Bismillahirrohmanirrohim..
UmiIzz nak share lagi berkenaan Autisme, Hyperaktif dan ADHD. Ada pembaca yang PM umiIzz setelah umiIzz sharekan kisah ni di FB umiIzz.. Alhamdulillah, ramai yang nak tahu lagi rupanya.. Jom kita share..
Rawatan ini telah terbukti dapat menolong ramai autisme kanak2 hingga dewasa memperbaiki simtom dan masalah yang dihadapi. Tidak salah mencubanya kerana ini hanyalah satu lagi cabang rawatan yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Rawatan Biomedikal yang dijelaskan dalam entri ini melibatkan perubahan dalam diet (pemakanan) seharian, mengurangkan penggunaan bahan2 yang menyebabkan berlaku alahan, merawat masalah penghadaman, memberikan nutrisi untuk perkembangan dan fungsi otak, suplemen untuk penenang, dan mengurangkan masalah insomnia.
1. Perubahan Dalam Diet
Perubahan dalam diet ini adalah untuk selama2nya. Ia tidak boleh diperkenal selama beberapa minggu atau beberapa bulan, dan berhenti apabila anak menunjukkan perubahan positif dlm tingkahlaku, komunikasi dan pembelajaran. Perubahan ini boleh mula dibuat sedikit demi sedikit dan perhatikan keberkesanannya dgn mencatat dalam diari. Diari ini penting untuk merekodkan apa jua makanan yang dimakan pada setiap hari, makanan yang dikurangkan/dielakkan, serta pemerhatian ke atas tingkahlaku dan perbuatan anak2 ini. Jika tidak direkodkan, susah untuk kita mengetahui apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai diamalkan.
Badan manusia memerlukan nutrisi iaitu mikro dan makronutrien ( vitamin, asid lemak perlu, mineral asid amino dari protin) untuk membolehkan badan berfungsi dgn baik. Diet yang seimbang adalah penting untuk memastikan badan mendapat keperluan tersebut. Tidak terkecuali ialah individu yang mempunyai autisme & ADHD.
Makananan dimakan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Makan makanan yang mengandungi protin seperti daging, telur, ikan. Kurangkan gula (minuman bergula, coklat, gula2) kerana paras gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperaktiviti dan menjadi keletihan secara mendadak. Ia boleh menjadi punca 'tantrum' atau emosi bergolak serta tidak dapat mengawal kemarahan. Elakkan makanan ringan seperti keropok, snek Kurangkan makanan bergoreng dan makanan yang mengandungi trans-lemak.
Elakkan makanan yang mengandungi pewarna, perisa tiruan dan pengawet. Sebaiknya dapatkan makanan organik kerana ia bebas racun serangga.
Selain itu terdapat juga kajian yang menunjukkan individu autisme mempunyai masalah alahan dan sensitif terhadap makanan tenusu (dairy product) dan yang mengandungi gluten. Makanan ini dikaitkan dengan kelakuan autistik, masalah bersosial, masalah komunikasi dan hiperaktif. Oleh itu, ibubapa boleh cuba mengurangkan simtom ini dengan mencuba diet khusus iaitu GLUTEN FREE / CASEIN FREE diet. Menurut webmd.com, ibubapa yang memperkenalkan diet ini mendapati ia dapat mengurangkan alahan dan sensitiviti anak mereka.
Ada yang melaporkan bahawa ia turut membantu memperbaiki tingkahlaku dan pertuturan. Idea utama disebalik mengamalkan diet ini adalah untuk mengurangkan simtom autisme dan oleh itu ia dapat membantu pertuturan, tingkahlaku sosial dan fungsi kognitif. Gluten terdapat dalam makanan seperti gandum, barli dan rye. Casein pula diperolehi dalam susu dan makanan berasaskan tenusu seperti coklat tenusu, yogurt, keju dan sebagainya. Kini semakin banyak juga produk di pasaran yang tertulis label seperti ""Gluten-Free", Bebas Trans-Lemak dan sebagainya, jadi ia lebih memudahkan kita untuk memilih makanan yang bersesuaian. Oleh itu, bagi ibubapa yang ingin mencubanya, anda perlu kurangkan atau elakkan sama sekali memberi anak2 makanan ini. Rekodkan makanan yang diambil setiap hari dan perhatikan perubahannya kepada anak anda.
2. Suplemen Vitamin dan Mineral
Multivitamin
Secara umum, pemakanan seharian yang tidak seimbang tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral setiap hari, maka individu autisme digalakkan makan suplemen vitamin dan mineral. Ini untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sepatutnya dalam jumlah yang mencukupi bagi menjamin kesihatan. Walaubagaimanapun, di pasaran kita terdapat pelbagai jenis multivitamin sehingga sukar untuk memilih. Sebagai panduan, ibubapa perlu mencari suplemen dari sumber semulajadi, dan bukannya vitamin sintetik. Vitamin itu juga perlu bebas daripada pewarna dan pengawet. Pilihan terbaik adalah dgn memberikan anak2 ini multivitamin yang lengkap dgn vitamin dan mineral. Berhati2 dengan multivitamin dari jenis yang kenyal (gummy) kerana ia mengandungi lebih banyak perisa dan pewarna yang berbahaya kerana dibuat daripada bahan kimia yang mungkin mengakibatkan gangguan kepada sistem pencernaan. Nutrien di dalamnya juga susah untuk diserap oleh badan.
Kalsium-Magnesium
Bagi yang mengamalkan diet bebas tenusu (dairy-free diet), mereka akan kekurangan kalsium yang penting utk tumbesaran, tulang dan gigi yang kuat. Oleh itu, mereka perlu diberi suplemen kalsium-magnesium. Suplemen kalsium-magnesium menyediakan bukan sekadar kalsium, tetapi juga magnesium yang boleh membantu mengawal (melambatkan) degupan jantung dan hiperaktiviti, serta membantu mengatasi masalah kencing malam. Ia turut membantu mereka berasa lebih tenang dan seterusnya mengatasi masalah sukar tidur (insomnia). Magnesium juga dapat membantu dalam masalah restless leg syndrome , yang mana individu ini berasa kesakitan/ketidakselesaan pada kawasan kaki antara buku lali dan lutut, sehingga menyebabkan kaki perlu digerak-gerakkan selalu untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif dan insomnia seharusnya mencuba suplemen kalsium-magnesium untuk mengurangkan gejala tersebut.
Minyak ikan Omega-3
Minyak ikan merupakan antara makanan otak yang terbaik. Ia membantu sel-sel otak berhubung dan menguatkan daya ingatan, serta membantu minda menjadi lebih fokus. Ia membantu konsentrasi dan oleh itu dapat membantu individu autisme untuk lebih fokus ketika belajar atau melakukan sebarang aktiviti. Otak manusia sendiri terbentuk daripada 60% lemak. Minyak ikan mengandungi Omega-3 (DHA dan EPA) yang bagus untuk otak, kesihatan sendi dan jantung. Terdapat pelbagai jenis minyak ikan di pasaran, tetapi anda perlu berhati2 kerana sesetengah minyak ikan mengandungi lebih banyak ekstrak hatinya. Minyak ikan yang terbaik mestilah bergred farmaseutikal dan mengandungi DHA dan EPA yang tinggi. Keperluan setiap hari adalah antara 300mg dan 1000mg. Minyak ikan terbaik mestilah diperbuat daripada ikan lautan sejuk dan melalui proses penapisan yang boleh mengasingkan bahan bertoksik pada ikan seperti merkuri dan plumbum. Ia juga mestilah tidak mempunyai perisa susu. Minyak ikan boleh ditelan, atau dipecahkan kapsulnya dan dicampur ke dalam kuah sayur, sup, nasi dan lauk.
Protin
Terdapat juga kajian yang menunjukkan sesetengah individu autisme mempunyai masalah dalam mencerna protin dari sumber daging. Maka mereka perlu mendapatkan protin daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Mengikut artikel di asdperspectives.com, kanak2 autisme yang diberi minuman protin ketika sarapan menunjukkan perubahan ketara dari segi daya penumpuan dan konsentrasi. Ia juga mengurangkan keinginan mereka untuk makan snek yang tinggi karbohidrat dan gula. Oleh itu, gejala hiperaktif juga dapat dikurangkan, dan secara tak langsung juga mengurangkan tekanan kepada ibubapa dari segi mengawal tingkahlaku hiper.
3. Gunakan bahan pencuci dan sabun yang bersumberkan organik (dan elakkan dari jenis yang mengandungi bahan kimia tinggi)
Terdapat perkongsian daripada ibubapa yang telah menggantikan sabun2 pencuci, pencuci lantai, kloroks dan sebagainya dengan pencuci organik yang tidak mengandungi bahan bertoksik. Ia membawa kesan positif yang mana anak mereka yang mempunyai autisme telah mula bercakap. Selama ini, mungkin anaknya sensitif atau mempunyai alahan terhadap mana2 bahan kimia dalam bahan pencuci yang menyebabkan dia menghadapi masalah komunikasi dan pertuturan. Dalam entri Testimoni, saya kongsikan senarai testimoni pengguna Shaklee di US yang telah berjaya memperbaiki kehidupan sekeluarga dgn mengamalkan suplemen Shaklee serta menggunakan bahan pencuci organik Shaklee. Tujuan saya berkongsi adalah kerana saya yakin Shaklee ini boleh menjadi salah satu sumber rawatan biomedikal yang selamat dan berkesan. Ia juga hanya menggunakan bahan2 semulajadi dalam pembuatan suplemen, tidak mengandungi bahan bertoksik dan botol2 yang bebas BPA.
Pelajar autisme yang cemerlang dalam akedemi : Adik Muhammad Danial
Pelajar Autisme Pertama Negara Dapat 9A Dalam PMR
1. http://www.autismfile.com "Diagnosing Autism: Now What? A Simplified Biomedical Approach", Issue 32, 2009. Dan Rossignol
2. http://www.asdperspectives.com/top-5-supplements-vitamins-for-autism/#ixzz2KMih5fWU
3. www.autism.com "Summary of Biomedical Treatments for Autism"
4. http://www.webmd.com/brain/autism/gluten-free-casein-free-diets-for-autism
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan