PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 14 Mac 2013

Hari Lahir yang mematangkan




Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Bulan Mac ni Adalah bulan umi dilahirkan dan da 4 hari pun tarikhnya berlalu.. Apapun, semakin bertambah usia ini, makin bertambah pula ilmu dan pengalaman. Menjadi ibu beranak dua adalah satu tanggunjawab yang amat besar dan mencabar memandangkan umi terikat dengan bekerja sendiri dan makan gaji. Namun Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana melimpahkan rezeki dan memudahkan segala urusan.

Pahit manis yang dilalui adalah pengalaman paling berharga sebagai pengajaran buat teladan dimasa hadapan. Banyak nya badai dan ombak pula mengajar kita erti hidup yang sebenar dan mendidik kita lebih sabar. Anak-anak yang menjadi harapan pula merupakan perhatian utama umi dalam membesarkan mereka pada zaman yang serba serbi moden.

Semuanya dengan izin Allah dan semuanya dengan kehendak Allah umi masih lagi menulis dan umi maih merasa nikmat bahagia. Doa kawan-kawan buat umi dan abiIzz sangat2lah umi hargai. Terima kasih buat semua. Terima kasih buat mak dan ayah yang melahir dan membesarkan umi dengan penuh perhatian dan belaian. Tanpa ayah dan ibu umi.. tak mungkin umi sekuat ini.... Walaupun kene ciken cop di hari yang berbahagia namun hadirnya tiga hero itu lebih bermakna dalam hidup.

Selamat hari lahir umi.. moga cinta Illahi terus-terus bersinar dihati mu..

Salam sayang dari,
 





gif creator
gif creator

0 comments: