Bismillahirrohmanirrohim..
Kali ini, penulisan umiIzz masih berkisarkan dan masih dalam cerita Autisme, ADHD dan Hyperaktif. Banyak tempat umiIzz cari berkenaan testimoni pengguna yang menggunakan product shaklee untuk pengalaman setelah menggunakan shaklee terhadap anak-anak namun tidak banyak yang bercerita di Blog namun alhamdulillah, terjumpa sebuah blog yang sudi menceritakan pengalaman kenalan beliau yang sama daftar sebagai ahli shaklee dalam group yang sama. Anak rakan beliau berusia 7tahun dan mengalami ADHD (Hyperaktif).
Dibawah ini saya kongsikan perbualan mereka yang saya taip sendiri untuk testimoni perkongsian semua. Jom kita hayati :
Perkhabaran gembira yang ingin dikongsikan oleh pengguna shaklee terhadap anak penghidap ADHD (hyperaktif) yang berusia 7tahun.
"Ifa, saya tak sangka anak saya dapat no. 1 dalam kelas. Semalam pergi majlis anugerah dia, dan dia beritahu saya dia dapat no 1, dan sy sangat-sangat terkejut, betul kah ini???Selepas attent majlis tu, barulah saya percaya memang betul anak saya dapat no satu dan mendapat anugerah cemerlang di sekolahnya walaupun sebelum ini, dia seorang yang sangat hyper dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika belajar."
Syukur Alhamdulillah, berita ini amat menterujakan saya dan kalau nak tahu apa yang saya syorkan untuk anak beliau ..
"Pelanggan ini telah memberikan suplemen Mealshakes, GLA Complex dan OmegaGuard untuk anaknya yang ADHD - anaknya hyper dan kurang tumpuan ketika belajar. Hasilnya, setelah 2 bulan mengamalkannya, anaknya telah dapat fokus kepada pelajaran dan juga berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas."
Testimoni yang lain adalah daripada pengguna2 di US yang mempunyai anak2 autisme dan ADHD. Berikut saya kongsikan pautan dan ringkasan apa yang diceritakan dalam blog/laman web mereka.
Penulis blog ini mempunyai anak lelaki yang didiagnos mempunyai simtom autisme, tetapi tidak didiagnos sebagai autisme dan ADHD. Dia juga mempunyai masalah lambat bercakap dan masalah pembelajaran 'slow learner'. Pada Nov 2012, dia didiagnos pula dengan PDD-NOS, disleksia, diskalkulia, masalah bahasa, masalah daya ingatan - tidak boleh mengekal dan mengingati maklumat dan ketidakupayaan dari segi pembelajaran. Anak ini belajar dalam pendidikan khas, menjalani terapi pertuturan dan terapi cara kerja.
Keluarga ini sedang mencuba produk Shaklee setelah mendapat pandangan dan panduan daripada 'herbalist' yang mereka temui setiap 3 bulan untuk sesi rawatan bersama anak mereka. Setelah diberi suplemen Shaklee, anaknya QW menunjukkan perubahan positif, malahan lebih baik lagi berbanding ketika dia hanya mengikuti terapi 3 kali seminggu. Mereka turut membuat perubahan dalam diet anak ini - kurangkan gula dan manisan, makanan terproses, perisa dan perasa tambahan (MSG), makanan yang mengandungi pengawet dan membanyakkan makanan dari sumber organik. Ibunya turut berusaha dengan memasak sendiri makanan untuk anaknya serta mempelbagaikan menu dengan bahan2 organik. Keluarga ini turut menggunakan produk pencuci dari 'Get Clean Shaklee'. Ini adalah rawatan biomedikal yang mereka amalkan dan ia sememangnya telah berjaya mengubah kehidupan mereka sekeluarga. Antara suplemen Shaklee yang diberikan kepada anak ini ialah:
Vita C Chewable, Optiflora (pre & probiotics), Calcium-Magnesium, OmegaGuard, Multivitamin Chewable, B-Complex, Zinc Complex, dan Soy Protein.
Berikut adalah antara perubahan yang berlaku setelah mengambil suplemen Shaklee:
Tidak berterusan menggesek2 kepala,
Boleh bertutur secara lebih jelas (kurang kedengaran seperti merengus/merungut)
Menggunakan lebih banyak perkataan dan menyudahkan ayat penuh, akan duduk diam untuk 5-10 minit pada satu2 masa
Mula menjawab soalan dalam kelas dan boleh mewarna dan melukis gambar.
Dia turut mula menolong dalam melakukan kerja2 rumah.
2. http://www.natural-vitamin-supplements.com/component/content/85?task=view
Kanak2 lelaki ini menunjukkan simtom autisme setelah mendapat beberapa vaksin. Ibubapanya tidak tahu bahawa simtom2 itu ada kaitan dengan autisme. Ketika berumur 18 bulan, dia sering menggoncangkan kepalanya ke depan dan ke belakang, serta mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam. Dia hanya mula bercakap pada usia 3 tahun. Dia tidak merangkak ketika bayi dan hanya mula berjalan ketika usia 2 tahun lebih. Selain daripada itu, dia turut mengalami sawan.
Namun setelah beberapa tahun, mereka mula mengetahui bahawa tingkahlaku dan permasalahan anak mereka ada kaitan dengan autisme. Mereka telah memberikan beberapa jenis vitamin termasuk Mealshakes, VitaLea, OmegaGuard, GLA Complex, Vita C dan Optiflora. Mereka juga bertukar kepada pencuci organik dan mengawal pendedahan kepada bahan2 kimia. Makanan harian dipastikan tidak mengandungi pewarna tiruan dan pengawet. Anak ini juga bersekolah di rumah (home school) kerana ia memudahkan ibubapanya memantau perkembangan anak mereka serta mengurangkan juga tekanan di rumah. Selain itu, dia turut belajar berenang dan bermain bolasepak untuk menggalakkan dan mengembangkan kemahiran motor (belajar menyeimbangkan badan dan koordinasi).
3. http://www.elisehearn.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94&Itemid=104
Di laman web ini, ia menceritakan testimoni seorang pengguna suplemen Shaklee untuk anaknya, Lindsay. Kanak-kanak ini dilahirkan pra-matang (awal 11 minggu) dan mempunyai komplikasi pada bahagian usus dan apendiks. 18 jam setelah dilahirkan, dia menjalani pembedahan, namun selepas itu dia mula jatuh sakit, keracunan dalam darah dan kegagalan buah pinggang. Dia mengalami pendarahan otak dan didiagnos dengan pembengkakan otak. Pada usia 13 bulan, dia mula diserang sawan, maka telah mula diberikan ubat. Pada usia 22 bulan, dia mula belajar berjalan dan ketika berusia 3 tahun, hanya mempunyai 3 kosa kata, itupun dengan menggunakan tanda isyarat. Dia mengalami masalah perkembangan kanak2. Dia menjalani terapi cara kerja, fizikal dan pertuturan di rumah, serta menerima program pendidikan khas sejak usia 4 bulan. Pada usia 5 tahun, Lindsay didiagnos dgn:
ADHD dan mula diberi Ritalin.
Autistik - kerana perkembangan bahasa yang lemah, kekurangan kemahiran sosial, kelemahan kemahiran motor halus (fine motor-skills).
Selain itu, dia juga:
Mempunyai masalah untuk berubah rutin - jika sedang melakukan sesuatu, sukar untuk dia bertukar pula melakukan perkara lain
Eye-contact yang kurang
Tidak boleh bermain dengan permainan dan orang lain
Marah/berang jika rutinnya berubah walaupun sedikit
RITALIN menyebabkannya KEHILANGAN BERAT BADAN kerana KEHILANGAN SELERA MAKAN. Pakar kanak2 di Hospital University of Michigan telah mencadangkan kepada keluarganya agar memberikan diet dgn 2500 kalori setiap hari untuk menambah berat badan, dan memberi minuman sebanyak 50 auns untuk mengatasi masalah sembelit. Ini bukanlah mudah kerana dia TIDAK MAHU MAKAN dan MINUM. Mereka bernasib baik kerana padeatrik bagi anak ini telah mencadangkan mereka mencuba suplemen Shaklee.
Pada Oct 2007, Lindsay mula diberi suplemen seperti CitriBoost, Lecithin, Optiflora dan HerbLax (bila perlu) & Soy Protein (untuk masalah picky eater). Ibunya juga terpaksa menyembunyikan vitamin ini dalam makanannya.
