Bismillahirrohmanirrohim,
Assalamualaikum..
Tirai 2012 telah pun melabuhkan laluannya. Yang datang 2013 menanti pelbagai ganjaran dan dugaan. Namun umi harapkan di tahun 2013 menggamit pelbagai kejayaan buat umi sekeluarga. Alhamdulillah Danish akan mula memasuki sekolah pada 3hb di Tadika Little Caliph. Moga ianya merencanakan yang terbaik buat danish dan umi tidak salah memilih sekolah permulaan pertama dia menimba ilmu.
Azam tahun ini, umi nak tingkatkan lagi usaha untuk memperbaiki setiap kelemahan dan kualiti persembahan kepada pelanggan umi. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa kalian selama ini.
ihsan google
Masalah atau cabaran adalah dua perkara sebati dalam hidup demi mematangkan kehidupan semua orang. Usahalah, tawakal dan doa jangan lupa pada Nya. Harapan kita hanya bersandarkan padaNya Insyaallah yang buntu akan terlerai yang payah menjadi mudah yang sempit menjadi luas..
Percayalah, harapan padaNya lebih nikmat berbanding mengharapkan manusia.. =) Selamat tahun baru
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni..
0 comments:
Catat Ulasan