PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 8 Julai 2009

Cara PenyimpaNan Susu Ibu YAng SelamAt

Umi tau ramai kauM ibu yanG menYimpan susu atas kesedaran pentingnyA susu Ibu kepada Bayi. DisiNi uMi inGin koNgsIkan iLmu pengetAhuan caRA penYimpaNAn susU iBU. Susu iBu perlu disimPan didaLAm keadaAn yanG selaMAt keRAna suSu ibu aDalah maKanan Utama bayi.
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.



Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
# bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
# bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
# breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
# Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
# Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam # Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
# Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan




Panduan asas penyimpanan susu ibu:
# bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
# catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
# simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
# jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
# susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
# jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
# jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk






sumber : Penyusuan Ibu ; momschoice




2 comments:

Tanpa Nama berkata...

SALAM, UMIDANISH...

SAYA CONFIUS LAH TEMPOH PENYIMPANAN PERAHAN SUSU IBU DALAM SUHU BILIK/SUHU RUANG NI SEBENARNYA.KALAU IKUT CARTA HOSPITAL IA BERTAHAN SEHINGGA 8 JAM...ADA INFO 10 JAM PLAK...
INI KERANA SAYA BIASA MENYIMPAN SUSU PADA SUHU BILIK SAHAJA..CONTOHNYA SAYA PERAH SUSU PADA PUKUL 7.00 AM, DAPAT 5 OZ, BAGI BABY HISAP PERAHAN TU PUKUL 9.00AM 2 OZ, DAN PUKUL 11.00AM LEBIHAN LAGI 3 OZ,,,BIASANYA BABY AKAN HABIS PERAHAN SUSU TU DALAM TEMPOH 6-7 JAM,,,SOALAN SAYA
1) ADAKAH SUSU YG SAYA BAGI KPD BABY SAYA PERLU DIPANASKAN ATAU TIDAK PERLU? KERANA IANYA BERADA DLM SUHU BILIK/RUANG BUKANNYA DARI DALAM PETI AIS.TQ.

IZANNA

UmiIzz berkata...

Pusn Izanna,

susu perahan tahan 4 jam pada suhu bilik 25'c manakala tahan 8 jam dalam suhu beraircond puan boleh beli buku http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=36&products_id=206
utk lebih details.