Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. korang dah sarapan?? alhamdulillah pagi ini dimurahkan rezeki oleh Allah SWT sarapan dan makan tengahari umi ditaja sepenuhnya oleh Pejabat umi kerana ada Program Literasi Undang-undang pagi ini sampai tengahari.. Sebelum tu, umi tinggalkan kat korang satu kisah dan tauladan menarik bagi sifat Nabi junjungan mulia kita iaitu Nabi Muhammad SAW.. Tentu ada yang dah pernah baca kisah ni, tp umidanish nak sharekan kepada semua termasuk kepada diri sendiri dan anak-anak umi.. Moga dengan kisah ini, kita semua akan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang diber dan nikmat yang Allah SWT beri pada kita setiap hari adalah yang terbaik kepada kitakerana DIa maha mengetahui apa yang terbaik buat kita hamba-hambanya walaupun hakikatnya ia terlalu payah untuk kita, namun redhalah akan ketentuanNya..
Buat anak-anak umi moga kisah ini menjadi tauladan kepada kamu,kamu dan kamu dimasa hadapan.. ingatlah bahawasanya umi dan abi sangat sayang kepada kamu.. Jom kita share kisah ini bersama-sama..
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Umidanish: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita.Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. Syukur alhamdulillah...
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan
Terima kasih ya Allah, syukur Alhamdulillah
2 comments:
assalamualaikum. Mohon Share yer. nk pos kepada umum. shukran
assalamualaikum. mohon share ye. nk pos kepada umum
Catat Ulasan