Dihari pertama, simanja akan menyusu buat beberapa waktu yang berbeza. Dia mengkin tertidur semasa melekap dipayudara, menghisap perlahan-lahan atau langsung tidak mahu menyusu.
Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya tercari-cari sesuatu, mula membuka mulut dengan luas apabila tersentuh sesuatu memasukan tangannya kedalam mulut seolah-olah menghisap sesuatu atau menggengam tangan serta mengangkat kaki kebahagia perut atau dada.
Sehubungan itu, penyusuan mengikut permintaan simanja adalah yang paling ideal. Jangan menungu sehingga bayi menangis untuk memulakan penyusuan. Ini akan membuatkannya marah dan sukar untuk melekap dan meneruskan proses penyusuan.
Susu ibu mudah dan cepat dihadam kerana sistem pencernaan bayi dicipta untukmenerima susu manusia. Selepas sepuluh ahri, saiz perut bayi sama seperti saiz tangannya yang digenggam. SImanja mula menyusu dengan kerap sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari semalam.
Menyusu mengikut keperluan (atas permintaan) membantu menggalakkan dan memantapkan pengeluaran susu. Tidak ramai bayi dalam lingkungan 8minggu yang tidur lama antara penyusuan. Jika ada pun, ia diganti dengan penyusuan yang kerap.
Bagaimanapun, bagi kbanyakkan ibu, menyusukan bayi adalah satu pengalaman baru. MAsa penyusuan perlu bagi setiap pasangan ibu dan bayi. Jangan putus asa jika semuanya tidak semudah dan selancar yang anda jangkakan.
Berehat ketika menyusukan dengan berbaring
Atau dengan duduk ditempat yang selesa
Menyusukan bermakna anda perlu banyak berehat di siang hari, sama ada baring semasa menyusukan atau dudk dikerusi yang selesa. Penyusuan yang santai ini penting kerana ia meberi peluang untuk anda berehat. Gunakan masa memnyusu ini uantuk bermain dengan bayi. ANda boleh mendengar muzik, menonton tv atau membaca sambil menyusukan.
SESUAIKAN DIRI ANDA DAN BAYI ANDA
Dapatkan bantuan jika perlu, semasa memulakan penyusuan bayi. Berbincanglah dengan keluarga terdekat bagaimana mereka boleh membantu anda mencapai keselesaan sepanjang tempoh penyesuaian diri antara anda dan bayi.
1 comments:
Salam kak ..
wah smakin lawa la blog ni..ala2 wordpress pun ado..
hurm,sy tgh berpantang dan kembali menyusukan bby (BF) sprt anak2 sblum ni..sy mmg suke menyusu smbil brbaring,dpt rehat same2 kan,smbil tu boleh melayang ...duduk pun ok jugak time petang2 tu atau ketika berjalan2 ke mana2
Catat Ulasan