Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah.. korang buat apa petang2 sabtu ni? anak-anak umi tidur begitu jugalah abiIzz.. Umi mengambil kesempatan untuk berkongsi cerita berkenaan tittle kat atas tu.. Ok semua tahu Calci Yum kan?? Danish sangat suka dengan Calci Yum.. dapat yang coklat lagila dia suka... Rasanya kelat2 manis2 macam tu kan.. kononnya untuk lebih tanggi kata danish.. hhehehe
Umi pula dengan abi, makan calcium shaklee atau lebih tepat OsteMatrix.. Sejak berkahwin ni, umi suka amik OsteMatrix ataupun Calcium Shaklee.. Sebabnya tulang dan badan kita akan berasa sedikit lenguh-lenguh dan gusi juga kadang2 rasa tidak selesa. Itu adalah tanda-tanda awal kita kurang kalsium dalam badan.. So kene la minum susu dengan secukupnya... Tak sempat nak minum susu??? Jadilah macam umi yang senang dan selesa memakan vitamin calcium dari Shaklee yang dikenali dengan OsteMatrix. Ianya sangat berkesan untuk kekuatan tulang dan gigi. Sebab apabila kita mengandung, Kalsium dalam tubuh kita akan digunakan untuk membentuk tulang bayi, lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusu. Kalsium amat diperlukan oleh badan.
Sewaktu awal mengandung lagi umi telah mengambil sebiji pil Calsium OsteMatrik bagi pembentukan tulang bayi yang kuat dan memberi secukupnya calcium dalam tubuh badan, kalau tak cukup calcium mulalah rasa sakit-sakit tulang sendi dan juga gusi.
Bila da bersalin pula, umi tetap meneruskan pengambilan calsium Ostematrix Shaklee kerana ingin menambah khasiat dalam susu badan dan seterusnya memberikan lebih pengeluaran susu. Alhamdulillah menjadi.. Waktu ini, umi ambil dengan ESP Shaklee.. memang mabeles.. so, jangan tak ambil ye kawan2...
Selepas habis pantang penyusuan diteruskan Ostematrix juga tidak ditinggalkan, begitu juga apabila bayi tidak menyusu lagi.. Ostematrik tetap diteruskan pengambilannya. Ini kerana gigi kita memerlukan kalsium bagi menguatkan gigi dan mengelakkan dari gigi mereput. Alhamdulillah, apabila ambil calcium secukupnya gigi tidak mudah reput dan tidak berasa sakit.
So kepada kawan-kawan yang ingin menambahkan calcium dalam tubuh badan dan mengelakkan tubuh badan dan gigi merasa sengal-sengal, sakit dan tidak selesa, jom ikut amalam umi iaitu mengambil 2-4 biji calcium setiap hari.
Osteoarthritis
----------------
----------------
Osteoarthritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, adalahjenis arthritis paling biasa. Osteoarthritis ialah keadaan yang kronik dan mencirikan kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.
Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.
Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi ‘krik-krik’. Kesakitan dan kekakuan dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoarthritis yang berlanjutan.
Osteoarthritis lazimnya membabitkan sendi tertentu saja seperti pinggang, tangan, lutut, bawah belakang dan leher. Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.
Fakta Rawan
--------------
- Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
- Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.
- Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.
Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis
-------------------------------------------- Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.
- Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat.Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.
- Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat.Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.
- Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.
- Mengambil suplemen glukosamina membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.
- Pada tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan ekstrak Boswellia jauh lebih berkesan untuk merawat osteoarthritis sederhana hingga tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika glukosamin atau kondroitin diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.
- Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan Glukosamina yang biasanya sennag diserap.
Shaklee menawarkan suplimen berasaskan sumber semulaadi dan berkualiti untuk membantu anda mengatasi masalah ketidakselesaan sendi.
Redakan penderitaan anda dengan suplimen Omega Guard & Ostematrix. Ternyata kelebihan suplimen Shaklee sentiasa Selamat, Mesra Alam, Semulajadi & Berkesan. Boleh hubungi saya untuk selanjutnya..
umiizz
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
0 comments:
Catat Ulasan