PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Sabtu, 29 Oktober 2011

Saguhati dari Cameron


Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..


Seperti yang umidanis# janjikan, umid@nis# nak beri sedikit saguhati comel kepada sesiapa yang sudi. Kiranya saguhati ini adalah amal jariah buat pembaca yang sudi. Terbuka kepada semua dan beragama ISLAM.. Bukan untuk mengaut keuntungan BE yang akan sedikit bertambah atau menarik peminat pembaca untuk singgah dan tinggalkan komen.. Umid@nish nak minta bantuan semua kawan-kawan ikhlas melakukannya sebab umid@nis# akan beri kepada semua yang sudi.. Caranya mudah sahaja..

a) Tidak perlu buat entry tapi kalau rajin untuk bantu umid@nis# menwar-warkan entry ni alhamdulillah.. =)
b) korang cuma perlu meninggalkan beberapa baris doa untuk abid@nis# didalam komen entry ini. Doa korang hendaklah mengandungi ayat :
1. Abid@nis# diberi petunjuk dan hidayah ketika ditanah suci
2. Mendapat rahmat dariNya dan kembali kepangkal jalan dan kepangkuan keluarga.
3. abid@nis# mendapat kebahagiaan hakiki hingga keakhir hayat bersama umid@nis#
4. Jadikanlah doa korang tu benar2 ikhlas dari hati korang untuk benar2 membantu umi berdoa padaNya. Jangan kopi doa umidanish yang dah sedia ada diblog ini yerr,heheheh ikhlas tau menulis sambil berdoa.. =)
c) Tarikh akhir untuk saguhati ini akan diberitahu kemudian.

Insyaallah doa korang tidak umi sia-siakan kerana setiap komen yang ditinggalkan akan diberi cenderamata dari cameron sebagai tanda terima kasih dan umi juga akan doa untuk korang supaya korang diberi kebahagiaan yang hakiki.


Usaha tanda kejayaankan? Moga usaha kita ini dimabulkan Allah SWT dan sama-sama menemui kebahagian dunia dan akhirat. Insyaallah..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni..
gif creator

22 comments:

Nida n' Hanafi berkata...

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi. Maha Mengasihani.

Ya Allah...
Hanya kepadaMU tempat aku memohon agar doa dimakbulkan.

Ya Allah aku berdoa bagi pihak insan yang memerlukan bantuanmu.

Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada Abid@nis ketika dirinya berada di tanah suci, Kau bukakanlah pintu hatinya dalam menerima rahmat dariMU. Moga diberi petunjuk agar beliau kembali ke pangkal jalan dan ke pangkuan keluarga.

Ya Allah..
Aku bermohon agar Kau berikanlah kebahagiaan yang hakiki buat pasangan abid@nis bersama umid@nis. Moga sinar kebahagiaan sentiasa mengiringi mereka hingga ke akhir hayat. Moga hari-hari mereka sentiasa diisi dengan ketenangan dan lindungan dariMU.Supaya mereka sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..Ke jalan yang engkau redhai..

Ya Allah, yang Maha Mendengar.
Doa tulus kupanjatkan padaMU khas buat mereka. Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..Moga doa ini dimakbulkan olehMU ya Allah...

Amin..Ya Rabbal A’lamin..

Nida n' Hanafi berkata...

As-salam..

Kak Nida turut war-warkan dalam blog...

http://nisajijah.blogspot.com/2011/10/saguhati-dari-cameron.html

moga segala doa dimakbulkan olehNYA... Insya Allah

UmiIzz berkata...

Kak Nida,
Terima kasih.. moga Allah membalas setiap doa yang akak titipkan dengan kebahagiaan dan kesejahteraan hingga keakhir hayat.. amin

mama tisya berkata...

salam umidanish...

mama tisya doakan smoga abidanish diberi petunjuk dan hidayah ketika ditanah suci serta mendapat rahmat dariNya dan kembali kepangkal jalan dan kepangkuan keluarga.smoga abidanish mendapat kebahagiaan hakiki hingga keakhir hayat bersama umidanish dan anak tercinta..amin2 Ya Rabbal A’lamin..

Unknown berkata...

Assalammualaikum.

Bismillahhirahmanirrahim...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Mu.Maka aku hamba-Mu yang lemah ini memohon kepada-Mu agar di berikan petunjuk serta hidayah kepada Abidanish ketika keberadaannya di tanah haram-Mu.Semoga Abidanish sentiasa berada di dalam Rahmat-Mu tidak kira walau di mana dia berada.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Engkau kembalikanlah AbiDanish ke pangkuan keluarganya,supaya dia mampu menjadi pemimpin yang baik buat keluarganya.Juga Engkau tunjukkanlah jalan kebenaran kepadanya.Moga dia tetap berada di jalan lurus-Mu.
Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.
Sesungguhnya,Engkau jadikanlah mahligai yang di bina antara AbiDanish bersama UmiDanish syurga buat mereka,moga kekal hingga ke Firdausi kebahagiaan yang mereka kecapi di samping zuriat yang Engkau kurniakan buat pelengkap kehidupan mereka.....
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar,juga Maha Mengetahui.Engkau kabulkanlah doaku ini buat kesejahteraan mereka.Semoga ada kebaikan yang mampu ku peroleh....
amin ya rabbal alamin.

p/s :CH kongsikan juga di blog ya.... :)


http://ceriteragadis87.blogspot.com/2011/10/saguhati-dari-cameron.html

UmiIzz berkata...

Mamatiesya:
Terima kasih.. moga Allah memberi kebahagiaan yang haiki buat mamatiesya

CH:
Syukran CH, Moga doa2 mu dimakbulkan dan moga Allah membalas dengan kebahagiaan buat mu dunia dan akhirat

Ina Hashim berkata...

assalamualaikum,

akak nak join jugak ye di samping berdoa buat kalian

Ya Allah,

peliharalah @bid@nis# dan semoga beliau diberi petunjuk dan hidayah ketika ditanah suci Mekah. Jadikanlah perjalanan beliau dipermudahkan dan didekatkan . Kurniakanlah beliau keselamatan tubuh badan dan harta benda sepanjang perjalanan . Semoga beliau beroleh rahmat dariMU ya Allah dan kembali kepangkal jalan dan kepangkuan keluarga.

Ya Allah , wahai Tuhan kami ,

kehadiran beliau ke Tanah Suci adalah atas perintah dan kehendakMu. Oleh itu kurniakan kepada beliau perkara-perkara menyenangkan dirumah suciMU.

Ya Allah,

anugerahkanlah beliau kesihatan zahir dan batin serta kemahuan dalam mengerjakan segala perintahMu dari awal hingga ke akhir diTanah Suci Mu dan juga meneruskan setelah pulang ke Tanah Suci.

Ya Allah Ya Tuhan Kami ,

Kurniakan kepada beliau Haji yang Mabrur , dosa diampunkan , usaha yang dipuji dan amalan soleh.Juga, semoga beliau mendapat kebahagiaan hakiki hingga keakhir hayat bersama umid@nis#

Amin...

Azwa Azee berkata...

Ya Allah ya Tuhanku, engkau maha pemurah lagi maha mengasihani.

Engkau berikanlah petunjuk dan hidayah ke atas sekalian hambamu termasuk Abid@nis# ketika berada di tanah suci

Engkau kurniakanlah rahmatMu yang melimpah ruah ke atas abid@anis#, tunjukkan jalan yang lurus agar kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Ya Allah ya Tuhanku, engkau berikanlah kebahagiaan yang berpanjangan ke atas abid@nis# dan umid@nis# serta semua muslimin serta muslimat sekalian

tunz berkata...

Bismillahhirrahmannirrahim..
Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada seksa api neraka.

Ya Allah, kau berkatilah abidanish semasa beribadah kepadaMU Ya Allah, kau kurniakan kesihatan yang sempurna kpdnya agar dia dapat melakukan ibadah kepadaMU Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
kau lindungilah abidanish dengan segala RahmatMu,berikan kekuatan padanya agar kembalinya ke pangkuan keluarga dan dapat memimpin keluarga menuju syurga abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku,
kau peliharalah hubungan kasih sayang antara abidanish dan umidanish bersama keluarganya..semoga diberkati olehMU hingga ke akhirat kelak.

Ya Allah Ya Tuhanku, perkenakanlah doa hambamu ini.Amin Yarabbal alamin...

Mimie berkata...

Assalamualaikum wbt

Ya Allah Ya Tuhanku,
PadaMu ku memohon berikan taufik dan hidayahMU kepada pasangan abid@nis & umid@nis agar sinar kebahagiaan milik mereka hingga ke akhir hayat mereka. Berkatilah hidup mereka agar mereka sentiasa di dalam lindunganMu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bukakanlah pintu hati abid@nis agar kembali ke pangkal jalan dan ke pangkuan keluarganya dengan selamat. Berikanlah taufik dan hidayahMU kepada abid@nis.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Permudahkanlah segala urusan abis@nis di tanah suciMu. Berikan dia petunjuk serta hidayahMu agar dia sentiasa menjadi hambaMu yang tawaduk.

Amin....

liana berkata...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahhirahmanirahim..
Ya, Allah..
aku memohon kepada Mu yg Rabbul Alamin..
Berilah petunjuk dan hidayahMu kepada Abidanish..
Lindungilah dan pelihara lah dia dalam manjalankan tanggungjawabnya di tanah suci,
bukakanlah pintu hatinya agar kembali le pangkal jalan dan pangkuan kelaurga dgn selamat..

Ya Allah permudahkan segala urusan Abisdanish dan umidanish..semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat mereka...

Amin...

UmiIzz berkata...

terima kasih semua, moga Allah membalas semua nya dengan kebahagiaan yang berkekalan didunia dan akhirat.. amin

fieda berkata...

Ya ALLAH Ya TUHANKU...
Ku bermohon padamu Ya ALLAH agar kau berikan lah petunjuk dan hidayah kepada Abid@nis# semasa mengerjakan ibadahmu di tanah suci Mekah..

Kau permudahkan lah segala urusannya dan bukakanlah pintu rezeki untuknya sekeluarga..

Semoga beliau akan mendapat rahmat dariMU untuk kembali ke pangkal jalan dan ke pangkuan keluarga...

Semoga kau berikanlah kebahagiaan yg hakiki kepada pasangan Abid@nis# dan umid@nis# sehingga ke akhir hayat mereka...

Amin..

ibu MZW @ farah idayu berkata...

Maaf baru perasan ttg entry umidanish ni -..-'

Ya Allah ya Tuhanku yg Maha Pengasih Penyayang..sesungguhnya Engkau Tuhan Pentadbir sekalian alam ini..ku mohon kepada-Mu ya Rabb...perkenankan doaku ini khas buat sahabatku yg memerlukan pertolongan Mu..

Ya Rahman,

Berilah petunjuk hidayah Mu, rahmat seluas alam kepada abidanish dan kembalikanlah dia kepada keluarganya yg sakinah..moga mereka sekeluarga bahagia selamanya hingga syurgaMu..ameen..ya Rabb al-amin..

UmiIzz berkata...

FIeda dan ibu MZW..

Amin...Terima kasih, moga Allah memberkati hidupmu dan berbahagia ke akhir hayat bersama keluarga tercinta.. amin

Ayusipermatabiru berkata...

Assalamualaikum kak lin,rindu kat akak..akak apa khabar??harap akak sihat dan jangan sedih2 ye..walaupun dari jauh saya selalu doakan akak dan kawan-kawan yang lain...saya pun doa kan semoga Allah makbulkan segala doa akak, amin..saya juga doakan akak dan AbiD@n!sh akak sentiasa mendapat petunjuk Allah di mana sahaja kalian berada lebih2 lagi di rumah Allah. MOga @bid@n!sh sentiasa mendapat rahmat Ilahi dan cepat2 kembali kepangkuan keluarga dengan selamat dan sentiasa di jalan yg benar.
Shah juga doakan akak dan abid@nis# sekeluarga mendapat kebahagiaan hakiki hingga ke syurga bersama anak2 yang tercinta :)...Saya doa akak sentiasa bersangka baik dengan ALLAH dan jangan hiraukan bisikan2 syaitan..fitrah kita baik,yg jahat itu daripada syaitan..Allah Maha Penyayang,Sayangi Allah,Rasul,sayangi diri kita,family,sahabat2 dan saudara seIslam..Pasti Allah melindungi akak dan family selama-lamanya..Aminnn

MamaAzzim berkata...

