PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 19 November 2009

PertutuRan baYi aNda

sALAM sEJaHTERa SEMuA.. SorY3x.. uMi memAng tak dapat update bloG ni di Sebabkan kebiziAn yaNg meLAnda.. Jadi kepUtusan akAn diuMumKan selewaT2Nya seBElum HujuNg bUlan nI.. huhuhuh... Umi aKAn pamerKan photo2 peserTa yang funny2 seMuanYA... adehhhh... nak bg adiaH kepadA seMua peseRta tak MampU den naK kolek kaT sponser hihihhi ApapUn TunGGu... maYbe PetaNg esOk kUarlaH GamBAr2 cute2 yang lucu2 tu erk... adeIiii..

ariNi uMi curi Masa sikIt tuLiskan sesUatu unTuk tataPAn aBI yanG rinduKan danISh.. aBi nak taHU, danISh kiTa yang barU 11 bulan ni suka sanGat aJuk aPa yaNG kiTA caKAp.. bila uMi kata sesuatu perkataan dia Akan iKut, conTohNya perkataaN barU yanG danISh sukE seBut sekarang sepertI
teteng..puteng neneh..nenek abAm..babam/baring


uMi puLak sukA ajAr dia sesUAtu perkAtaaN conTohNya A, danisH akaN sebUt betuL2 Aaaa.. uMi seBut bird, danisH aKAn kaTA birD..


IngaT taK laGi maSA daNISh beRusiA 7bulan dia suka kaTA momma... Momma.. bIla uMi aJAr pa pa.. dia pUn aSyik seBut papa je.. pastu abaH, kakak.. hihihih... alhamduLillah.. biJak juGA dak daNish ni.. amIn...

SebagAi iBU kiTa lah yanG Paling rapaT denGAn baYi kiTa selaIN baPA baYi dan penGasuh baYi, jaDi kiTa henDaklaH aJAr bayI kiTa seButan yaNG betUl suPaya baYi kIta tIdaK pelAt aTau keliRu denGAn sebutan perkaTAan yanG didenGArinYa..

Kita Juga perLu taHU perkembaNGan perTutuRan anAK2 sedarI awaL keRana perTutuRAn adaLAh permulaan baGi semUa aNAk2. Kemahiran bertutur & memahami bahasa adalah sebahagian penting daripada perkembangan menyeluruh anak anda. Kemahiran bertutur dan memahami bahasa yang dipelajari oleh anak anda adalah sejak bayi lagi, malah sebelum perkataan pertama keluar dari mulutnya. Kemahiran ini bertambah secara beransur-ansur apabila anak anda membesar, bermula dengan bunyi yang tidak membawa makna hingga butir perkataan yang jelas apabila usianya mencecah dua tahun. Masalah pertuturan dan bahasa boleh menjejaskan perkembangan anak anda, khususnya dari segi tingkah laku serta kemahiran sosial dan akademik. Justeru, punca masalah perlu dikesan awal.

Masalah Pertuturan & Bahasa Yang Biasa DialamiMasalah pertuturan dan bahasa bolehdibahagi kepada tiga kategori:

struktur, neural (saraf) dan masalah lain yangberkaitan.

Masalah Pertuturan Disebabkan Lelangit RekahIni merujuk kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan lelangit rekah. Mereka biasanya mengalami masalah pertuturan di satu peringkat dalam hidup mereka.
Gejalanya termasuk:
Tidak boleh mengeluarkan bunyi tertentu
Sengau, bunyi percakapan seolah-olah “keluar dari hidung”
Anak anda mengeluarkan bunyi mendengus dan menderam

Masalah Penyebutan
Kesilapan bunyi pertuturan yang tidak berubah dalam konteks perkataan berlainan.
Gejalanya termasuk:
Pelat yang amat ketara
Sukar menyebut bunyi-bunyi tertentu yang bermula dengan huruf R, J, L dan S seperti lori jadi “loli”

Kelewatan Memahami BahasaMasalah ini menyebabkan anak anda sukar mempelajari atau menyebut perkataan baru dan membuat ayat.
Kesukaran mempelajari nahu
Kesukaran mempelajari kelas perkataan
Kesukaran mempelajari perkataan baru dan penggunaan nahu dengan betul

Gangguan pertuturan neurologi yang menjejaskan ton otot anak anda, menyebabkan pertuturannya tidak jelas.
Gejala-gejalanya termasuk:
Kualiti suara lemah
Pertuturan terlalu cepat atau lambat
Pertuturan lemah, tidak jelas, tidak tentu biji butir dan tidak tepat

Anak anda mengulangi bunyi pertuturan, biasa permulaan perkataan atau frasa. Gejalanya termasuk:
Anak anda tergagap-gagap bila beralih daripada menggunakan satu perkataan atau frasa pendek kepada ayat lebih panjang atau apabila dikenakan tekanan untuk bercakap
Masalah Lain Yang BerkaitanTerdapat juga isu lain yang berkaitan masalah kemahiran pertuturan dan bahasa.

Malu/Segan
Sesetengah kanak-kanak pemalu dan tidak bercakap banyak, lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Gejalanya termasuk:
Tidak bercakap langsung melainkan bila perlu
Pendiam dan suka menyendiri
Jika bercakap, suaranya perlahan
Kebimbangan guru yang memaklumkan anak anda tidak bercakap langsung

Pendengaran
Masalah pendengaran akan menimbulkan masalah pertuturan. Oleh kerana keduadua deria ini saling berkait, orang yang pekak selalunya bisu.

Gejalanya termasuk:
Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul
Suka menyendiri



2 comments:

mamaarifakeemaisy berkata...

Danish dh pndai menyebut ikut percakapan uminyer ek..clever boy, cepat la danish dpt bertutur nnti..yg pntg bertutur dgn betul kan..ssh jgk ek, bdk2 ni suke pelat2..so jdnya parents la kena blajar camne nk ajar anak berckp spy tak pelat nnti kan.. :).good info!

UmiIzz berkata...

aha, kita la yang perlu mendidiknya bercakap dengan betul..;)