PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 1 September 2015

Rumahku Syurgaku Part 9 : Proses pemasangan tiles

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Rumah akan naik seri jika dipasangkan tiles, malah nampak lebih kemas dan mudah dibersihkan. Namun penjagaan juga perlu diambil kira selain kualiti tiles dan cara pemasangan oleh kontraktor yang bagus adalah diperlukan bagi ketahanan dan kekekalan tiles yang dipasang.



Hari itu, umiIzz ada share berkenaan cara pemilihan tiles dan kat mana umiIzz pergi memborong kan? Harini umiIzz nak kongsi kisah tiles yang sedang dipasang dan telah siap dipasang. Untuk makluman korang, kami beli sendiri dan tiles, simen, gam simen dan susu. So kontraktor tu kira upah pasang je.

Berkenaan dengan upah pasang, kontraktor ni amik upah kira berbaloi jugakla berbanding orang lain disamping pemasangan yang kemas, teliti dan cekap. So untuk tiles lebar tu umiIzz rasa tak de masalah la kalau nak meletop ke apa sebab kontraktor ni memang nampak cekap sangat-sangat. Kita datang tengok masa diorg sibuk-sibuk pasang tiles tu kebetulan, memang nampak cara dia letak simen tu sebelum tiles diletakkan diatas simen.. Memang ada caranya. dan penggunaan simen pun cukup banyak bagi tiles jenis 2x2 ni..

Kekemasan pemasangan pun dapat dilihat dengan rasa kepuasan, sebab seriusly memang cantik dan sangat kemas. So berbaloilah kan guna kontraktor ni kalau dia nak charge mahal. Orang kata alah membeli menang memakai, betul tak?

Untuk warna bilik, umiIzz pilih warna putih dari brand White House, sangat putih bersih bagi menampakkan ruang bilik luas dan bersih. Pada dandangan umiIzz kalau kita lihat kawasan tu bersih tenang, ia juga boleh menjadi terapi minda kita untuk rasa lebih positif dan gembira.

Bagi ruang tamu, kami pilih warna cream lembut. cadangnya nak letak warna putih tapi memandangkan tiles didapur yang takde warna putih so amikla warna tu. Struktur tiles yang agak licin dan tidak bercorak pada umiIzz sangat simple dan sejuk hati.. =)

Kalau kat dapur, umiIzz letak yang jenis kesat sikit warna lebih kurang depan tapi agak gelap sikit je beza dia sebab nya jenis kesat so nampak berat sikit warna kat situ =D

Ok, jom layan gambar-gambar..



Penghantaran percuma dari kedai Johan Tiles jalan Reko Kajang














Ini Tiles kat ruang tamu.. kita close up sikit bagi tenGok kekemasan tiles yang dipasang..


Kemaskan??


abaikan pegawai yang melawat tapak tu ye..



Masani tak basuh lagi ya lantai tu.. so tak berapa cunlah..
abaikan ruang dilaman luar rumah tu..




ini dalam bilik.. warna tiles kami putih, 
memang nak putih bagi nampak luas dan bersih




Yang ni kat dapur, warna tiles lebih kurang ruang tamu
tapi agak kesat sedikitsebab nak elak dari licin dan jatuh kalau ada air..
Abaikan Engineer yang cek tu..hihi


abaikan pekerja yang tengah cek salur singki tap tu..



Ok, ini table top kami.. simple dan simple..




Close up sikit.. saja pilih warna lembik, eh lembut..



Yang ni bilik air yang betul-betul baru siap pasang tiles..
so masih tak berbasuh dan paip pun xde lagi



Tiles dah siap pasang, yang ni baru siap pasang tandas duduk..
abaikan wire paip spray tu..
sementara, masih belum siap




Ok, lulus..





Alhamdulillah.. akhirnya hampir siap..


Ok ni para-para nak clean rumah bagi licin..
Budak rajin..


Jika ada yang berminat nak pakai kontraktor pembinaan rumah, boleh wasap umiIzz untuk dapatkan no bos kontraktor ini..

Buat kerja sangat cepat dan berkualiti.. Memang sangat berpuas hati.. mana nak cari kontraktor yang ada pekerja bagus macam ni kan??

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,





  gif creator
gif creator

1 comments:

Ayusipermatabiru berkata...

Hahaiii Assalamualaikum kakak syg...lama tak menjengah blog akak..diharap akak dan keluarga diberi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat...