PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 13 September 2009

6 Cara Jadi Rakan Anak

Umi nak share sedikit info yang umi dapat selepas membaca satu majalah ibu bapa. Tengah free ni, baik umi share dengan semua..cara jadi rakan anak, bagus ni, jom kita tengok apakah 6 itu..

1. Selalu berinteraksi dengan anak-anak
Anak akan rasa sentiasa dekat dengan kita jika kita selalu berkomunikasi atau bercakap2 dengannya. Anggablah mereka tu sebagai kawan yang seronok untuk diajak berbual. Lebih menarik jika topik yang dibualkan itu yang diminati bersama.


2. Tumpukan perhatian jika anak bercakap
Walaupun sibuk, dengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkataan yang dikeluarkanoleh anak. Mungkinada perkara penting yang ingin diberitahu kepada anda. Jadilah pendengr setia kepada anak. Barulah selesa meeka berkomunikasi.


3. Bantulah anak selesaikan masalah
Jika ingin anak rapat dengan anda, sentiasalah bersedia untuk membantunyajika dia berhadapan dengan masalah. Ketika menyelesaikan masalahnya, anggablah anda sebagai rakan bukan ibubapanya.


4. Pastikan anda ada masa untuk anak setiap hari
Tidak kira walau sesibuk manapun anda,pastikan anda ada masa untuk anak. Masa yang anda luangkan sangat berharga kerana inilah masanya untuk anda saling bertukar cerita dengan anak.


5. Tunjukkan rasa sayang anda padanya
Biasakan diri mencium dan memeluk anak anda setiap hari. Bukan hanya ketika ulangtahun kelahirannya sahaja. Dengan cara ini hubungan anda dan anak akan jadi akrab dan mesra kerana dia tahu kita sangat sangat sayang pada mereka.


6. Berani minta maaf..
ha.. yang ni kalau kita sebagai ibu bapa tersilap jangan segan untuk mintak maaf. Sebab kita kene tunjukkan pada mereka yang benar adalah benar dan yang salah tetap salah. Tidak kiralah kita sebagai ibubapoa dan mereka tu anak2 kita. Kalau kita dah lakukan kesilapan kenela ngaku dan mintak maaf. Anak2 akan merasa bangga kerana mereka rasa mereka memilki ibu bapa yang jujur dan adil.


Setakat ni, umi selalu peluk dan cium si danish mucuk tu, selain tu.. umi suka ajak dia berbual..almaklumlah.. danish da pandai ajuk cakap semua orang.. kita sebut tata, dia pun tata.. bila sebut saya dia akan bunyi yaa.. tapi tata, papa, mama, kaka, baba, yaya tu da laju je le.. yang klakonya, dia suka panggil abi kaka... umi pula papa... herm, sabo je le anak teruna ku ini..














3 comments:

nza berkata...

Dr pnglaman kak nza, sbgai ibu kita kena slalu dekat dgn ank2..latih mrk brdikari, tegas jika mrk lakukn keslahan..terapkn yg slh ttp slh, byk brckp n ambil berat. Alhamdulillah, ank2 pompuan kak nza akn brkongsi apa je crita n problem mrk dgn akak...Kami mmg best friend..

UmiDAnisH berkata...

>> kak nza
Tu la kan.. umi pun tengok dari pengalam mak umi didik umi sdri macamana, memang disiplin dan kami memang sangat rapat =)

hans berkata...

suka no 6 dan sangat bersetuju