PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 12 Februari 2016

Penutup tirai 2015 dan pembuka tirai 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim..

Pembukaan 2016 yang sangatlah sibuk makanya blog umiIzz pun sunyi kerana ketidaksempatan umiIzz nak menaip dan berbicara kat sini. Mana taknye, dengan persiapan mengemas barang rumah lama, dengan mengemas/ membersihkan rumah baru, pack barang dan sesi penghantaran barang, sesi mencari sekolah anak-anak dan kebetulan atuk a.k.a ayah umiIzz sakit dan memerlukan pembedahan segera. Allahuakhbar semuanya terjadi dengan cepat.



Kami bercadang bulan 12 baru nak membersihkan rumah baru dan berpindah 2minggu sebelum penutupan tirai 2015. Proses pembersihan rumah baru hanya kami 4 beranak yang lakukan sebab kami taknak orang lain turut susah-susah kerana kami. Jadi proses pun tidak memakan masa terlalu lama memandangkan rumah kami telah dibersihkan juga oleh kontraktor yang kami ambil semasa renovation rumah tempohari dan kami dapat berjimat masa dan tenaga..

Sebelum kejadian, kami terlibat dengan family day program dekat-dekat sini juga.. Nak tak nak pergi jugaklah memandangkan cuti sekolah ni memang tak kemana-mana disebabkan kesebukan kami nak pindah rumah.

Jom layan gambar budak-budak main air.. tak banyak gambar yang kami ambil memandangkan waktu tu umiIzz demam, makanya seadanya jelah mood nak layan anak-anak..






Lepas beberapa hari dari program family day barulah kami tumpukan pada proses masuk rumah baru.. Masa ni kami anak beranak je la yang bergotong royong buat semua, cukup rajin anak-anak ditambah keseronokkan bermain air dalam rumah.. 




Kami main sabun ni.. lantai kilat.. kami pun xrisau kaki berendam sabun.. syok aihh main buih hihi, alhamdulillah

Anak-anak turut teruja dan kami sangatlah gembira dengan karenah anak-anak yang sangat-sangat berusaha nak membantu. Alhamdulillah Allah mudahkan..

Seminggu usai membersih dan membasuh rumah baru, kami pack barang dan proses memindahkan barang pun dijalankan. Banyak juga barang yang umiIzz terpaksa letgo memandangkan kalau sumbat juga dalam lori komfirmlah semakin bertambah lusuh. Itulah yang selalu terjadi bila kita berpindah rumah.



Barang-barang diturunkan sehari sebelum krismas 2015. Selang dua hari kejadian, umiIzz dapat panggilan dari family umiIzz mengatakan ayah umiIzz diserang angin pasang, dan pembedahan perlu dijalankan segera. Masa tu apalagi kelam kabutlah umi sekeluarga pulang kekampung.

Makanya cuti untuk mengemas barang pindah rumah kami gunakan untuk pulang ke kampung. Alhamdulillah, atuk pun selamat menjalani pembedahan dan sedang berehat dirumah. sekolah anak-anak pun molek Allah aturkan dan umiIzz harap perjalanan hidup kami ditempat baru Allah mudahkan. InsyaAllah.

Alhamdulillah, semuanya selesai dan dimudahkan Allah.. Bila dah settle semua kerja kat rumah, barulah Mil datang melawat dengan pak long diorg.. Tapi rumah masih kosong tak dan beli perabot-perabot tambahan lagi.. Tak boleh kelam kabut sangat dalam pemilihan perabot rumah sebab umiIzz taknak terlalu penuh barang dalam rumah dan nak simple-simple je.. Apapun alhamdulillah, semua Allah izin.




Apapun yang kita buat, mestilah mengharapkan yang terbaik dan yang terbaik tu semua adalah dari izin Allah SWT. Jadi bermohonlah kepadaNya selalu agar sentiasa dimudahkan urusan dan dtambah keberkatan.

InsyaAllah, alhamdulillah..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

1 comments:

ummufaqeh berkata...

Assalamualaikum..

Allahu Akbar..lama sungguh tak bertanya khabar...

Teruja sgt lynn tegur kat blog..blogpun dh lama bersawang.
Lynnnnnnnnn apa khbr..terimakasih sudi lawat blog..
keep in touch my dear..