PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 26 Julai 2009

10 Perkara Tahyul Tentang Kanser Payudara


HAri ini umi nak berCerita berKEnaan Kanser Payudara.Info ini Umi ambiL dari risalAh yang Abi dapAt darIpada MAKNA hasil derma ikhlasnya tiap bulan.. So,bila dah baca info ni, umI rasa baiklah umi kongsi kan kepada kaum ibu2 dan juga bapa bapak2 pun ada yang kene tau yanG lain.. Kerana Kanser Payudara inilah pembunuH no. satU wanita.

Kanser payudara merupakan kanser yang keap berlaku di Malaysia. Namun ia merupakan kanser yang sering disalah fahamkan. Terdapat banyak fakta yang tiada bukti mengenai kanser payudara. Berikut adalah antara 10 kepercayaan berkaitan kanser ini.

1. Lelaki tidak boleH mendapat kanser Payudara


Ini merupakan kepercayaan yang pertama mengenai kanser payudara. Ramai lelaki yang tidak percaya namun ia ramai di Malaysia dan dunia barat menegtahui mengenainya. Sungguhpun ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita namun ia boleh berlaku namun ia agak jarang dikalangan lelaki. Bagi setiap 100 kes kanser payudara dikalangan wanita, terdapat 1 dikalangan lelaki. Ini kerana seperti wanita lelaki juga mempunyai tisu payudara.

2. Baju dalamyang berwayar boleh menyebabkan kanser payudara.

Kajian yang dijalankan beberapa tahun dahulu menunjukkan bahawa baju dalam berwayar boleh menyebabkan kanser payudara. Bagaimana pun,kajian ini tidak mempunyai bukti yang kukuh dan oleh itu fakta ini tidak diterima secara umum oleh komuniti perubatan.

3. Wanita dibawah umur 40 tahun tidak akan mendapat kanser.

Semakin usia meningkat,risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga meningkat. Tetapi wanita boleh mendapatnya diperingkat semua umur.Oleh itu wanita perlu membuat pemeriksaan sendiri payudara. Di klinik terdapat banyak kes dimana wanita berumur seawal 20an disahkan mengidap kanser payudara. Yang mendukacitakan kanser di kalangan wanita muda lebih agresif dan progsnosisnya selalunya tidak baik. Dalambanyak kes kanser merebak ke peringkat 4 dengan pantas dan ramai yang meninggaldalam masa 1 tahun setelah dikesan.


4. Anti peluh dan deoderan boleh menyebabkan kanser payudara
Ini merupakan kepercayaan yang paling popular. Ramai orang percaya seseorang yang mengamalkan Oleh itu wanita dinasihatkan tidakperlu takut untuk terus mengamalkan penggunaan anti peluh atau deoderan.

5. Pil Perancang boleh menyebabkan kanser



Estrogen,salah satu hormon dalam badan kita sering dikatakan mempunyai kaitan dengan berlakunya kanser. Pilperancang yang dikeluarkan sebelum tahun 1975 mempunyai kandungan estrogen dan progestron yang tinggi. Sungguhpun pil perancang yang baru masih mempunyai estrogen, tahap kandungannya rendah dan tidak menyebabkan kanser. Setakat ini tiada kajian yang menunjukkan bahawa pil [perancang yang rendah dosnya mempunyai risiko mendapat kanser. Namun hanya satu nasihat kepada pengamal pilperancang.Selalulah beli pilpernacangan yang terkenal jenamanya jerana banyak terdapat yang di jual dipasaran terutama sekali dipasaran gelap dimana paras kandungan estrogennya tidak dapat dipastikan.

6. Mammogram boleh menyebabkan kanser payudara merebak atau menjadi punca utama

Memogram menggunakan radiasi pancaran x-ray yang boleh menyebabkan kanser. Namun jumlah radiasinya amat rendah dan pada tahap yang selamat dari kanser.Juga risikonya amat kacil berbanding manfaatnya sebagai satu kaedah mnegsan dan merawat kanser diperingkat awal. Ada banyak lagi perkara di mana kita terdedah kepada radiasi yang rendah, umpamanya memaniki kapal terbang. Tetapi ia tidakmenhalang kita dari melakukannya.

Dos radiasi yang berkesan bagi setiap memogram adalah 0.7 mSv, yang merupakan tahap radiasi persekitaran seseorang untuk tempoh tiga bulan.Malaysia mempunyai peraturan yang ememrlukan setiap unit memogram diperiksa oelh seorang pakar fisik perubatan setiap tahun untuk memastikan setiap unit berfungsi secara betuldan mengikut prosedur yang selamat.

7. Payudara

Benjolan di payudara boleh berlaku akibat pelbagai sebab. Lebih daripada 90 peratus daripada benjolan bukan kanser ,ini bermakna hanya 1 dalam setiap 10 kes adalah kanser. Jika anda rasa ada benjolan di payudara anda,pastikan anda berjumpa doktor kerana jika anda disahkan mengidap kanser beliau merupakan orang yang dapat menasihatkan tindakan terbaik seterusnya untuk anda.

NAmun anda haus ingat,jika sembilan dalam 10 kes itu bukan kanser,anda masih perlu menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan seterunya.Anda tidak perlu takut kerana lebih cekap ia dikesan lebih cepat cepat anda boleh mendapatkan rawatan. Adalah lebih baik anda berjumpa dokto untuk mendapat kepastian dan mengelak dari menanggung kerisauan.

8. KAnser payudara hanya berlaku disebelah payudara

Kanser payudara boleh merebak dari satu payudara ke payudara sebelah.Malah seseorang yang telah mengidap kanser di satu payudara mempunyai risoko tinggi mendapatkan nya di payudara sebelahnya.

9. Mastektomi merupakan satu-satunya rawatan kanser payudara.

Mastektomomerupakan pembedahan membuang seluruh payudara yang terlibat,yang boleh mencacatkan symbol seseorang wanita. Bagaimanapun mastektomi bukanlah satu-satunya rawatan kanser payudara. Dalam banyak kes,doktor akan memilih untuk menyelamatkan payudara yang terlibat dengan melakukan pembedahan untuk mebuang hanya sel-sel kanser sahaja. Pilihan lain termasuklah kemoterapi dan radioterapi.

10. Wanita yang mempunyai payudara yang kecil mempunyai risiko yang rendah mendapat kanser

Malangnya kanser payudara tidak mengenal saiz payudara, samaada besar atau kecil. Faktor risiko mendapat kanser payudara tidak bergantung kepada jumlah tisu payudara seseorang wanita itu.

So, ini saje info dari umI.. selamat berilmu..




Sumber : MAKNA

















4 comments:

[-suziey-] berkata...

aah yg pasal deodorent tu dulu sy percaya gk..hahahhah:p

AlizMieAlya berkata...

umi..thanks fr the info..very useful..

mama tisya berkata...

salam..


pls vote for me di http://sereniety.blogspot.com/ utk Breastfeeding Photo Contest 2009 tq..my code BPC20 - Aimi Shalfarina aka mama tisya

nza berkata...

Bagus artikel tuhhh....mmg patut bc...