PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 21 Oktober 2009

PeRihal basUHan CD

Hari ni umidanish nak bercerita bab basuh membasuh cd. Ada beberapa istilah yang biasa digunakan iaitu PREWASH, DRY PAIL, STRIP WASH. Jom kita tengok apa dia kat bawah ni..


PREWASH (Pra basuhan):
1- Ini adalah basuhan pertama apabila anda baru membeli cd. Kiranya macam acara mandi bunga la... Perasmian basuhan CD untuk digunakan.
2- Caranya mudah sahaja.. basuh dan jemur sebanyak 3 kali. Sila basuh jemur.. basuh jemur..basuh jemur... da kali ketiga basuh kering, baru boleh pakai
3- Untuk material HEMP, basuhan secara berasingan perlu dilakukan. Hemp perlu diasingkan dari CD/insert material lain semasa Prewash.
4- HEMP juga perlu di prewash kan dengan air panas.
5- Bagi material microfiber (insert Lunatots dari material microfiber)..memadai basuh macam biasa je...





DRY PAIL SYSTEM
1- Sebenarnya ada Wet pail, Dry Pail... saaaaangat mudah
2- Balik dari nursery..bilas sikit-sikit Cloth diaper yang telah digunakan. Then masuk dalam 1 baldi kosong TANPA AIR..
3- Kumpul Cloth Diaper sampai hari pembasuhan.
4- Sekali gus basuh semua sekali dan masukkan Cloth Diaper Lunatots kesayangan anda dan jemur di ampaian..





STRIP WASH
1- Sepanjang umi bercloth diaper ni..ada 2 kali baru ku buat strip wash (ku dah bercd 6bulan..alhamdulillah)
2- Strip wash dibuat apabila mendapati Cloth diaper mula leaking (ni disebabkan lapisan minyak dalam najis bayi.. lama2 berkumpul dan membentuk lapisan pada cloth diaper)
3- Basuh cloth diaper kesayangan satu persatu menggunakan sabun basuh pinggan , contohnya sunlight.
4- letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2 pelan2 Cloth diaper tu dengan penuh kasih sayang.. :D
5- Bilas then umidanish masuk mesin biar mesin yang bilaskan sambil ku bermain dengan danish.
6- Pada Bilasan terakhir umidanISh letakkan sedikit soda bikarbonat. Fungsinya adalah untuk mengembalikan keputihan Cloth diaper kesayAngan umidanish dan danish dan abidanish.
7- setelah UmidanISh buat strip wash... masalah leaking (kebocoran)dapat di atasi.
8- Perhatian ye ibu-ibu, bapak-bapak.. strip wash ni hanya dilakukan sekali sekala sahaja. iaNYa tersangatlah tidak BAik untuk kesihatan Cloth Diaper kalaU dilakukan terlalu kerap.




iTu saja untUk petaNG ni, jom kita jaga alam hijau dan kesiHatan baBy kiTA selaIN menJImatkan UntUk duIt berKepuk2 dalAm banK.. wahhhhh... banK ku belUm banYAk duIt laGI,ekekeke


4 comments:

ch@ berkata...

ooo ingt tidak boleh cuci dgn sebarangan yerk!

ummu faqeh berkata...

terimakasih umidanish..akanku cuba sental dengan mesin basuh pulak.hehe, tapi kengkadang bila pakaikan cd pada bb, kulit dia jadi kemerahan , terutamanya pada bontot dia..ker cuaca di jordan ni berlainan?huhu, macam2 cabaran nak guna cd nih.hehe.apa2 pun terimakasih atas perkongsian ini.

Suziey Ahmad berkata...

comel je cd tu bergantungan :p

UmiIzz berkata...

>>ch@
kusayang Cd macam jaga baJu sutera..

>>ummufaqehh..
montot jd kemerahan disebabkan sabun yg digunaka.. mungkin ianya mengandungi enzym ataupun bilasan air pada cd kurang bermakna sabun masih berbaki di cd dan menyebabkan kulit rashes... so.. setiap sabun yg digunakan adalah tertakluk pada keserasian dan kesesuaian kulit bayi kita :)

>>suziey
betul3 comelll