PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 26 Mei 2015

BANTUAN MAKANAN KEPADA PELARIAN ROHINGYA DI ACHEH

Assalamualaikum
Bismillahirrohmanirrohim..



UmiIzz nak share sedikit hari ini berkenaan dengan saham.. Yang ni saham yang faedahnya jauh lagi nak dapat tapi kekal sampai bila-bila, InsyaAllah.. Jom.. kepada sesiapa yang berminat dan berniat nak beramal jariah.. Mari kita sama-sama membantu kerana Allah SWT.. Biar sedikit pun yang kita bantu asalkan ikhlas.. Kerana Allah tak pandang banyak mana pemberian kita tapi Allah pandang banyak mana keihklasan kita.. InsyaAllah.. Alhamdulillah..

BANTUAN MAKANAN KEPADA PELARIAN ROHINGYA DI ACHEH PADA 28 MEI - 1 JUN 2015 : MISI BANTUAN KEMANUSIAAN CAKNA ROHINGYA anjuran NGO ARP 


Alhamdulilah, kurang 30 hari lagi Ramadhan bakal mengunjungi kita. Bersedia untuk memperbanyakkan amalan-amalan baik. Semoga kita tergolong sebagai hambaNya yang bertaqwa dan diberkati selalu hendaknya. UmiIzz nak ajak semua berbuat kebajikan dengan menderma. Namun derma ini bukan dipandang dari segi besar nilainya oleh Allah SWT tetapi dari segi niat dan ikhlasnya.. Semoga amalan kita menjadi bantuan kita disana.



Bismillahirahmanirahim.. ARP dengan ini melancarkan sebuah misi bantuan kilat Cakna Rohingya -Acheh demi
membantu pelarian Rohingya yang ditempatkan di sebuah penempatan kemanusiaan di Kota Langsa, Acheh.

Ia sebuah misi mendesak yang dilancarkan segera demi kemanusiaan sejagat.
Teruskan sokongan dan sumbangan bantu saudara seagama, etnik minoriti Rohingya yang dizalimi.

=====================================
Bantuan Makanan Cakna Rohingya Acheh;
=====================================

1. Beras

2. Mee segera

3. Makanan dalam tin/sardin

4. Roti

5. Biskut

7. Air mineral

8. dan lain-lain

Satu pakej makanan di atas bernilai RM50/pax .
Walaubagaimanapun, di sini tiada nilai maksima atau minima.

Bukanlah jumlah sumbangan yang dikira tetapi keihklasan membantu saudara seakidah yang lebih diutamakan.
Tuan puan boleh menyumbang serendah RM1 dan pihak kami berbesar hati menyampaikan amanah ini kepada pelarian Rohingya yang sangat memerlukan ketika ini.

InshaaAllah ARP bersama rakan kerjasama dijangka bertolak ke Acheh pada 28.5.2015 (Khamis). Oleh itu, kami amat berharap sumbangan dapat disalurkan selewat-lewatnya pada Rabu, 27 Mei 2015.
Kami memohon agar para penyumbang yang bermurah hati untuk turut serta berkongsi rezeki, dapat kiranya menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai (sahaja);
di mana pihak ARP akan menyediakan keperluan makanan tersebut di Acheh dengan bantuan dan kolaborasi dari NGO tempatan di sana.

Dilaporkan hampir 1,500 pelarian Rohingya kini menerima bantuan makanan dan rawatan perubatan di pusat perlindungan, klinik dan rumah penduduk tempatan
di sekitar Aceh selepas sekumpulan nelayan negara itu membantu mereka yang tersadai di perairan Acheh.




=========================================
Sumbangan hendaklah disalurkan ke akaun ARP;
=========================================

• MAYBANK : 562478141589


CIMB : 12310000632103


BANK ISLAM : 12038010114731


*Masukkan email penerima notis sumbangan; info@arp.org.my
.
Nama Akaun : Al-I'tisam Relief Program Association / Pertubuhan Program Ceria Al-I'tisam
.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian:
03-7846 1880 | 016-205 1880 (Whatsapp)
.
.
Doakan misi dipermudahkan dan pelarian Rohingya selamat dilindungi dan terbela. Mereka bukan sebarang pendatang haram tanpa izin.
Mereka etnik muslim minoriti Rohingya yang telah dianiaya dan ditindas pemerintah Myanmar yang zalim. Nasib mereka bergantung sepenuhnya kepada ihsan dan kemanusiaan sejagat.
.
Mohon hebahan dan panjangkan email kepada rakan-rakan dan saudara mara.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada orang yang telah membantu mereka yang memerlukan perlindungan.




==========================================================
LAIN-LAIN PERKEMBANGAN PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAAN ARP:
==========================================================
1.Tuan puan juga boleh menyumbang untuk menjayakan misi Cakna Rohingya-Malaysia.
InshaaAllah majlis bantuan di jangka pada 30 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Gombak.
Rujuk flyer dan hubungi kami ditalian 016-205 1880 (whatsapp) untuk maklumat lanjut;


2. Selain itu, tuan puan juga boleh berkongsi rezeki dengan menyertai Program Iftar Rohingya & Iftar Gaza 1436H/2015 anjuran ARP.
Rujuk website dan FB ARP atau hubungi kami ditalian 016-205 1880 (whatsapp) untuk maklumat lanjut.


Sekian sahaja untuk makluman semua umiIzz panjangkan bekalan saham disana ni untuk sama-sama kita beramal..


Allah sayang,
InsyaAllah..
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,


  gif creator
gif creator

2 comments:

Nieyla Nadia berkata...

Singgah petang...
sama² kita hukurkan bantuan...
insya''Allah....Amin...

UmiIzz berkata...

Terima kasij kerana sudia singgah..
Jemput beramal sama ya =)