PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 16 Mei 2014

Resepi Nasi Arab Mandy (Ayam) Ala UmiIzz


Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim

Cuti-cuti hujung minggu, aktiviti yang menarik adalah memasak makanan yang menyelerakan anak dan suami. Oleh kerana anak-anak suka makan nasi mandy nama kepada nasi arab.. So umiizz pun try la belajar masak sendiri. Tengok pada resepi tu mudah je.. umiIzz cari bahan-bahan yang diperlukan dan umiIzz cuba dirumah.. Memang harapan sangat-sangat biarlah menjadi dan sedap lebih dari kedai nasi arab.. Nak tahu ke tak jadi ke tak nasi arab mandy umi.. jom layan resepi dahulu..




Masih dalam periuk, tak hidang lagi.. hihi


Resepi Nasi Mandy (Ayam)

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih (umiIzz guna peha ayam sahaja)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaram
Sedikit pewarna kuning/ saffron ( kalau takde guna serbuk kunyit pun boleh)
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya pakai minyak jagung)
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Bahan - bahan rempah kabsa:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


p/s: sambil sambil masak tu jangan lupa berzikir ye.

Ok, inilah gambar Nasi Mandy dari UmiIzz Yang telah dihidang



Okey, rasa macam nak masak lagi minggu ni la.. kena minta abiIzz beli bahan lagi ni.. Selamat mencuba..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,
 



gif creator
gif creator

10 comments:

Unknown berkata...

wah nampak sedap dan lazat sangat tapi malas pulak nak masak
Mudahnya masak nasi arab kini tak payah susah-susah hanya dengan ....

super blogger berkata...

Kena cuba nie. Terima kasih atas perkongsian resepi nasi arab yg lazat nih.

keluarga bahagia berkata...

terimakasih resepi yg mudah dan sedap.

saya blogwalking kat sini. Jemput baca entri terbaru saya di, http://umiwarham.blogspot.com/

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian..sblm ni saya hanya beli yg dalam kotak..balik lebur je dlm periuk..huhu..lps ni blh try.suami suka makan nasi ni..
Sahabat2 jemput ke blog saya..

sitinorazizah920702.blogspot.com

Unknown berkata...

Saya wajib cuba resepi ni..suami suka.sblm ni dok beli yg dlm kotak je.blk lebur je dlm periuk..huhuhu
Thanks for sharing.
Sahabat2 jemput ke blog saya..

sitinorazizah920702.blogspot.com

Admin berkata...

Ada blogger terkenal guna Nasi Arab Reen's Kitchen je untuk masak. Beli sekotak, terus minta anak dia masak sendiri. Memang mudah, sebab smua dah ada dalam pakej Nasi Arab tu.

www.hasrulhassan.com

feerony kitchen berkata...

as salam...nampak sedap nye...saya mesti try..tq...kengkawan...jemput ke blog saya juga...(",)

Unknown berkata...

masakan ini sungguh menggugah lidah saya, haduh masih siang gini saya membicarakan padahal sedang puasa. jual nasi mandi di jakarta

Unknown berkata...

Berapa org boleh mkn ni

Normawati Ab. Rahman berkata...

Nampak mcm. sedap dan menyelerakan ni. Saya akan cuba utk hdgn .keluarga.kat mana ye utk.dptkan rempah nasi arab segera nih.