PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 5 Januari 2015

Tips memilih Tadika untuk anak kesayangan anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Hari ini umiIzz nak kongsikan kepada semua tips memilih tadika/ sekolah pertama anak-anak. Semua ni penting sebab dari situlah bermulanya anak mengenal persekolahan, disiplin dan peraturan. Melangkah kealam persekolahan baru seperti Izzdanish yang lincah, alhamdulillah setiap pengisian ilmu agama yang ada padanya memandunya ke arah lebih disiplin dan berdikari. Jadi UmiIzz xrisau apabila dia ke sekolah rendah nanti. InsyaAllah.



UmiIzz memandang beberapa perkara tersebut. Sebenarnya banyak lagi listnya tapi yang tu je umiIzz larat nak taipkan, aci tak?? =P =P.. Ok korang bolehla rujuk beberapa tips dibawah yang bole digunapakai dalam menentukan tadika mana yang terbaik untuk anak-anak tersayang
  1. TADIKA ISLAM  : Sebab sebagai seorang muslim kami harap mereka dapat diterapkan pendidikan islam sejak kecil lagi. Bermula dari kami sebagai ibu bapa seterusnya guru-guru di sekolah nanti. Jika kami hantar mereka ke tadika bukan islam, bimbang pula unsur-unsur ajaran agama lain di ajar kepada anak. 
  2. MAKANAN : Makanan yang disediakan nanti mestilah bersih dan paling utama HALAL. Sebab tu kami pilih tadika Islam . Insya Allah penyediaan makanan nanti oleh orang islam sendiri. Jika hantar ke tadika bukan islam, bagaimana pula cara penyediaan makanan mereka nanti? Orang islamkah yang sediakan? Bimbang pula mereka termakan makanan yang tidak halal dari segi penyediaan dan kandungannya...
  3. ROLE MODEL : Anak-anak perlukan contoh tauladan yang terbaik. Sebagai seorang muslim, semoga mereka mencontoh akhlak ,pakaian, sosial, pergaulan dan sebagainya dari guru muslim itu sendiri.
  4. PENGISIAN PEMBELAJARAN : Faktor duniawi dan ukhrawi perlu diterapkan sejak kecil lagi. Kami memilih tadika yang mempunyai rangka pengajian pendidikan islam serta akademik , kalau boleh nak cari tadika islam english (menggunakan english medium untuk anak-anak). Kalau kami hantar ke tadika bukan islam , hanya akademik yang di utamakan.. Tak salah, tanggungjawab kami ialah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak kami.
  5. SOSIAL : Hantar ke tadika islam  pengaruh sosial dan pergaulan mereka dengan sesama muslim. Komunikasi dan persekitaran masih lagi menerapkan nilai agama . Bimbang pula belajar sesuatu yang tidak baik sekiranya dihantar ke tadika bukan islam seawal usia mereka..
  6. PERSEKITARAN DAN KELENGKAPAN : Yang penting sekolah tersebut berdaftar. Kalau ada apa-apa senang nak isu. (mintak dijauhkan dari segala musibah)..Persekitaran juga perlu diutamakan agar keselamatan, kesihatan anak-anak nanti terjamin.
  7. LOKASI : Mestilah dekat dengan rumah. Senang mama nak jemput hantar nanti. 


Semoga perkongsian kat atas ni sedikit sebanyak membantu. Yang penting pengisian ilmu agama lebih adalah lebih baik agar anak-anak terdidik cintakan Allah dan rasulnya.. InsyaAllah..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: