PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 10 Disember 2013

Jom kenali Autisme atau ADHD

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Autisme ialah sejenis masalah gangguan perkembangan di kalangan kanak-kanak yang boleh mula dikesan dalam dua tahun pertama kehidupan. Ia meliputi pelbagai masalah dalam kemahiran bersosial, komunikasi, pertuturan, daya fokus, tingkahlaku dan pembelajaran yang dikenali sebagai Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorders). Mengikut statistik, ASD ini boleh terjadi kepada 1 daripada 88 orang kanak-kanak dan 5 kali lebih selalu melanda kanak2 lelaki berbanding perempuan.

Individu akan didiagnosa mempunyai Autisme sekiranya dia menunjukkan ciri-ciri atau simtom dan masalah yang dikaitkan dengan Austime Spectrum Disorders. Antaranya ialah tidak suka bersosial, bercakap dalam nada yang pelik, tidak boleh duduk diam dan tidak mahu bertentang mata (utusan hari ungu). Mereka seolah-olah hidup dalam dunia sendiri, tetapi boleh menunjukkan minat yang mendalam terhadap sesuatu objek di persekitarannya. Individu autisme seringkali mempunyai masalah lambat bercakap dan masalah memahami bahasa. 



Oleh kerana kurang kemahiran pertuturan, mereka menggunakan cara lain untuk menggambarkan apa yang diingini, contohnya menggunakan tangan dan bahasa badan yang lain. Namun jika kehendak itu tidak difahami, ia mudah menyebabkan mereka 'mengamuk' dan 'membuat perangai' tidak kira di mana jua mereka berada. 


Apabila meningkat remaja, mereka mungkin menghadapi masalah dalam bersosial dengan rakan sebaya, tidak pasti untuk menunjukkan emosi mengikut keadaan dan bagaimana untuk berkomunikasi serta meluahkan buah fikiran. Individu autisme tidak dapat memahami lawak jenaka rakan sebaya serta tidak gemar menunggu giliran untuk bercakap atau melakukan sesuatu. Tahap gangguan dan masalah adalah berbeza-beza bagi setiap individu, maka rawatan serta cara intervensi juga berbeza-beza. Atas sebab tersebut, hasil yang diperolehi juga adalah tidak sama. Individu autisme mungkin juga mempunyai Sindrom Asperger, salah satu Gangguan Spektrum Autisme. Ada juga yang dikategorikan sebagai High-Funtioning Autisme. Individu dalam kedua2 kategori ini selalunya mempunyai IQ normal atau melebihi normal. Lebih kurang 60% individu autisme akan mempunyai masalah gangguan intelektual (dari masalah ringan kepada yang lebih berat). 



Saintis masih mencari apakah punca sebenar yang menyebabkan Autisme. Setakat ini, faktor yang dikenalpasti ialah: 

1. Genetik - Terdapat lebih 300 ribu gen dalam badan manusia. Saintis masih mencari gen yang mungkin menjadi penyebab autisme. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana simtom dan masalah yang dihadapai individu autisme adalah berbeza2. Walaubagaimanapun, masalah gen ini mungkin membawa kesan kepada perkembangan otak dan cara sel2 otak untuk berkomunikasi. Ia tidak semestinya diturunkan daripada ibubapa kepada anak2, tetapi juga sekiranya ada berlaku di kalangan ahli keluarga yang lain. 

2. Masalah kesihatan 

3. Faktor persekitaran & penggunaan bahan kimia - Masalah pencemaran boleh menyebabkan alahan di kalangan autisme. Penggunaan sabun pencuci di rumah yang mengandungi bahan kimia tinggi turut boleh mengganggu individu autisme. Ibubapa boleh bertukar kepada pencuci berasaskan organik dan bahan semulajadi untuk mengurangkan risiko alahan kepada bahan2 kimia bertoksik. 

