PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 29 Disember 2015

2015 : Ulang tahun ke 8, Alhamdulillah.. Nikmat Allah yang mana mahu didustakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah Allah izin kami sekeluarga menikmati nikmat Allah yang tak terbatas, dari sedutan nafas, mengalirkan air mata kesedihan dan juga kegembiraan masa bersama-sama anak dan suami.
Siapa yang mengatakan itu adalah nikmat dusta? Maka ia adalah dari golongan orang yang rugi. Walaupun mengalami kesedihan ia adalah nikmat yang Allah beri untuk kita mengingati rasa mensyukuri nikmat gembira.




Alhamdulillah.. Setiap ciptaan dan kejadian yang Allah hidupkan ada kebaikkan disetiapnya. Begitu juga manusia takkan terlepas dari diuji Allah SWT. Ujian dari kesedihan, kedukaan, kepercayaan malah kegembiraan dan bahagia juga satu ujian. Cuma antara sedar mahupun tidak manusia itu sentiasa diuji dalam pelbagai cara maka Allah akan turunkan ujian kedukaan bagi mengingatkan kita semua ini milik Allah..

Jika kita terlepas dari ujian dan berjaya melaluinya dengan sabar, tabah dan muhasabah.. Ujian itu akan menjadikan kita hambaNya yang lebih baik dari sebelum, itulah hikmat terpuji yang kita dapat selepas ujian yang kita lalui. Allah sayangkan kita maka Dia uji kita untuk menjadikan kita lebih baik dari semalam.

Alhamdulillah, 8 tahun bergelar suami isteri, banyak onak duri yang dilalui walaupun masa masih jauh namun belum tentu sempat kita melalui masa itu nanti kerana semua itu rahsia Allah. Tiada sambutan special, cuma kami makan-makan sekeluarga berempat sahaja di Thai Steamboat, Taman Dagang..

Nak share testimoni.. makan kat sini, boleh pilih set untuk seafood yg bersaiz besar-besar dan kecil ataupun amik set biasa je.. Abi pilih set extra size, so bolehla merasa semua saiz seafood. BBQ pun ada, maka gigihla kami menoreh, heheh..

Ok, ini lah round pertama pilihan umiIzz.. ada kepah, kupang dan tiram.. yummy

Cantik warna api tu kan? ok jagung tu, budak-budak ni yang nak, tapi last-last umiIzz yang makan sebab bakar kan.. depa tak mo plak, sabar jelah


Diorang makan mee sup. suka sangat mee.. layankan jelah,, ha nampak tak udang yang dah siap bakar tu? Keras betul kulit dia, pemalasnya umi tiba-tiba..hehehe Kami amik fresh Orange dan Carrot Susu sebagai minuman..

Kalau nak tahu, kedai ni berderetan dengan saloon fasha sanda yang Chinta Saloon tu.. Ok, boleh tengok sini untuk lokasinya..




Apapun, alhamdulillah.. masih jauh perjalanan rumahtangga umiIzz dan jika izin Allah perjalanan itu biarlah disusuli dengan nikmat-nikmat kebaikkan dan barokah berpanjangan. Hidup yang berkat dan diredhai Allah adalah impian setiap penghuni syurga, moga kita tergolong dalam golongan orang yang menhuni syurga.. Amin..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

4 comments:

Salina@IbuAqil berkata...

Alhamdulillah!!
Semoga umi suami dan sekeluarga berbahagia hingga ke Jannah..
Aamiin! ;)

Rizziela berkata...

sedapnya... i suka tau makan seefood

UmiIzz berkata...

@salinaibuaqil : Terima kasih.. amin, mudah-mudahan ibuAqil juga sama didoakan..

UmiIzz berkata...

@Rizziela : Owh yeke? Bolehla mecuba di Thai Seafood ni nanti =)