Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum... dan salam sejahtera,
Ambil masa malam2 ni sebelum menjelang esok 10hb Jan. Menunggu kain baju anak2 siap di cuci oleh mesin cuci sambil tu umi nak share Keperluan Vitamin E dalam tubuh badan. Kalau nak tahu semakin bertambah usia kita semakin banyaklah yang perlu kita jaga. So sebelum terlewat baiklah awal lagi kita menjaganya. Umi nak share kat sini, bukan cantik untuk siapa2 tapi untuk suami, niatkan untuk suami, insyaAllah tak tersimpang.
Bila usia meningkat sedikit demi sedikit dan kulit kita kerap terdedah dengan pancaran matahari dan juga cahaya lampu (ye.. cahaya lampu juga mengandungi sinar UV ye kengkawan) Jeragat yang seakan-akan tahi lalat akan tumbuh dimuka. Mungkin kita rasa owh, tahi lalat tumbuh baru.. sebenarnya tidak. Jeragat merupakan penyakit kulit yang tidak membahaya tetapi menjadikan kulit kita kusam dan tidak bermaya. Selain jeragat, kesan hitam di bahagian celah yang terselindung juga mudah terjadi sekiranya kekurangan Vitamin E dalam tubuh.
Selain dari penjagaan luaran seperti membersihkan wajah, penjagaan dalaman juga perlu untuk mengelakkan jeragat. Macamana caranya??? Dengan pengambilan supplimen tambahan vitamin E. Vitamin E sangat baik untuk mengelakkan jeragat atau kulit kusam.
So kat sini, umi nak cadangkan korang supaya mengambil vitamin E.. heheh.. Vitamin E ada banyak pengeluar vit E dan jangan sampai tersalah beli ditakuti memudaratkan diri. Pengambilan Vitamin E terbaik adalah dari Vitamin E semulajadi dan bukannya Sintetik. Nak tahu umi amik Vitamin E dari mana?? tentunya dari Shaklee kerana Shaklee sendiri sebagai pengeluar sentiasa membuat kajian bagi Vitamin E supaya hasilnya Optimum kepada pengamalnya dan terbaru Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan Formula terbarunya Vita-E Complex with Grape Seed Extract.
Alhamdulillah, kalau nak tahu kebaikan Grape Seed ni jom umi cerita sedikit pengetahuan umi tentang Grape Seed ( biji anggur). 10 kebaikan yang umi nak share adalah seperti kat bawah ni
- Membantu kesihatan Otak, mata dan KULIT
- Melambatkan proses PENUAAN
- Menyinngkirkan RADIKAL bebas
- Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
- Mencegah masalah kelenjar prostat
- Mengurangkan radang (inflamatory)
- Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
- Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
- Membantu fungsi sistem saraf otak
- Meningkatkan daya pertahanan
Kenapa Biji anggur digunakan oleh Shaklee bagi mengoptimumkan hasil Vitamin E kepada pengguna? Kerana didalam Biji anggur mempunyai Minyak yang dipanggil Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin berbanding fitonutrien yang lain
Apa itu OPC?
• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih
kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur
semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan
dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di
dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat
kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap
pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada
Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan,
berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.
Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.
Kalau nak tahu, Vitamin E Shaklee ni juga bole dibuat masker.. alhamdulillah... jimat lagi duit umi tak payah beli masker plak hanya dengan Shaklee sahaja.. Cemana nak buat?? Nanti umi share kan di lain post ok?? KAt situ umi akan bgtau Masker Shaklee yang bukan sahaja dari Vitamin E tetapi dari product Shaklee yang lain.. Nak kulit cantik, kene la usahakan? Macam orang nak pandai, kena lah berisaha menelaah buku. Apakata kita jaga diri kita untuk suami, tak salah kan? Alhamdulillah, setakat ni umiIzz makan, kulit kelihatan bermaya dan jeragam mulai kelam dan hilang warna kusam tu..
Vita- E Complex Shaklee
(Vitamin E)
So kalau sesiapa yang nak amik suppliment kulit yang ringkas dan berbaloi, boleh la dapatkan Vitamin E Shaklee dari umiIzz sendiri.
umiizz
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com
Salam sayang dari,
1 comments:
akk tumpang tanya..klu nk hilangkan parut kt bdn guna vit e ni ok ke? ke ada yg lain yg lebih bagus?
tolong reply kt safizasafiei@yahoo.com
Catat Ulasan