Alhamdulillah, kita semua dilindungi Allah SWT.. Sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya yang terselindung dan kita tak ketahui.. namun ketakutan pada kesan radioaktif berikutan loji nuklear di Fukushima, Jepun sangat2 mengganggu emosi kaum2 ibu yang memiliki anak-anak yang sensitis sangat2 kuatis akan kesihatan anak2.. Jom kita layan berita yang disampaikan oleh Prof Dr Fredolin Tajun Mahmud dari Pusat Pengajian Sains Sekitaran, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
KUALA LUMPUR: “Tiada apa yang perlu ditakutkan... kesan radioaktif berikutan kebocoran loji nuklear di Fukushima, Jepun, tidak akan menjejaskan penduduk di rantau Asia Tenggara,” kata Prof Dr Fredolin Tajudin Mahmud dari Pusat Pengajian Sains Sekitaran, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr Fredolin menjelaskan, pergerakan angin dan perubahan cuaca tidak akan membawa kesan radiasi terbabit ke negara ini dan jika ia berlaku sekalipun, kesannya lebih minimum.
Bagaimanapun, katanya, mustahil sisa radioaktif terbabit akan sampai ke Malaysia memandangkan arah angin bertiup ke utara dan timur laut Jepun, bermakna negara di luar lingkungan arah angin itu tak akan terjejas.
“Jika kesan radioaktif berlaku akibat kebocoran itu, negara yang akan mengalami kesan langsung adalah Amerika Syarikat, tetapi kesannya terhadap kesihatan tidak membimbangkan sebagaimana dilaporkan Pertubuhan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh, kelmarin,” katanya.
Sumber : Utusan
0 comments:
Catat Ulasan