PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Selasa, 23 April 2013
3 perkataan ajaib untuk ceria esok hari
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera.
Indahnya malam menjelma seindah bintang bertaburan diawanan.. Lama tak menulis yang lebih baik yang lebih indah, dikesempatan yang Allah SWT beri umi nak menaip bait2 ayat yang umi suka amalkan sebelum
tidur..
1) Subhanallah ; maha suci Allah
2) Alhamdulillah ; segala puji bagi Allah
3) Allahuakhbar ; Allah yang maha besar
Zikir ini adalah ajaran Rasullah kepada puteri kesayangan Baginda Fatimah Azzaharah. Tatkala Baginda datang menziarahi puteri kesayangannya, Fatimah mengeluh inginkan pembantu rumah kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Namun Baginda mengajarkan Fatimah 3 perkataan mulia tersebut dan meminta agar Fatimah mengamalkannya diwaktu malam sebelum tidur setiapnya 33x. Fatimah bertanya kenapa namun Ayahandanya mengatakan bahawa esok mu akan dipermudahkan..
Zikir tersebut diamalkan puteri kesayangan rasulullah dan alhamdulillah, Fatimah tidak lagi pernah menyebut lelah malah lebih bahagia. Jadinya disini, sebagai kaum isteri ibu dan juga pekerja.. jika letih itu melelahkan mu.. amalkanlah zikir ajaib ini.. Allah takkan sia-siakan setiap sebutanmu memuji Nya.
Salam sayang dari,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
amin
Catat Ulasan