PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 22 Januari 2015

Ihtifal Abg Izz di Little Calips.. Alhamdulillah

Bismillahirrohmannirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Anak-anak adalah merupakan bintang hati yang terlalu istimewa, setiap hari ada saja kaletah dan pencapaian walaupun hanya tahu memegang pencil dengan betul, ianya tetap satu pencapaian.. Ianya tetap satu perkembangan baik.






Penghujung tahun sudah, abang iZz yang bersemangat waja ke sekolah telahpun menghabiskan sesi persekolahan pre sekolahnya di Little Calips.. Pelbagai aktiviti menarik dan faedah yang didapati oleh abangIzz disana sangat umiIzz syukuri.. alhamdulillah semuanya dengan izin Allah, sekolah tersebut banyak membantu abang Izz menimba Ilmu..










Abang Izz boleh membaca, menulis, mengeja dan mengira semua itu sangat-sangat mengembirakan umiIzz. Malah abang Izz lebih berdisplin dalam solat dan mngaji. Alhamdulillah.. UmiIzz rasa, Little Calips sangat membantu anak-anak menimba ilmu pertama kali bersekolah.

Aktiviti yang menyeronokkan juga memberikan abang danish pengalaman yang lebih menarik. Tahun ini beliau dibawa mengunjungi Kidzania, bila pulang dari sana beliau menceritakan pengalaman sebagai Cheef, Pakar Komputer dan Doctor.. Memang menyeronokkan bila melihat gambar beliau tersenyum sedang mengadun muffin. =)





Bacaan dalam solat juga semakin lancar, kalau tahun lepass beliau membaca fatihah sahaja selepas takbiratul ehram sekarang beliau dah pandai membaca apa-apa surah selepas alfatihah dan membaca doa duduk diantara dua sujud dan tahiyatul akhir..

Malah, bacaan surah apabila beliau mengaji, alhamdulillah sangat memberangsangkan.. Umi memang setakat ni alhamdulillah usai solat magrib, wajib anak-anak mengaji. Adik Izz yang berusia 3tahun pun telah mengaji iqra' alhamdulillah.. adik izz berminat sdri untuk medalami iqra'.. umi tak paksa dan terus menggalakkan. =D alhamdulillah..

Jom layan ihtifal danish hujung tahun lepas.. walaupun masih di tahap pre sekolah tp perasaan umiIzz rasa terharu sebab anak umiIzz akan menginjak satu tahap lagi.. Dia akan membesar dan ada ruang dia sendiri lepas ni..

Tengok gaya mereka dah macam budak "U"

Majlis Khatam AlQuran


Majlis Penyampaian Sijil










Guru-guru Izz, (dua dari kanan) Teacher Nor Guru Izz KG5, (Dua dari Kiri)Techer Mazni
Principle (Tengah) Teacher Awiah






sedih sebab pasni tak hantar abang g school




Terima kasih kepada guru-guru Little Caliph yang bersusah payah berusaha membuatkan Izz danish serba boleh.. Alhamdulillah kerana bertemu dengan guru-guru yang sangat dedikasi dan mengambil berat terhadap murid-murid.


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

0 comments: