Korang tengah buat apa? Singgah umah umidanish ni, terima kasih la yer.. harap mendapat sedikit manfaat dan bukan sekadar singgahan biasa. Harini umidanish nak bercerita tentang sabar.. Sekadar sedikit ilmu untuk penghayatan diri senidiri dan umi kongsikan buat sesiapa yang sudi untuk mengetahui.
Sabarkah kita? Pada umi sendiri lah, bukan senang nak bersabar ni, lebih2 lagi kalau berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah. Kalau dirumah pula berhadapan dengan kerja rumah yang banyak dan anak-anak yang meningkat besar dengan perangai masing2, sabarkah kita pada waktu itu?? Umidanish ni pun bukan lah sabar sangat orangnya.. suka nak cepat dalam segala hal. huhuhu, tapi penuh perancangan yang teliti yer, bukan main redah je.. Ada sesetengah orang suka main redah, tapi umi suka merangcang dari redah terus. =)
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).
Oleh itu, janganlah kita berputus asa dalam rintangan yang kita terpaksa tempuh, tanamkan dalam diri sifat sentiasa sabar sebab sabar itulah hikmah dan ganjaran besar bagi setiap masalah. Kita akan mengeluh kalau kita diduga, namun percayalah.. Allah itu maha kaya dan dia tahu setiap dugaan yang diberikan adalah mengikut kemampuan hamba-hambanya.
Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Marilah kita sama-sama belajar untuk senantiasa bersabar. Pengurniaan tiga perkara, iaitu selawat, rahmat dan petunjuk secara serentak menyebabkan orang-orang soleh dari generasi awal umat Islam ternanti-nanti dan merasa terhibur apabila mereka menerima sesuatu yang memerlukan kesabaran.
Mereka berkata: “Kenapa aku tidak bersabar padahal Allah telah berjanji akan memberikan tiga perkara kepadaku dan salah satu dari tiga perkara itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya?”
Akhir sekali orang yang bersabar akan dimasukkan ke syurga dan di dalamnya: “Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)
Maksud Sabar dan Jenis-Jenisnya.
Sebegitu besar keutamaan bagi orang yang memiliki sifat sabar, sudah tentu kita tertanya-tanya apakah maksud sabar. Mudahnya, sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan. Ada pun dari sudut istilah, ia bermaksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu. Sabar memiliki beberapa jenis.
Jenis pertama adalah dari sudut perintah larangan agama. Kita dituntut untuk sabar dalam melaksanakan perintah agama seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibubapa, mendirikan solat, mengerjakan puasa dan sebagainya. Orang yang sabar tidak akan mengeluh apabila dituntut melaksanakan perintah agama. Sabar juga dituntut dalam rangka menjauhi larangan agama seperti mengharapkan pertolongan dari tangkal, mendekati ilmu sihir, mengambil harta yang bukan haknya, berzina, mencuri, berdusta dan seterusnya. Seorang penyabar akan menjauhi semua itu tanpa dalih yang pelbagai.
Jenis kedua adalah dari sudut suka dan duka. Kita hendaklah sabar dalam menerima sesuatu yang disukainya, baik ia merupakan kecemerlangan dalam pelajaran, kejayaan dalam kerjaya, kelebihan rezeki atau kebahagiaan hidup. Kesabaran akan mengarah kepada sifat bersyukur dan ingin berkongsi dengan orang lain apa yang Allah kurniakan, sebagaimana firman Allah: “Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu.” (surah al-Qasas, ayat 77)
Agaknya yang paling sukar ialah sabar dalam menerima sesuatu yang mendukacitakan, baik ia merupakan kematian orang yang disayangi, penyakit, kehilangan harta benda atau kesukaran dalam kehidupan. Kesabaran amat penting agar sifat tabah, mencari penyelesaian dan menenangkan diri dapat dilakukan tanpa keluhan, rungutan, teriakan dan apa-apa lain yang sinonim dengan akhlak yang buruk.
Tidak termasuk dalam maksud dan jenis sabar ialah orang yang mendiamkan diri apabila dia melihat agama, manusia dan dirinya dizalimi. Sifat diam seperti ini lebih tepat disebut sebagai dayus dan bukannya kesabaran. Kesabaran adalah tetap bertindak menentang kezaliman, hanya tindakan itu dilakukan dengan akhlak yang mulia.
Meraih Sifat Sabar.
Di antara surah al-Qur’an yang terawal diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah surah al-Muddathir dan ayat yang ketujuh surah itu berbunyi: “Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar.” Ini menunjukkan bahawa sifat sabar adalah antara yang terawal dan terpenting yang dituntut oleh Islam ke atas kita. Akan tetapi sabar bukanlah satu sifat yang dapat bermastautin secara tetap dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang boleh wujud dan hilang, boleh tinggi dan rendah, boleh berlaku kepada sebahagian jenis kesabaran dan tidak berlaku kepada sebahagian jenis yang lain.
Maka bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar. Dihargai juga apabila ahli keluarga dan rakan-rakan saling menasihati untuk bersabar dengan mengingatkan kembali ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan keutamaan-keutamaan sabar. Tidak ketinggalan ialah memohon pertolongan Allah agar mengurniakan sifat sabar kepada diri kita kerana Allah jua telah berfirman: “Dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan (pertolongan) Allah.” (surah al-Nahl 16:127).
Salam sayang dari,
4 comments:
betul..semoga kita dikurniakan kesabara nyg tinggi dlm menghadapi segala dugaan dan cabaran..xkira perkara yg mengembirakan atau yg mendukacitakan..segalanya adlh ujian Allah utk menguji ketaqwaan hamba-Nya..
sabar tu separuh dari iman..tapi 2-3 hari lepas terdengar ceramah kat tv ke or radio kalo apa2 musibah dtg x perlu ckp sabar..just ckp alhamdulillah kerana smue itu dtgnya dari Allah swt...
salam ziarah...maaf ya saya ada copy gambar awak berkenaan sabar ni. harap dapat keizinan..jemput singgah ke blog saya..sy follow awak sekali..
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/06/kesabaran-di-hari-jumaat.html
Rule number 1..sabor je lar
Rule number 2..refer rule number 1..
Thanks :)
http://nutribiolife.blogspot.com
Catat Ulasan