Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..
Petang-petang ni ada masa sikit untuk update kisah semalam yang tak sempat dihabiskan. Semalam umiIzz bercerita berkenaan apa itu gastrik, dan bagaimana gastrik terjadi serta cara mengelakkan diri dari terkena gestrik.
Sambungan dari risiko penghidap gestrik semalam boleh tengok entry sebelum di sini. Dan hari ini kita tengok lagi siapakah yang berisiko lagi untuk mendapat gastrik:
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Rawatan yang perlu diambil jika terkena gestrik
* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.
Jom kita cuba mengambil supliment yang boleh mengelakkan diri dari terkena gestrik selain menjaga pemakanan dan ubah gaya hidup. Pengambilan supliment tambahan pada umiIzz amat perlu ntuk menstabilkan hormon dan penghasilan bahan asid dalam tubuh badan kita.
UmiIzz yang mengalami gastrik mengambil supliment dari shaklee seperti Mealshake dan ESP dan alhamdulillah dengan izin Allah, umi Izz dah jarang kena gastrik walaupun tidak makan. Ini adalah kerana kandungan ESP dan Mealshake dapat menstabilkan hormon dan asid dalam tubuh kita.
Ada yang kata tidak tahan untuk meminum ESP kerana bau soya yang origenal, cubalah Mealshake yang wangi dengan vanila. Pada UmiIzz, tiada ubat yang berbau wangi dan sedap untuk kesihatan, namun bila kita nak suhat kita kena jaga makan, dan jaga gaya hidup dengan lebih sihat. Dan jaga pemakanan untuk sihat juga mb ada yang rasa "tak tahan nak jaga/kawal" makanan yang sedap-sedap seperti kek yang mengandungi gula berlebihan, ayam goreng nasi lemak yang mengandungi colestrol tinggi namun nak sihat semua itu kita kena laluinya. =) dengan sabar dan istiqomah..
Ok, kepada sesiapa yang nak sihat dan nak jaga diri dari terkena gastik eloklah mengambil suplimen shaklee seperti ESP atau mealshake. Bulan puasa pun hampir tiba, jadi bersiap sedialah untuk tingkatkan amal ibadah dengan lebih sempurna. Ambillah pemakanan berkhasiat supaya kita sihat cergas dan aktif sepanjang masa dan dapat melakukan ibadah dengan tekun dan sempurna. Hubungi saya untuk selanjutnya.
0 comments:
Catat Ulasan