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah..Ya Rahman...

Ku berdoa kepadaMu Ya Allah..

Berikanlah Abid@nis# petunjuk dan hidayah ketika ditanah suci dan semoga mendapat rahmat dariMu dan kembali kepangkal jalan dan kepangkuan keluarga.

Ya Allah Ya Rahim..

Kumohon padamu Ya Allah, semoga abid@nis# mendapat kebahagiaan hakiki hingga keakhir hayat bersama umid@nis#...teman baikku..

Semoga Kau kabulkan doa hambamu yang naif ini Ya Allah..

Hanya padaMu ku berdoa dan Berserah..

Amin ya Rabbul Alamin..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam.K.atie dah war-warkn di blog juga.

http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/11/saguhati-dari-cameron.html

YA ALLAH..YA RAHIM
Hanya Engkaulah yg MAHA MENDENGAR & MAHA MELIHAT
Berikan lah petunjuk & hidayahmu kpd Abi@nish..permudahknnya menunaikn ibadah2 dirumahmu YA ALLAH.
Tunjukkanlah jalan yg lurus untuk dia kembali kepangkuan keluarganya & limpahkanlah kasih sayangnya untuk Umid@nish & Danish hingga ke akhir hayatnya.
Bahgiakanlah kehidupan mereka hingga ke akhir hayat dgn RahmatMU YA ALLAH.
Sabarkanlah hati mereka dalam menempuh ujian & dugaanMU...lembutkanlah hati mereka & limpahkan kasih sayang diantara mereka agar kehidupan meeka lebih bermakna & bahgia.
Amin..Amin..YA RABBAL ALAMIN

shahida berkata...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, berkatilah hambamu ini, sejatila hendaknya dan berikanla kesihatan yang baik kepadanya agar dapat dia menjalani ibadah menemuimu dengan hati yg redha dan tenang.

Moga segala perbuatan dan kata2 serta doanya2 mendapat berkat dan rahmat dari mu, serta letakkanla dia bersama2 orang2 yang beriman dan di murahkan rezeki.

Hanya padamu yang Satu ku bermohon, Amin....

Cikgu Shida berkata...

Saya masuk blog umidanish sebab nak cari info cloth diaper..tapi sebab umidanish pun xlokek kongsi ilmu,saya pun xkan nak lokek untuk berdoa kan?

Saya doakan untuk abidanish semoga mendapat ketenangan,kesihatan dan serta diberi petunjuk dan hidayah selama berada di tanah suci. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau untuk sentiasa berada di jalan yang benar dan seterusnya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat sesuai dengan kehendakNya..Amin..

Al-Ustazah Smkts berkata...

As'kum..

Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan hidayah serta taufiq kpd Abid@nish..
Semoga dia sentiasa terpimpin ke jalan yg Engkau redhai dan janganlah Engkau tinggalkan Umid@nish dan Abid@nish walaupun sekejap mata..

Ya Rabb..
Kau tautkanlah dan satukanlah keluarga Danish dengan ikatan cintaMu agar mereka sentiasa seiring dalam mengejar kasihMu..

Ya Rahman..
Turunkanlah kerahmatanMu kpd Abid@nish agar sentiasa terpaut pada keluarganya yang sentiasa berada di belakangnya setiap ketika..

Ya Rabbul Jaleel..
Kabulkanlah doa kami Ya Rabb..
Ya Rabbal Alaminnn..aminnn

akan kongsikan di belog juga sedikit masa lagi, inshaAllah..Umid@nish jangan sedih sedih ye,bertabah selalu..Sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu dekat dengan kita..percayalah..

Lia berkata...

Salam Umidanish.
Lia tak kisah contest ni dah tutup ke belum tapi niat Lia tetap untuk mendoakan kesejahteraan umidanish sekeluarga..Amin

http://hasleemazlina.blogspot.com/2011/11/berdoa-menenangkan-jiwa-saguhati-dari.html