Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:
# untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
# untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
puting payudara yang luka/melecet
# meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu

Cara memerah susu:
1. Memerah dengan tangan
memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
# basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
# sediakan bekas yang bersih dan steril
# lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
# boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
# buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
# melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
# tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
# buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
# tekan payudara ke belakang ke arah dada
# perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
# teruskan memicit sehingga susu keluar
# perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
# buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
# tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
# ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
# tukar ke payudara yang satu lagi
# urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
# perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
# setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
2. Memerah dengan pam payudara
#baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
# basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
# basuh tangan dengan bersih
# duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
# rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
# posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
# mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri) # boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
# pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
# masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan umum:
# Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
# Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
# Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
# Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
# Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
# Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
# Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
# Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

sumber : Penyusuan ibu ; momschoice
0 comments:
Catat Ulasan