PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 29 Ogos 2013

Set Jimat Langsing lagi Slim


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..


Apa anda rasa? Tentu yang kanan terasa hati kan? Tak pe, semua tu boleh diatasi kalau kita bersyukur dengan pemberian Allah.. Nak kurus bukan sebab nak tayang body depan khalayak ramai tetapi niatkan nak kurus sebab nak sihat, mudah bergerak dan cergas. Bila badan kita bertambah beratnya dan tak seimbang dengan ketinggian, pastinya kita terasa malas, letih, cepat penat dan tidak ceria.


Justeru itu ramai yang berniat nak langsing dan product langsing dengan cepat terlalu banyak dipasaran dan tidak dijamin kualiti keselamatannya. Banyak yang tahu, product vitamin dari shaklee adalah suci dan dijamin selamat.

Pengambilannya hendaklah konsisten dan mengikut cara yang telah ditetapkan. Ada yang tanya, kenapa saya dah makan ubat ni tapi tak nampak hasilnya.. Bila ditanya, cara pengambilan pemakanan harian dan berapa kerap minum air kosong? Jawapnya.. sy selalu meeting di luar dan kebanyakkan pelanggan saya ajak di restoran mewah yang menyediakan makanan yang sedap-sedap.. air pula jarang minum sebab tak sempat..

Kalau begitu lah gayanya, memang sia-sialah supliment diet yang anda ambil. Pengambilan mana-mana supliment diet yang selamat adalah tidak memakan masa yang terlalu cepat untuk hasil pelangsingan kerana menggunakan bahan yang selamat. Ia juga bergantung kepada pemakanan harian kita.

Namun ramai yang teruja untuk ramping dengan cepat dan tidak memandang kualiti tahap keselamatan bahan yang diambil. Suppliment yang baik adalah nuteral dan membantu kita kurus dengan usaha dan niat kita dengan betul. Jika kita nak langsing, kita perlulah tahu memilih makanan seimbang dan berkhasiat serta menjaga pemakanan harian kita.

Shaklee yang bebas dari bahan kimia berbahaya ada jawapan. Pengambilan makanan seimbang dan berhasiat serta meminum air yang banyak dan mencukupi adalah aturan pengambilan set lansing dari shaklee.


Shape - up set bujet

Herb Lax dan Lecithin adalah supliment yang memantu pengguna menyingkir toksin dan lelemak tidak baik didalam badan. Pengambilannya dengan diiringi meminum air kosong yang mencukupi dan memakan makanan seimbang dan menjauhi makanan yang berminyak adalah sangat-sangat berkesan.

Herb Lax digunakan sebagai mencuci usus kita. Segala toksin yang terlarut dalam badan akan dibuang dan pengambilan Herb Lax ini membantu melancarkan proses pembersihan usus setiap hari.

Kebaikan Herb Lax
- Merawat sembelit dan melawaskan najis
- Membantu melancarkan proses pembuangan dan menyah najis dengan mudah bagi mengelakkan tersimpan lama dan menjadi toksin.
- Mengempiskan PERUT
- Mengurangkan ketegangan perut


Cara Makan
Diambil 2kali sehari dan 3biji setiap pengambilan (pagi dan malam)

Perhatian
Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami ceret beret diawal pengambilan pemakanan. Untuk keadaan normal, Herb Lax akan bertindak dalam masa 6-12 jam selepas pengambilan Herb Lax.

Kebaikkan Lecithin
Digunakan sebagai pemecah lemak (lemak tidak baik) agar lemak tidak berkumpul dan terus terhadam dalam tubuh dan boleh diambil oleh ibu menyusu.

Cara makan
Diambil 3x pada sarapan pagi, tengahari dan malam sebelum tidur..



Jika berminat, sila hubungi umiIzz untuk keterangan lebih lanjut..









umiizz @ izzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com


Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

Spaghetti Bolognese Ala Umi Izz



Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ni, umiIzz nak share tentang resepi.. Menu makan malam semalam.. Spaghetti Bolognese paling simple dan mudah sangat2 nak buat. Oleh kerana ada yang nak resepi simple ni, so umiIzz tuliskan disini untuk rujukan.. dalam kata lain kita share2 la kan..

Bahan-bahannya..

Di potong dadu
1biji Lada Bangala / Capsicum (setengah hijau dan setengah lagi merah)
1 biji Tomato
1/2 bawang besar
Cendawan butang - dihiris
daging kisar
daging burger Ramli
Minyak masak @ planta

Mee Spaghetti - direbus hingga lembut
Sos Spaghetti - ikut suka.. Umi Izz guna Prego (Tomato, Selasih Bawang putih)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya..

Rebus Mee Spaghetti hingga empuk, toskan..

Panaskan minyak secukupnya, umiIzz campurkan sedikit planta untuk bagi bau harum.. Masukkan bawang, tomato, lada banggala, cendawan butang, daging kisar dan daging burger Ramli dan tumis hingga daging masak. Masukkan sos Prego pilihan anda, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah pekat ikut citarasa sendiri (umiIzz tak suka pekat sangat sebab nak banyak kuah..hehe)..

Hidangkan..

Spaghetti Bolognese UmiIzz


Inilah hasilnya.. Jemput makan dengan bismillah dan Selamat mencuba..


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator