PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 16 Februari 2011

Black Papper Chicken Chop umidanish


hohoho, selamat pagi dan assalamualaikum.. ari ni nampaknya semua da start keje dan jalan sangat jem pepagi ni.. harap2 semua da ada mood la nak wat keje memandangkan mb ada lagi yg masih mood bercuti macam umidanish.. hehe

Eh, tajuk lain.. cite lain, apekes?? itu mukadanish eh mukadimah je.. sebenarnya????? hehehe.. ni nak share sikit.. selalu buat chicken chop, tak hamik gambar pasai bila jadi tak dan hias bagai.. abidanish da ngap dulu.. tapi kali ni, sempat plak umi amik gambar untuk share2 resepi simple umidanish.. ok, jom tengok resepi simple umi..

Black Papper Chicken Chop Umidanish

Bahan-bahannya

- Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
- Tepung seasoning (umi guna tepung KFC adabi) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
- Telur
- Sebuk lada
- Garam
- Minyak untuk menggoreng (seeloknya guna planta untuk aroma yang lebih menyelerakan)

Cara-caranya:

1. Ayam yg telah di debond tu.. kalau korang rajin, debond la sendiri tapi umidanish beli yg da siap dibuang tulang2 tu so senang keje umidanish yang beranak kecik ni (cis..macam anak sepuluh pulak) perapkan dengan serbuk lada dan garam mengikut citarasa anda, kalau nak pedas buh lebih tp kalau tanak sebab rasanya black paper pun da pedas kot kan??? perap dalam masa 10 minit..

2. Pastu amik sebiji telur dan pukul telur hingga putih dan kuning telur sebati, ambil ayam yang telah diperap tadi dan celupkan kedalam telur yang telah dipukul tadi.. celup hingga ayam di saluti telur keseluruhannya.

3. Seletah dicelup kedalam telur, sila gaulkan ayam tadi kedalam tepung seasoning pilihan korang, macam umi.. umi guna tepung adabi je.. sebab selalu nya guna tepung RFC HPA tp tepung tu kehabisan stok plak.. hoho ratakan sehingga salutan tepung penuh menutupi ayam tadi..

4. Panaskan planta didalam fryer Tupperware.. (harus sebut).. masukkan ayam yang telah disaluti tepung tadi kedalam fryer dan goreng hingga masak.. pastikan minyak/planta jangan terlalu banyak bagi mengelakkan ayam itu terlalu berminyak (lebih kolestrol plak kang..hihihi)

Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan-bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Bawang besar

Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos.

1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air ikut citarasa sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam dan kepekatan yg kita nak.
3. Sos lada hitam dalam botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak nak asam2, kurangkan kuantiti sos dari botol (sorry, umidanish tak pandai nak bagi ukuran lada hitam kalau nak buat dari serbuk lada).
5. Potong mendadu bawang besar, masukkan ke dalam periuk. [kalau nak tambah hirisan cili pun bole utk lebih pedas tp umi tak letakla.. tak mo pedas sangat..sbb takleh makan pedas =( ]
7. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan. Letakkan garam dan gula secukup rasa..

Add On

TAmbahan untuk mencantikkan lagi dan melazatkan lagi chicken chop ni wajib ada funfrise (yang ni wajib ada sebab faberet danish, mayonnaise, hirisan tomato dan daun salad.. whipped potato dan coleslow tak dan buat.. hahah..

jom layan gambar..

very simple tp seronok sbb abi dan danish sangat2 suka..

itu saja untuk kali ni.. lengkali umidanish akan bagi resepi grill chicken chop plak erk, hehehe... selamat berkerja..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

4 comments:

Puan ApasH berkata...

tengok gambar terus rasa nak makan chicken chop plak...aiyaa...

Suziey Ahmad berkata...

salam umidanish..ouh lazat chicken chop mu itu..hiks..

p/s:thanks for sharing pasal hukum wanita menziarahi kubur tu..mmg ade perbezaan pendapat berkenaan hukum wanita menziarahi makam rasulullah..bole refer kt bwh ni jgk..

Sedangkan ziarahnya para wanita ke kuburan Nabi صلى الله عليه وسلم, secara dzohir masuk ke dalam keumuman, dan para wanita jangan menziarahi kuburan Nabi صلى الله عليه وسلم. Sebagian ulama berpendapat para wanita boleh menziarahi kuburan Nabi صلى الله عليه وسلم. Karena kuburan rosul tidaklah tampak sebagaimana kuburan-kuburan yang lain, bahkan kuburan beliau itu dikelilingi oleh tiga lapis dinding, maka jika wanita menziarahinya pada hakekatnya tidak menziarahinya, namun dia berdiri di sekelilingnya, akan tetapi secara dzohir hal ini dinamakan juga ziarah secara kebiasaan, dan jika dinamakan ziarah maka tidak boleh dia menziarahinya, cukup dengan mengatakan:

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته

Ketika dia sholat, sesungguhnya salamnya itu akan sampai pada Nabi صلى الله عليه وسلم, dan dia akan mendapatkan pahala karena perbuatannya itu.

***

Mufti : Asy Syaikh Muhammad Ash Sholih Al ‘Utsaimiin

Sumber : Fatawa Asy Syaikh Muhammad Ash Sholih Al ‘Utsaimiin I/170-171, Cetakan: I Daarul ‘Alamil Kutub, Riyad KSA

UmiIzz berkata...

Puan Apash:
hihi, sila la buat jugak..

UmiIzz berkata...

Suziey:
chicken chop simple je..betui2.. itu yg sebetulnya