"nak tunjukkan kasih sayang bukan dari hadiah... bukan dari bunga tu semua ikut mat & minah salleh tapi kat dapur tu sentiasa berasap., malas masak makan kat luar, malas masak makan kat luar... mana datang kemeseraan rumah tangga... ko nak tahu kemeseraan rumah tangga.. datang dari tangan si isteri yang rajin masak dengan penuh kasih sayang.. bukan suruh org gaji masak... utk suami... ko masak telor gorang pun kompon suami makan.. pasal isteri masak... jangan tinggalkan suami bila dia makan.. duduk sekali tengok muka dia... jangan laa bila nak kan sesuatu baru nak mengadap.. buat muka mengoda... kompom suami cairrrnya.... ok laa yek... pada isteri2 yang di sanjung oleh nabi muhanad s.a.w jangan laa kamu lalai tentang tanggung jawab.. sebagai isteri... yang dijanjikan syurga.. di AKHIRAT.."
Sila klik di sini untuk melihat entry yang telah dikomen beliau..
Rasa2 korang, apa masalah si anonymous..Terima kasihla kerana mengkomen untuk mengingatkan umi.. tapi komen anda yang nampak pengecut ni seolah2 marah yer bunyi nyer... alhamdulillah la.. umi setakat ni.. penat macamana pun melayan abi dengan penuh kasih sayang, pulang dari opis, masakkan suami makanan untuk santapan malam... wlaupun penat, mana nak basuh baju, mana nak layan anak yang kekadang meragam.. mana nak mengadap tuhan, mana nak mengemas rumah... layanan suami tetap umi utamakan...
Cuba bayangkan, isteri yang banyak berkorban.. balik kerja dengan penat lelah tu, duduk pun tak sempat lagi... tapi mengerah tenaga menyediakan apa yang patut... tenaga yang sedari awal jam 5 pagi bangun, menyediakan bekalan anak yang masih kecil,menyediakan sarapan suami, tengah malam pula bangun 3 4 kali menyusukan anak... sedangkan umi tahu ada sesetengah suami yang tak amik kisah langsung apaterjadi pada ank isteri mereka pada mlm sedang makin dingin dan gelap.. hanya dengkuran sang suami je buat isteri tanda mengucapkan terima kasih kerana tak ganggu tidur korangkan???bukankah itu suatu pengorbanan yang terlalu besar untuk seorang wanita yang dikata lemah demi suami dan keluarga tersayang??? Pergi kerja pun bukan untuk diri sendiri semata2, umi pasti ada wanita diluar sana yang kerah tenaga mereka untuk menambah hasil pendapatan keluarga demi membantu seorang suami??? Betul tak.. hermmm..
Umi tak marah akan nasihat diatas, cume umi rasa nak perbetulkan la komen berunsur nasihat kepada semua wanita tu.. Banyak sebenarnya cara seseorang itu menunjukkan rasa kasih sayang dan penghargaan untuk pasangan masing2. Salah satunya dengan pemberian hadiah. Pada umi la kan, kalau nak mengata wanita /isteri suka meminta2 hadiah tu.. biasalakan wanita suka dengan setiap pemberian seseorang lebih2 lagi dari insan bergelar suami.. walaupun hanya sehelai tuala kecil api ia amat bermakna. Lagipun apalah sangat nilainya hadiah tu walaupun mahal dengan pengorbanan isteri terhadap suami.
Bukanla umi nak pertikaikan hak. Tapi cube korang pikir2 dan renung2kan... pengorbanan isteri tu... rasanya tak ternilai...betul tak.. jadi tak perlu la kita berkira hanya dengan hadiah yang tak seberapa nilai harganya tapi teramat bermakna buat isteri bila menerimanya..
Dan mencapaikan hajat menjadi isteri solehah perlulah kerjasama dari suami.. sebab isteri pun manusia ada hati dan perasaan kan.. kalau isteri patuh, taat dan melayani suami bagai seorang raja tapi suami "bolayan" je dengan isteri (pukul isteri, buat tak tahu bila isteri penat, memerintah isteri melampaui batas dll).. Sebab orang kata, pasangan kita adalah terdiri dari jenis kita sendiri (dari segi perangai kita, baik kita.. pasangan kita pun dikurniakan Allah yang baik2 belaka..)
Umi suka menghadiahkan abi danish sesuatu, tak kira la apa benda sekali pun. Ia bertujuan untuk menggembirakan hatinya, sebagai hiburan dalam rumah tangga dan tanda kita selalu ingat utk dia.. yelah, kalau umi shopping2 umi mesti ada nak belikan untuk abi danish juga, selain untuk diri sendiri dan danish.. maknanya.. kita tetap ingat pada suami kita kan? bila da belikan sesuatu tu, umi suka bungkus cantik2 dan buat surprise.. tak salah kan.. begitu juga abi.. dia pun suka surprisekan sesuatu... walaupun bukan benda yang umi minta..
Memanglah, kita perlu melayan suami kita sebaik mungkin, masak untuknya, teman dia makan.. Dan jangan lupa.. kejadian wanita itu dari tulang rusuk kiri lelaki.. ianya perlu dicintai, dibelai dan disayangi.. Dididik dengan penuh kelembutan barulah ianya mengikut kehendak yang si suami ingin2kan.. Hermmmm... umi pun tak pandai sangat bab2 ni.. tapi ini adalah apa yg umi tahu dan umi pelajari. DAn banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari, kerana setiap hambaNYa mempunya dugaan yang berlainan untuk ditempuhi.. Mungkin ada isteri solehah mendapat suami yang tak sepadan dengan kewarakkannya dan ada pula suami yang soleh mendapat isteri yang perlukan perhatian dan dididikan untuk menjadi isteri solehah. Dalam bab ni, umi dan abi danish lebih suka saling tegur menegur dengan cara yang paling harmoni bak kata orang menarik benang dalam tepung, benang tak putus tepung tak selerak.. eh betul ke? kihkihkih...
Amboi2.. panjang jele plak entry kali ini.. Pada sang pengkomen, terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar tu.. Insyaallah... mudah2an semua kaum2 isteri menjadi isteri solehah idaman suami masing2.. Insya'allah..
12 comments:
xpatut... xsuka org komen macam ni! benci.. benci.. tah aper mslh dia!
hemm betul3x...umminabilah setuju dgn ummidanish...dan tukang komen tu mcm bagus je ye...entah dia buat ke idak
ntah aper2 la.. macam2 manusia kat dunia nieh.. ada sajer tak kena..huhu..
Salam Puan Umie..
Biarkan saja pembaca seperti itu. Ambik iktibar daripadanya, tapi jangan ambik hati, kita juga yang bingung nanti.
Suka saya mengatakan, saya sokong Umie dalam hal hadiah tu. Rasulullah (SAW) pun menggalakkan kita memberi.. iya kan?
salam...
tak pe la umi danish...yg penting kita tau apa kita buat..mr hubby kita tau penat lelah kita. kita tak perlukan org luar utk judge kita @ nilai kita...bagi saya..cukuplah mr hubby yg menegur silap kita(itu pun klu ada yg dia tak puas ht..)kita buat apapun utk suami..jadi biarla suami yg nilai kita...kenapa mesti ada campur tgn dari luar..pelik...apa niat sebenarnya..?
mmm komen yg diberi cam alin lalai menjalankan tugas sebagai seorg isteri plaks...btoi ckp alin tu pengorbanan isteri terlalu byk terutamanya yg bekerjaya cam kita nie...segala2 yg kita wat tuk suami, anak dan keluarga..
Eja nama nabi kita pun tersalah.. ni ikhlas ker tak ikhlas komen ni..opssss...
hmmm... nmpknyer ader org trasa hati kat wife dier.... tapi lpskan kat sini nih... hmmmmm... x sesuai la.... kalo ikhlas ltk la nama.... kalo gentle.... :)...
Ummi rania,
xpela, dia mb ada big prob kot..
umminabilah,
mungkin dia da dapat yang terbaik utk dia la tu..
mamasiti,
sabo je le
Ustazcahaya,
Ya betul.. Rasullah pernah menghadiahkan setiap isterinya sebentuk cincin lalu meminta merahsiakan pemberiannya. Lepastu dalam perjumpaan beramai2 bersama semua isterinya, beliau menyatakan siapa yang menerima cincin dari ku itu adalah orang yg paling ku sayangi. maka isteri2 mereka semuanya tersenyum riang dalam hati kerana setiap isteri menerima cincin tanpa sdisedari oleh madu2 yg lain.. Rasullulllah contoh terbaik
nsazwa,
mungkin dia tertarik dengan entry umi yg lepas tapi nak join komen tersalah bahasa kot..
yantz,
dia nak tuju kat orang lain, tapi umi yang terkena kot?kihkihkih
cik anie,
heheeh, marah sangat la tu sampai silap eja
mamaaerish,
ermmm... kesian dia kan, umi simpati kat dia yang terasa hati
hhehehe..umIdanish...blog umidanish nie tempat melepaskan kemarahan agaknya.. dia nak ngata kat orang tapi singgah kat sini ok kot.. ish.. tak patot2... suka hati orang la nak citer aper pon... oppsss terlebey suda.. wat la citer sendiri kat blog sediri.. ngutuk la sampai mati.. ishh.. nauzubillah..lengki ar tue.. hidup harmoni.. : )
kak nza pn dh byk dngar n baca ttg kehadiran anonymous kt blog n mmberi komen2 ni. xpelh umi, yg baik jdkn panduan n yg xbaik jdkn sempadan.
Kalu suami di luar sana faham n mengerti pengorbanan seorg isteri mrk xlokek utk menghargai. Skrg t.jwb org perempuan lagi besar kalu kita kaji n amati. Myb org t.jwb lelaki(bkn semua)skrg dh brkurgan krn byk dibantu oleh sang isteri..bkn saja tenaga ttp wang ringgit...
mamasiti,
tu la.. umi rasa diorang ni jenis panas hati je... tak cool langsung kalau baca artikel org lain.. asyik nak tembak orang jek.. cam danish la, lagi bagus... cakap atetetetetete..ekkk.. kihkih
knza,
tak kisah la kak, memula tu marah jugak dia kate gitu, tapi bila pk2 p la dgn ceramah dia.. yang baik jdkan pedoman yang buruk dijauhkan.. insyaallah..
Catat Ulasan