PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 26 September 2012

Oreo Cheese Cake




Assalamualaikum,

Harini opis umi ada buat potluck.. so dalam fikiran ni teringat nak buat oreo cheese cake.. Hehehe, bakat terpendam ni.. So umi try resepi simple ni.. Umi dapat dari adik ipar umi.. Dia memang rajin memasak.. so belajar la dari dia..

Umi start buat Oreo Cheese Cakes ni dari jam 10.30mlm seperti biasa selepas danish n danial tdo.. Yelah kalau ada diorg karang tak jadi pulak oreo cheese cake jd la oreo putar jilat celup si danish.. kekekek.. tapi masa buat tu jeling2 gak kot diorg bangun, sebenarnya seronok buat bersama2 tp dikuatiri danial akan terjaga dek kerana mulut abang danish yang meriah, so umi fikir lebih baik bg dua2 tdo kerja pun cepat.

Jom layan resepi..

Gambar ketika sedang diputar

Bahan Dasar:- (umi guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*umi guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*umi guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*umi guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*umi bubuh 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*umi bubuh letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*umi bubuh 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*umi letak 20 keping) (*yang inni kalau taknak letak pun takpe..
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*umi lapis atas kek tu dengan topping coklat )

Gambar apa tu? mana Oreo Cheese Cakes tu??? Minta maafla kawan2, umi lupa nak snap gambar2 lain dek kerana kejar masa.. gambar atas tu setelah dipotong2 oleh member umi masa sesi menghabiskan potluck yg dibawa ekekekek...

Sekian dulu n jumpa esok =)

Salam sayang dari,
 

Jom Klik banner ni..

gif creator

5 comments:

Mimie berkata...

bestnye oreo cheese...

UmiIzz berkata...

pink ummi:
jom buat

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

lama tak jengah kat sini...

blh la terima tempahan kalu mcm nih... uhuuhh

Atie.Rashid berkata...

tingin nak buat,... nnt nak try la...

jom singgah
http://atierashid.blogspot.com/

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

alahaiii... lama tak jengah kat sini.... pe cite tuan belog nih.... bz gamaknye.. huhuhuh