PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 15 Januari 2015

Dedikasi buat Guru-guru Izz di Little Caliph Sungai Besi

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah.. bermulanya semua dengan bismillah dan akhirannya dengan alhamdulillah.. Betapa bersyukurnya umiIzz diperkenalkan dengan guru-guru LC sungai besi dimana abang Izz semakin berdisplin, mengenal pencipta, sukakan solat dan mengaji ibarat nyanyiannya selalu..

Anak soleh, rajin solat, rajin ngaji, Ibubapa ditaati, Guru dihormati, Cinta Allah sampai mati..Lailahaillah..
Masya Allah..






Umi Izz benar-benar berasa terhutang budi dengan guru-guru LC Sg Besi kerana mereka semua mendidik abang Izz dengan penuh kesabaran memandangkan abang Izz seorang anak yang lincah dan perlukan kesabaran tinggi untuk mendidik.

Dua dari Kiri : Techer Mazni, Dua dari Kanan Teacher Nor dan tengah Principle Awiah


Daripada tidak tahu membaca dan mengira, alhamdulillah.. Beliau fasih dan mahir
Daripada tidak tahu bacaan solat dengan lengkap, alhamdulillah.. memudahkan umiIzz mengajaknya solat 5 waktu dengan bacaan betul.

Syukur ya Allah..
Terima kasih buat semua guru-guru Little Caliph
Terutama Teacher Nor.. Teacher Mazzni.. Teacher Awiah..
Guru pertama yang mendidik Izz mengenal erti huruf dan nombor..
Mencintai solat, kalamullah, zikrullah dan indahnya sifat-sifat nabi..
Semoga Allah selalu merahmati perjuangan mu para guru..
Semoga bahagia dalam kehidupanmu dunia akhirat..



Dalam Kenangan izz Danish 2013/2014 Little Caliph Sungai Besi...




Pesanan umiIzz, pilihlah sekolah pertama anak-anak yang mementingkan akhirat, insyaAllah perjalanan dunia juga Allah mudahkan.. Little Caliph Sungai Besi terbaik..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

0 comments: