PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 20 Mei 2015

Rumahku Syurga Ku Part 1



Assalamualaikum Bismillahirrohmanirrohim..

Bercerita tengahri ini kisah minggu-minggu sudah ditaman cinta. Aktiviti kami hujung tahun lepas membersihkan kawasan rumah yang awalnya semak samun kerana owner tinggal terus rumah dan anak-anak tidak mahu mengurus. Keadaan kawasan lapang dihadapan rumah memang sangat semak kerana lalang telah pun tinggi waktu itu hujan kerap turun.

Seram jugak umiIzz bila umiIzz tengok keadaan rumah kami yang dipenuhi lalang tinggi. Tapi alhamdulillah, AbiIzz gagahkan juga untuk menebas sendiri. Sambil alunan surah albaqarah, beliau mula meracun. Ya.. cadangan meracun ni asalnya dari ibu Umiizz sendiri. Bila dah mati mudahlah kita nak membersihkan rumput tadi dengan memajak sdri hihihi



Alhamdulillah, walaupun rasa letih tapi seronok tu tak dapat bayangkan bila nanti si double izz tu akan bermain hanya dihalaman rumah sendiri.. Semoga keselamatan mereka terjamin. Dan mungkin lepasni bolehla umiIzz berangan dengan kolam ikan dan rumah orked..hiihi..





Pokok ni sape tahu? Oleh kerana umi rase tidak sesuai hidup dikawasan rumah umi, makanya umiizz minta abiIzz tebang.. Hurm, memang bersepah-sepah masa ni..


Haaa ni kami datang kali keberapa tah dah tak ingat.. masa ni lalang-lalang semua dah mati dan umiIzz pun da buang semua rumput lalang hingga nampak tanah, yang syok nye abiIzz siap buat pembakaran terbuka.. Hurm.. sabar jela abiIzz tapi umiIzz seronok sebab rasa macam duduk dikampung bau asap rumput terbakar sangat sedap macam dalam cerita winter sonata gitu hehe..


Ok ni gambar baru-baru ni masa sehari sebelum 1 Shaaban, buah rambutan dah mula berputik.. Makanya Syawal nanti kami dapat menjamah hasil rambutan macam tahun lepas tu kami tengok je la rambutan gading ni berkilauan kekuningan atas pokok.. Sebab belum menjadi milik kami lagi kan.. Alhadulillah rezeki Allah nak bagi..

Apapun sebagai hambaNya, bab rezeki ni kita kene usaha disamping meminta dan berserah padaNya. Takkan Allah sia-siakan permintaan hambaNya yang beriman.. (",)

Selamat menyambun bulan shaaban dan banyakkan beramal jariah.. insyaAllah sambung lagi.. esok umiIzz nak kongsi cerita rohingya.. bagaimana kita bersedekah untuk mereka..insyaAllah


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator




gif creator

1 comments:

Sidratul Muntaha berkata...

salam
lama betul tak singgah sini
just hope the best in your up coming life and future
take care