hyperaktif , AHDH atau Austime..
0 comments:
Catat Ulasan