Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..
Apabila mendirikan rumah tangga, kebahagiaan kemuncaknya apabila pasangan dikurniakan kelebihan oleh Allah SWT dengan cahaya mata. Cepat ataupun lambat semua itu adalah kehendaknya. Kita sebagai hambaNya disuruh berusaha dan bertawakal kepadaNya.Namun yang masih belum menimang cahaya mata, bukanlah bermakna Allah tidak menyayangi pasangan dengan tidak memberi kebahagian kelebihan memperolehi zuriat sendiri. Semua itu adalah yang terbaik yang Allah tuliskan dalam perancangan setiap hambaNya. Maka, berusahalah sekuat daya dengan ikhtiar tanpa melupakan memohon sebanyak-banyaknya dari Allah. Selepas berusaha barulah kita bertawakal dan redha dengan setiap ketentuanNya.
Dalam makanan tambahan Shaklee terdapat beberapa vitamin yang dapat membantu pasangan dalam menyihatkan organ dalaman dan melancarkan apa yang tidak lancar. Kesihatan dalaman adalah amat penting kerana dengan kesihatan yang baik dapat memberikan kita tumpuan dan berada dalam keadaan cergas, bertenaga serta tenang.
Dalam set yang digelar oleh semua orang iaitu SET KESUBURAN kerana alhamdulillah terbukti membantu pasangan mendapatkan zuriat namun semuanya dengan izin Allah SWT.
Ada dua set didalamnya iaitu untuk suami tersayang dan set isteri tercinta.. Keduanya mengandungi makanan tambahan berkhasiat bagi membantu tubuh badan berada dalam keadaan sihat.
Set Isteri Tercinta :
GLA Complex - Suppliment wajib bagi wanita yang cuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
Vitamin B Complex - Penting bagi yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi Acid Folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception)
Set Suami Tersayang :
Zinc - Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Pengambilan zinc membantu mengekalkan penghasilan hormon testosteron sekaligus meningkatkan kualiti penghasilan dan menyuburkan zuriat dan menjaga kesihatan dalaman agar kekal sihat.
Vitamin E complex - Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.
Selain daripada pemakanan tambahan yang berzat, bergantunglah kepada Allah sepenuhnya dengan mengamalkan doa yang telah dinyatakan dalam alQuran, antaranya :
1. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 38, surah Ali-Imran
Yang bermaksud :
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”
2. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 89, surah Al-Anbiya
Yang bermaksud:
Dan Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhan-Nya dengan berkata:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”
Buat pasangan yang masih lagi berusaha mendapatkan zuriat,amalkanlah ayat ini dalam doa-doa harian anda.Mudah-mudahan cepat dikurniakan cahaya mata,dengan izin Allah s.w.t jua. Dapatkan set ini untuk suami isteri agar kesihatan dalaman bertambah dan kebehagiaan terserlah.
2 comments:
nice
jom follow my blog
Berbaloi sangat kan ambil vitamin.
Bukan setakat untuk vitamin cantik tapin untuk kehamilan.
Catat Ulasan