Kira-kira seminggu selepas memulakan rutin ini, dia mula bercakap buat kali pertama dengan ibunya (pada usia 6 tahun). Dalam beberapa minggu selepas itu, eye-contact menjadi lebih baik dan dia telah mula bersosial dengan orang lain. Doktor telah menghentikan preskripsi ubat laksatif dan ADHD untuknya.
Pada July 2009, Lindsay juga telah berhenti mengambil ubat untuk ADHD, sembelit, sawan dan asma. Ketikan artikel dalam blog tersebut ditulis, dia berusia 7 tahun - boleh bertutur, berinteraksi, membaca dan boleh menggunakan tandas sendiri. Tulisannya semakin elok, fokus kepada tugasan semakin meningkat walaupun belum sepenuhnya berubah. Anak ini turut mengambil:
BComplex, OsteMatrix, Lecithin, Optiflora, Multivitamin, Defense and Immune, OmegaGuard.
Apa yang lebih memeranjatkan, kini ibunya tidak perlu 'menyembunyikan' vitamin dalam makanannya lagi kerana dia telah boleh makan vitamin2 tersebut sendiri serta menggemarinya, terutama DHA Chews dan OmegaGuard. Dia tahu bahawa kedua2nya membantunya untuk menjadi lebih tenang serta membantu dalam fungsi otaknya.
Shaklee Helps Son's ADHD
Keluarga ini mempunyai anak lelaki ADHD yang diberikan ubat Ritalin. Ubat itu membantu anaknya untuk menjadi lebih tenang serta pembelajarannya juga bertambah baik kerana dia dapat fokus. Namun begitu, segala-galanya berubah setelah 2 tahun setengah mengambil Ritalin kerana dia mula menunjukkan perubahan personaliti. Ritalin hanya berkesan sebagai penenang untuk tempoh yang singkat. Selepas itu, anaknya yang berusia 9 tahun ini mula tidak boleh dikawal (emosi terganggu, penuh dgn kekecewaan dan kemarahan) dan dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku kepada dirinya. Mereka bernasib baik kerana dipertemukan dengan pengguna Shaklee yang turut memberikan suplemen ini untuk 2 orang anak ADHD mereka. Segala-galanya berubah setelah mencuba suplemen Shaklee dan anak mereka telah menunjukkan perubahan positif - menjadi seorang yang boleh bergaul, lebih mudah berinteraksi dan kreatif. Dia juga mula dapat memberikan tindakbalas dengan ekspresi fizikal.
Laman web ini menyenaraikan beberapa testimoni pengguna Shaklee yang berjaya mengawal/mengatasi autisme dan ADHD anak2 mereka.
_____________________________________________
Kesemua testimoni ini membuktikan bahawa SUPLEMEN adalah salah satu ALTERNATIF TERBAIK kepada ibubapa yang ingin membantu anak mereka memperbaiki simtom-simtom autisme dan ADHD. Ia mungkin tidak akan merawat atau memulihkan anak anda sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan gejala dan simtom seperti hiperaktiviti, tidak tenang, emosi terganggu dan susah tidur, serta sembelit. Bukan itu sahaja, suplemen membantu dalam fungsi otak dan daya fokus serta ingatan yang lebih baik. Tambahan pula, bagi anak2 yang kurang selera makan atau cerewet (picky eater), suplemen dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian mereka untuk menjamin kesihatan sepanjang tumbesaran.
Oleh itu, jika anda inginkan yang terbaik untuk anak istimewa ini, jika anda inginkan perubahan dalam kehidupan anda sekeluarga, CUBALAH SUPLEMEN SHAKLEE kerana ia halal, dibuat daripada sumber semulajadi, ia berkesan dan sentiasa selamat. Shaklee juga ditunjangi oleh kajian2 saintifik dan ujian klinikal yang menjamin kualiti dan keberkesanan produk2nya.
InsyaAllah...
Sekiranya ada ibubapa yang inginkan mendapatkan omega atau apasahaja product shaklee bole hubungi umiIzz.. InsyaAllah, umiIzz sedia membantu untuk dapatkan.
Kita berusaha, selebihnya Allah tentukan.. semuanya dengan izin Allah. Apalah salahnya kita berkongsi pengalaman yang boleh memberi kebahagiaan kepada insan lain betul tak??
UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur(ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan