PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 11 Jun 2013

Ubat Gastrik dengan ESP @ Mealshake


Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, sebelum malam makin malam, umiIzz nak share sedikit cerita tentang suatu penyakit yang pada pandangan kita ringan tetapi sebenarnya merbahaya jika tidak dikawal. Dari tajuk yang ditulis tentunya dah tahu apa penyakit yang umiIzz nak sharekan disini.

Kadang-kadang kita semua kata, alahai.. gestrik je pun.. tp bagi yang dah melalui gestrik itu sendiri dia akan tahu betapa sakitnya gestrik.. Macam ada seorang hamba Allah ni, dia adalah sedikit memperlekehkan penyakit gestrik yang umiIzz alami, tapi umiIzz tak kisah pun.. Tak pernah pun terasa hati sebab yelah, setiap penyakit dan kesihatan yang baik itu pemberian Allah, kita kena redha dan bersyukur, betul tak. Suatu hari, tiba-tiba hamba Allah ini mengadu yang dia telah rasa nikmat gestrik tu macamana dan rasa sangat2 tidak boleh tahan dengan kesakitan yang dialami.. Umi Izz hanya tersenyum sahaja, bukan senyum perli tetapi senyum dengan ingin mengatakan sabarlah.. sakit sementara sahaja itu.. =)


Apa itu Gastrik?

Gastrik atau dalam istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan ini berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria yang digelar helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.



Punca utama terjadinya gastrik.

Bayangkan kawasan perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman!

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat-lipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur. Hii macam mesin pengisar la pulak.

Perut

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Penyebab lain punca Gastrik

Penggambilan secara kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi





Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrikberbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)



Esok, umi Izz sambung lagi cerita penyakit gestrik. Sebelum itu, umiIzz nak bagitahu yang ESP @ Mealshake sangat berkesan membantu dari mengelakkan kita mengalami gestrik yang lebih terus terus kepada kanser usus. 

Pengambilan yang konsistan insyaAllah melegakan gestrik, sy sendiri mengamalkan mealshake @ ESP memang semangat dalam tubuh badan tu membuatkan saya teruja melakukan kerja sepanjang harian..

Jika ada diantara pembaca yang berminat untuk memulihkan gestrik yang mengelakkan diri dari dilanda gestrik biolehla PM saya untuk mendapatkan ESP @ Mealshake.


klik di sini untuk sambungan entry ini










Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136

*entry berikutnya klik sini
Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

1 comments:

Sidratul Muntaha berkata...

kami gastrik kronik..
tapi dah lalai dgnnya smpai 1 stage teruk smpai tak leh nk beza angin or gastrik
huhuhuhuh
minum jugak mealshake ni tpi mesti muntah blik sbb tak thn bau soya even dah buh mcm2 dlm tu
apepun..
ikhtihar kan lebih baik kan..dari tak cuba lansung