Diagnosa autisme boleh dilakukan ketika umur 18 bulan hingga 4 tahun. Ada juga yang didiagnos ketika umur pra-sekolah dan sekolah rendah. Diagnosa selalunya melibatkan pakar kanak2 , pakar psikologi, pakar neurologi dan speech therapist. Selain itu ia turut melibatkan ujian pendengaran dan penglihatan. Kanak-kanak akan diberi diagnosa berdasarkan perbandingan perkembangan dan kelakuannya berbanding kanak2 sebayanya.

Di Malaysia, setelah mendapat diagnosa, ibubapa perlu mendaftarkan anak mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat kad OKU dan seterusnya layak mendapat bantuan elaun. Kanak2 ini juga perlu belajar samada di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusak Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau sekolah yang menawarkan kelas khas.

Kebanyakan ibubapa yang prihatin akan berusaha untuk mencari maklumat tentang jenis2 rawatan dan terapi yang boleh dilakukan untuk membantu anak mereka. Selalunya ia melibatkan terapi cara kerja, terapi pertututan, terapi tingkahlaku dan sebagainya. Anak2 ini juga perlu di hantar ke kelas khas yang mempunyai kepakaran dalam autisme agar intervensi awal yang berkesan dapat diberi kepada mereka. Bukan itu sahaja, kelas khas mempunyai silibus tersendiri, bergantung kepada setiap jenis masalah pembelajaran. Oleh itu, kelas khas untuk austisme adalah tidak sama dengan kelas khas untuk anak2 disleksia, anak2 yang bermasalah pendengaran, masalah penglihatan, Down Syndrome dan lembam. 

Masalah utama bagi ibubapa ialah tidak banyak pusat-pusat terapi ditawarkan di Malaysia, malah terpaksa berulang-alik jauh untuk menghantar anak setiap hari. Bukan itu sahaja, kos untuk menghantar anak ke pusat terapi bukanlah murah. Ada juga yang tidak dapat menghantar setiap hari disebabkan lokasi yang terlalu jauh, lalu anak dihantar ke kelas khas yang mungkin tidak dapat mendidik anak itu kerana kekurangan/ ketiadaan kemahiran mendidik anak2 autisme. Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua kelas khas yang diwujudkan di sekolah rendah dan menengah mempunyai kepakaran dalam bidang autisme. Malaysia masih kekurangan guru pakar dalam bidang pendidikan khas, terutamanya untuk masalah seperti disleksia, diskalkulia, autisme dan ADHD. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, tahap kesedaran di kalangan guru, ibubapa dan masyarakat juga masih rendah. Anak-anak ini seringkali disalah anggap sebagai bermasalah, kurang cerdik dan ibubapa yang tidak mengetahui tentang masalah ini akan 'menyimpan' anak2 ini di rumah tanpa mendapatkan sebarang rawatan. 

Dari segi emosi dan mental, sejak dulu lagi, ubat atau sejenis dadah bernama Ritalin akan diberikan bagi mengawal tingkahlaku hiperaktif dan kurang daya tumpuan. Namun penggunaan ubat ini dikaitkan dengan masalah hilang selera makan dan juga depresi ketika remaja dan dewasa. Ibubapa yang mendapati ia membawa lebih banyak kesan negatif berbanding positif kepada anak mereka akan berhenti menggunakan ubat kerana khuatir ia akan menyebabkan situasi menjadi lebih buruk. Namun begitu, ini bukanlah menunjukkan sudah tiada ikhtiar untuk memperbaiki simtom2 dan masalah autisme. Selain dariapada terapi dan program pembelajaran khusus, ibubapa boleh melakukan satu lagi rawatan iaitu RAWATAN BIOMEDIKAL. Klik di sini untuk membaca tentang rawatan biomedikal. 

Sumber rujukan: 

1. http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121004/ke_02/Hari-Ungu-anak-autisme#ixzz2KNOn3daD 

2. http://www.webmd.com/brain/autism/high-functioning-autism 

3. http://www.webmd.com/brain/autism/gluten-free-casein-free-diets-for-autism 

4. http://www.dailymail.co.uk/health/article-2141044/ADHD-Ritalin-prescriptions-soaring-experts-warn-effects.html#axzz2KMdy1WIm

 Salam sayang dari,


gif creator
gif creator