PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 12 Jun 2011

Nikmat Syurga kepada hambaNya..



Assalamualaikum wbt...


Petang2 bulan rejab yang indah ni umidanish nak share dengan semua tentang kisah yang semua orang tahu iaitu kisah syurga.. Indahnya syurga itu tak dapat kita nilai dengan apa2 keindahan dunia namun terpilihkah kita untuk menikmati nya dengan amalan dan bekalan yang masih tipis didunia.


Bulan rejab yang indah ini, selain membanyakkan amalan kita juga digalakkan berkongsi serba sedikit ilmu yang kita ada dan kita dapat. Manatahu dengan sedikit ilmu tersebut telah menyelamatkan kita dari neraka jahanam? So, sesape yang rasa boring dengan entry umidanish kali ni, bolehla tutupkan terus.. dan sape2 nak share cerita ni dengan anak2 umidanish alu2kan.. umi pun sedang sama2 cerita dengan danish yang banyak celoteh ni.. bila kita sebut syurga dia pun kata... ooo shuger...huhuhu




Keindahan dunia adalah sementara..




NIKMAT SYURGA


Semoga Allah mengurniakan kita rahmatNya!

Akhirat tempat yang kekal selamanya


(Al-Bayyinah : 8) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal lah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.


Kenikmatan Syurga


Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas


1. Pohon Syurga


Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim


2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga


(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.


Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim


3. Pasar Jumaat


Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim


4. Sungai Syurga


(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.


5. Bidadari Syurga


(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;


Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.


6. Makanan dan Minuman Syurga


(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,


21. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.


# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!


(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.


#SABDA RASULULLAH S.A.W : ((SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU)) Riwayat Muslim


Semoga dengan perkongsian secubit ilmu ini menambah manfaat kalian semua.. amin

Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

2 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

tu la... tapi nikmat neraka juga yang ktia cari kat dunia nih... ntah le... tak kata kat orang lain... tp kat diri pakcik sendiri...

yantz-yeem berkata...

alhamdulillah...harap kita x lalai lah kan..bulan rejab nie lah mse tuk beramal...