PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 17 Mac 2011

Lawatan ke Muzium Kesenian Islam


Assalamualaikum..

Jeng2.. masuk2 je keje semalam setelah lama bercuti.. baru teringat umi terlibat dengan satu lawatan melibatkan umidanish.. yes.. mood keje pun belum ada lagi, tetibe kene menjalankan diri di tempat yang umidanish memang suka.. hahah

Jom kita layan gambar.. Gambar2 ni ehsan dari adik adik opis umidanish.. [terpaksa menumpang sebab kamera tertinggal di johor.. =( ]


Yang ni adalah bintang ataupun zodiak.. huhuhu, dalam islam pun ada jugak tau jom kita tgk bintang2 kita berdasarkan bulan lahir..

Aries ; Al Hame
Pieces ; Al Hut
Aquarius ; Al Dalm
Capricorn ; Al Jady
Sagittarius ; Al Qaus
Scorpio ; Al Aqrah
Libra ; Al Mizan
Virgo ; Al Adhra
Leo ; Al Asad
Cancer ; As Saratan
Gemini ; Al Jauza
Taurus ; Al Hawr

Ha.. jangan tak tahu, dalam islam pun ada tau = )

ok jom kita layan gambar masjid pulak2.. Sesungguhnya keindahannya walaupun hanya replika sangat2 cantik.. alangkah indahnya kalau kita berada di dalamnya.. Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid An-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya:

"Tidak sepatutnya bersusah payah keluar belayar untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali pergi ketiga-tiga buah masjid yang berikut : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari


Yang ni kalau kita tgk macam masjid apa? yg ni dikenali oleh semua umat islam sebagai masjid nabawi..

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda:

"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Masjid Kubah Emas berdekatan dengan Masjid Al Aqsa


Subhanallah, sangat cantik.. Masjidil Haram

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Masjid Agung Dari Xi’an, Cina



Taj Mahal ; Sebuah istana yang dibina atas kisah cinta agong Sheih Jehan terhadap isterinya yg bernama Arjuman Banu Begum dan digelar Taj mahal..

Al Quran..

Al Quran yg kecil





Al Quran paling kecil..

Kat bawah ni semua gambar2 umi dengan bebudak yg pergi sekali..




Muzium ni memang sesuai utk semua golongan, terutama anak2 kita.. kita tunjukkan mereka sejarah agung Islam.. insyaallah.. kita semua akan teruja dan berusaha ke arah kebaikan.. Cume sayangnya, mereka benarkan kaum bukan islam masuk dengan pakaian terdedah.. memandang Al Quran dengan aurat terdedah, owHhh sungguh memalukan kepada Allah SWT dan Al Quran itu sendiri.. =(

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

3 comments:

Suziey Ahmad berkata...

kita pn xsmpai lagi muzium ni..hehe..

replika dh cantik..tgk real live mmg lg lg lg lg cantik..Subhanallah..rasa xnk balik klu pegi ke masjidil haram n masjid nabawi tu..nk pegi masjid Aqsa tu xleh la plak..sb palestin control..passport pn xlepas..huhu

mamaarifakeemaisy berkata...

bestnyer..dan dpt tmbh ilmu kan..herm..belum brkesempatan tuk ke sana..hu~

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

tu la.. sejak dok kl nih.. baru sekali je jengah kat situ....

ntah le ...apa nak jadi dgn pakcik nih..huhuhu